SINOPSIS PROGRAM DIPLOMA

             

BAGI LULUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA / SETARAF

             




PROGRAM DIPLOMA BIDANG KEJURUTERAAN/TEKNOLOGI MAKLUMAT/TEKNOLOGI MAKANAN

 

  FF4BC-D04-0X - DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM   
     
  SINOPSIS
 

Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dalam bidang kejuruteraan awam di samping memberi penekanan khusus kepada aspek kaji air, lebuhraya dan pembinaan. Pelajar perlu menghadiri kuliah teori dan melakukan kerja-kerja praktikal di dalam makmal. Pelajar juga perlu menamatkan latihan industri selama enam bulan. Program pengajian meliputi Bahan dan Binaan Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, Ukur Kejuruteraan, Teknologi Konkrit, Teori Struktur, Rekabentuk Struktur, Hidraulik dan Hidrologi, Bekalan Air dan Rawatan Air Sisa, Geoteknik, Aturcara Kontrak dan Taksiran, Aplikasi Komputer dan Pengurusan Pembinaan. Peluang pekerjaan adalah luas di mana lulusan dapat ditempatkan di industri pembinaan atau di jabatan-jabatan kerajaan sebagai Pembantu Teknik. Lulusan juga berpeluang melanjutkan pelajaran mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di universiti-universiti tempatan atau luar negeri.

  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :
 

Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Politeknik Kota Bharu , Politeknik Kuching Sarawak, Politeknik Port Dickson, Politeknik Kota Kinabalu, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz  ShahPoliteknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Politeknik Merlimau, Politeknik Sultan Azlan Shah, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Politeknik Sultan Idris Shah, Politeknik Mukah,Politeknik Kota Melaka,

Politeknik Kuching Sarawak,Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz  Shah,Politeknik Sultan Azlan Shah
  FF4RB-D06-0X - DIPLOMA TEKNOLOGI BERASASKAN KAYU  
     
  SINOPSIS  
 


Program ini mendedahkan pelajar kepada asas dalam aspek teori dan praktikal bagi membolehkan mereka mengendali dan mengawal mesin yang terdapat dalam industri perkayuan dan menghasilkan sesuatu yang baru berdasarkan bahan asas perkayuan. Di samping itu dititikberatkan juga kesedaran kepada para pelajar tentang pentingnya aktiviti perhutanan dengan alam sekitar. Pelajar akan mengikuti kuliah, tugasan reka bentuk dan projek penghasilan produk, kerja makmal dan latihan industri. Program ini menawarkan modul reka bentuk binaan kayu, teknologi pengeluaran, pemasaran perdagangan kayu dan pengkosan. Lulusan program ini boleh menjawat jawatan Penyelia dan Pembantu Teknik dalam industri perkayuan, komposit kayu dan pembuatan perabot di sektor awam atau swasta. Mereka juga boleh memilih untuk melanjutkan pelajaran.

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  
Politeknik Kota Kinabalu, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
 
  FF4LE-D07-0X - DIPLOMA PERANCANGAN BANDAR dan WILAYAH  
     
  SINOPSIS  
 


Program ini bertujuan melatih pelajar memahami dan mendalami proses perancangan bandar dan wilayah di negara ini. Pelajar akan dilatih agar menguasai pelbagai kaedah perancangan dengan menggunakan alatan konvensional dan alatan terbantu kmoputer. Mata pelajaran yang diajar termasuk Grafik dan Kerja Perancangan, Rekabentuk Lanskap, Teori Perancangan, Teknik Perancangan, Lukisan Kejuruteraan, Aplikasi Komputer, CADD, Ukur Kejuruteraan, Sistem Maklumat, GIS Asas, Sains Persekitaran dan Statistik Gunaan. Peluang pekerjaan boleh didapati di jabatan kerajaan seperti Majlis Perbandaran dan firma-firma perunding perancang sebagai Pegawai Teknik Perancangan. Pelajar juga boleh menggunakan 'platform' ini untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana muda di universiti

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra, Kedah
 
  FF4BC-D08-0X - DIPLOMA SENI BINA  
     
  SINOPSIS  
 


Program ini bertujuan membentuk kebolehan pelajar sebagai pereka bentuk dalam bidang seni bina. Pelajar-pelajar juga dilatih menyediakan kerja-kerja reka bentuk dan lukisan persembahan seni bina secara konvensional dan terbantu komputer. Di antara mata pelajarannya ialah Lukisan Seni Bina, Reka Bentuk Seni Bina, Bahan dan Binaan, Perkhidmatan Bangunan, Struktur Seni Bina, CADD, Sejarah Seni Bina, Sains Persekitaran dan Amalan Seni Bina. Lulusan diploma mempunyai peluang pekerjaan yang meluas di firma-firma arkitek atau pembinaan sebagai Pembantu Arkitek atau pereka manakala di sektor awam mereka boleh bekerja di jabatan-jabatan kerajaan sebagai Pembantu Teknik Seni Bina atau melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
 

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Politeknik Merlimau,Politeknik Port Dickson,Politeknik Sultan Idris Shah
 
  FF4BC-D09-0X - DIPLOMA UKUR BAHAN  
     
  SINOPSIS  
 


Program ini bertujuan melatih pelajar dalam penyediaan maklumat dan anggaran kos, nasihat kewangan dan pengurusan projek-projek pembinaan. Pelajar juga dilatih untuk menasihati klien dalam masalah kewangan yang melibatkan perancangan, pembinaan, pengurusan dan penyenggaraan bangunan. Di antara mata pelajaran yang diajar termasuk Ukur Kerja Bangunan, Ukur Kerja Kejuruteraan Awam, Bahan dan Binaan, Ekonomi Binaan, Undang-Undang Bangunan, Kajian Kos dan Pengurusan Projek Pembinaan. Lulusan program ini boleh ditempatkan sebagai pembantu teknik atau penolong kepada Jurukur Bahan di jabatan-jabatan kerajaan, pejabat-pejabat jurukur bahan, firma-firma pembinaan dan agensi pembangunan atau pelajar boleh menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  
Politeknik Kota Bharu , Politeknik Kota Kinabalu,Politeknik Sultan Azlan Shah

  FF4BC-D10-0X - DIPLOMA UKUR TANAH  
     
  SINOPSIS  
 


Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ukur tanah khususnya teknik-teknik pengumpulan, pemprosesan, penganalisaan dan persembahan maklumat kedudukan dan bentuk topografi di bumi. Pelajar perlu menghadiri kuliah dan tutorial bagi  teori dan melakukan kerja-kerja praktikal di lapangan dan di dalam makmal. Pelajar juga mesti menamatkan latihan industri selama enam bulan. Program pengajian meliputi modul teras iaitu Ukur Kejuruteraan, Ukur Kadaster, Fotogrametri, Geodesi, Sistem Maklumat Geografi (GIS), Pelarasan Ukur, dan Undang-Undang & Pembangunan Tanah di samping modul elektif seperti Pembangunan Pangkalan Data GIS, Remote Sensing, Alam Sekitar, Statistik dan Asas Pengaturcaraan C++. Peluang pekerjaan adalah luas di mana lulusan dapat ditempatkan di firma-firma ukur dan firma-firma pembinaan swasta atau di jabatan-jabatan kerajaan sebagai Pembantu Teknik Ukur. Lulusan juga berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti.

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah,Politeknik Kuching Sarawak,Politeknik Merlimau,Melaka,Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

  FF4LE-D11-0X - DIPLOMA KEJURUTERAAN ALAM SEKITAR  
     
  SINOPSIS  
 
Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar dengan memberi penekanan khusus kepada aspek Sistem Pengurusan Bekalan Air dan Air Sisa, Pengurusan Pencemaran Udara, Pengurusan Sisa Pepejal dan Sisa Berjadual serta Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.  Pelajar perlu menghadiri kuliah bagi proses pembelajaran teori dan melakukan kerja praktikal dalam makmal. Modul pengajian meliputi Pengenalan Kepada Kejuruteraan Alam Sekitar, Pengurusan Alam Sekitar, Bahan Kejuruteraan, Sains Alam Sekitar, Sumber Air dan Hidrologi, Kejuruteraan Bekalan Air, Pengurusan Sisa Pepejal, Makmal Kejuruteraan Alam Sekitar, Kejuruteraan Air Sisa Domestik, Pengurusan Sisa Berjadual, Kejuruteraan Geo Sekitaran, Peminimuman Sisa, Pencemaran Hingar, Sistem Kawalan Pencemaran Udara, Pengurusan Alam Sekitar dan Penilaian Impak Alam Sekitar. Peluang pekerjaan adalah luas dimana lulusan boleh ditempatkan di industri pembinaan, perkilangan, pusat rawatan air sisa, tapak rawatan air kumbahan dan jabatan-jabatan kerajaan sebagai Pembantu Teknik. Lulusan juga berpeluang melanjutkan pelajaran mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Alam Sekitar di universiti tempatan atau luar negara.

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  
Politeknik Sultan Idris Shah
 
  FF4EE-D16-0X - DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK  
     
  SINOPSIS  
 


Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam mengguna, menguji, menyenggara dan membaik pulih mesin elektrik dan peranti elektronik. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek, melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan di industri. Program ini merangkumi modul Elektronik Kuasa, Sistem Kuasa, Mesin Elektrik, Pengalatan Elektronik, Kawalan Motor, Bekalan Kuasa Elektrik & Kawalan dan Keselamatan Industri. Program ini juga menawarkan modul-modul pengkhususan dalam bidang Elektrik seperti Pengalatan Elektronik, Senggaraan Kejuruteraan, Kawalan Motor A.T, Sistem Perlindungan, Bekalan Kuasa Industri, Kawalan Motor A.U dan Projek. Modul-modul elektif juga ditawarkan sebagai pilihan kepada pelajar. Pelajar yang berjaya menamatkan program ini berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai Pembantu Teknik dalam bidang industri pembuatan elektronik, penjanaan elektrik, industri petroleum dan gas serta industri perkhidmatan elektrik.


* tidak rabun warna

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Politeknik Kota Kinabalu, Politeknik Merlimau, Politeknik Sultan Azlan Shah, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Politeknik Banting Selangor,Politeknik Sandakan Sabah, Politeknik Port Dickson
  FF4EE-D19-0X - DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KAWALAN)  
     
  SINOPSIS  
 


Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan elektronik yang menjurus kepada sistem kawalan elektronik di industri. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek, melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan di industri. Selain dari modul asas dalam bidang Elektrik dan Elektronik, pelajar akan mempelajari Elektronik Industri, Sistem Kawalan, Sistem Mikrokomputer, CAD, Sistem Automatik & Kawalan Motor Elektrik dan Keselamatan Industri. Program ini juga menawarkan modul-modul pengkhususan dalam bidang Elektronik (Kawalan) seperti Elektronik Perindustrian, Sistem Kawalan, Instrumentasi, Kawalan Motor dan Sistem Mikro Komputer. Modul-modul elektif juga ditawarkan sebagai pilihan kepada pelajar. Pelajar yang berjaya menamatkan program ini berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai Pembantu Teknik dalam bidang pembuatan elektronik, penjanaan elektrik, industri petroleum dan gas dan juga industri perkhidmatan elektrik dan elektronik. Lulusan ini juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik.

* tidak rabun warna

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz  Shah, Politeknik Johor Bahru, Politeknik Kota Melaka

  FF4EE-D20-0X - DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMPUTER)  
     
  SINOPSIS  
 


Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menguji peranti elektrik dan elektronik bagi membaik pulih perkakasan komputer. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek, melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan di industri. Kurikulum program ini mengandungi modul Sistem Digital, Pengukuran dan Pengalatan Elektronik, Sistem Pemrosesan Mikro, Akitektur Komputer & Penyenggaraan Komputer serta Kejuruteraan Perisian dan Keselamatan Industri. Program ini juga menawarkan modul-modul pengkhususan dalam bidang Elektronik (Komputer) seperti Sistem Mikro Pemproses & Pengawal Mikro, Sistem Komputer & Aplikasi, Pengaturcaraan, Komunikasi Data, Rekabentuk Litar Bersepadu, Diagnosis & Senggaraan Sistem Komputer dan Projek. Modul-modul elektif juga ditawarkan sebagai pilihan kepada pelajar. Pelajar yang berjaya menamatkan program ini berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai Pembantu Teknik dalam bidang pembuatan elektronik dan perkhidmatan ICT. Lulusan ini juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik.

* tidak rabun warna

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  

Politeknik Ungku Omar,Politeknik Kuching Sarawak , Politeknik Kota KinabaluPoliteknik Seberang Perai, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Politeknik Merlimau, Politeknik Sultan Azlan Shah, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Politeknik Sultan Idris Shah,Politeknik Tuanku Syed Sirajudin


  FF4EE-D21-0X - DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK(KOMUNIKASI)  
     
  SINOPSIS  
 


Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menguji, membaiki dan menentukur pengalatan elektronik. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek, melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan di industri. Program ini mengandungi modul Asas Elektrik dan Elektronik, Pemasangan Elektrik, Sistem Digital, Litar Elektronik, Telekomunikasi, Pengalatan & Kawalan dan Keselamatan Industri. Program ini juga menawarkan modul pengkhususan dalam bidang Elektronik seperti Penyenggaraan & Baikpulih Alat Elektronik, Sistem Audio Visual, Sistem Mikropemproses & Pengawal Mikro, Sistem Komunikasi, Sistem Kawalan Automatik, Komunikasi Data dan Projek. Modul-modul elektif juga ditawarkan sebagai pilihan kepada pelajar. Pelajar yang berjaya menamatkan program ini berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai Pembantu Teknik dalam bidang pembuatan elektronik, penjanaan elektrik dan kawalan elekronik. Lulusan ini juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik.

* tidak rabun warna

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  
Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Politeknik Kota Bharu , Politeknik Kuching Sarawak, Politeknik Port Dickson, Politeknik Kota Kinabalu, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz  Shah, Politeknik Johor Bahru,Politeknik Sebarang Perai, Politeknik Kota Kuala Terengganu, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin,Politeknik Merlimau, Melaka, Politeknik Sultan Azlan Shah, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Politeknik Sultan Idris Shah, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Politeknik Mukah Sarawak, Politeknik Jeli Kelantan

  FF4EE-D23-0X - DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (PERUBATAN)  
     
  SINOPSIS  
 


Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai aplikasi elektronik dalam sistem perubatan. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek, melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan di industri. Program ini melengkapkan pelajar dengan pengetahuan sistem klinikal gunaan serta peralatan yang lazimnya terdapat di hospital dan industri berasaskan perubatan. Program ini menawarkan modul-modul pengkhususan dalam bidang Elektronik (Perubatan) seperti Sistem Mikropemproses & Pengawal Mikro, Fisiologi, Pengukuran Fisiologi, Pengimejan Perubatan, Amalan Sistem Perubatan, Sistem Klinikal Gunaan dan Projek. Modul-modul elektif juga ditawarkan sebagai pilihan kepada pelajar. Pelajar yang berjaya menamatkan program ini berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai Pembantu Teknik dalam bidang menyenggara dan membaikpulih peralatan klinikal serta menyelia penggunaan peralatan elektronik di hospital. Lulusan ini juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik.

* tidak rabun warna

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  
 Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz  Shah

  FF4IT-D28-0X - DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (RANGKAIAN)  
     
  SINOPSIS  
 


Program ini memperkenalkan pelajar kepada konsep dan teori reka bentuk, pelaksanaan dan penyenggaraan rangkaian komputer. Kursus khusus meliputi Teknologi Perkakasan Komputer, Sistem Digital, Asas Rangkaian dan Keselamatan Rangkaian. Pelajar juga didedahkan kepada teknologi perisian sumber terbuka dalam program berikut: Sistem Operasi Sumber Terbuka, Pengaturcaraan Java, Pengaturcaraan Web dan Sistem Pangkalan Data. Kursus pengaturcaraan dan aplikasi lain termasuk juga Aplikasi Pangkalan Data, Pengaturcaraan dan Penyelesaian Masalah, Asas Pengaturcaraan dan Pengaturcaraan Visual Basics. Keusahawanan siber dan projek berkaitan kursus juga dimasukkan dalam program.

Ia membekalkan pengertahuan tentang teknologi rangkaian komputer, pengurusan rangkaian dan keselamatan maklumat yang boleh diaplikasikan dalam bidang kerjaya yang luas dalam dunia ICT dan keusahawanan. Program ini menekankan kepada kaedah pembelajaran kendiri dan projek, maka lulusan akan lebih bersedia untuk menghadapi cabaran industri rangkaian komputer

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  
Politeknik Kuching Sarawak,,Politeknik Sebarang Perai Politeknik Sultan Idris Shah, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Politeknik Mukah Sarawak,Politeknik Mersing Johor

  FF4EE-D29-0X - DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (OPTOELEKTRONIK)  
     
  SINOPSIS  
 

 

Program ini direkabentuk bagi melahirkan tenaga kerja separa profesional yang berkemahiran tinggi dalam bidang kejuruteraan elektronik. Pelajar dibekalkan dengan asas yang kukuh mengenai pengetahuan dan kemahiran dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik. Selain dari mengikuti program asas kejuruteraan elektrik dan elektronik, pelajar akan dilekapkan dengan kemahiran penting yang lain melalui program seperti keselamatan industri, rekabentuk terbantu komputer, pengaturcaraan dan pengurusan.

Di peringkat akhir pengajian, pelajar akan mengikuti program menjurus kepada pengkhususan dalam bidang optoelektronik dan Sistem Gentian selain dari program seperti Penyenggaraan & Baikpulih Alat Elektronik,Sistem Mikropemproses & Pengawal Mikro, Sistem Komunikasi dan Komunikasi Data. Program-program efektif seperti PCL, Elektronik Perindustrian, Elektronik Kuasa, Analisis Litar, Sistem Kawalan Automatik, Rekabentuk Litar Bersepadu,Gelombang Mikro serta Isyarat & Sistem juga ditawarkan sebagai pilihan kepada pelajar.

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

  FF4ME-D30-0X - DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL  
     
  SINOPSIS  
 


Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan pelajar dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Pelajar akan mengikuti modul pengkhususan seperti Teknologi Kejuruteraan Loji, Rekabentuk Kejuruteraan, Amalan Bengkel Mekanikal, Teknologi Woksyop, Kaji Daya Bahan, Termodinamik, Kaji Daya Mesin, modul-modul teras dan beberapa modul elektif. Peluang pekerjaan adalah luas kerana kandungan kursusnya dan lulusan berpeluang menceburi kerjaya dalam industri kejuruteraan dan pembuatan.

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  
Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah,Politeknik Kota Bharu , Politeknik Kuching Sarawak, Politeknik Port Dickson, Politeknik Kota Kinabalu, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz  Shah,Politeknik Johor Bahru,Politeknik Seberang Prai , Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin,Politeknik Kota Melaka , Politeknik Merlimau, Politeknik Sultan Azlan Shah, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Politeknik Mukah Sarawak

  FF4TP-D31-0X - DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (AUTOMOTIF)  
     
  SINOPSIS  
 


Program ini memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal dan seterusnya membawa kepada pengkhususan bidang kejuruteraan automotif. Modul pengkhususan adalah Teknologi Automotif, Amalan Bengkel Automotif, Enjin Pembakaran Dalam, Kajidaya Kenderaan Bermotor, Hidraulik Mobil, Pengurusan Pusat Servis, Peralatan Elektrik dan Elektronik Kenderaan dan Rekabentuk Kejuruteraan di samping modul teras dan beberapa modul elektif. Lulusan dapat mencari pekerjaan dalam pelbagai industri automotif dan industri perkhidmatan yang berkaitan.

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  
Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah,Politeknik Kota Bharu , Politeknik Kuching Sarawak,Politeknik Port Dickson,Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin,Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

  FF4ME-D32-0X - DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (LOJI)  
     
  SINOPSIS  
 


Program ini bertujuan mendedahkan pelajar dengan teori dan praktik untuk membolehkan mereka mengendali dan mengawal loji-loji kuasa di sektor awam dan swasta. Program ini juga memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal dan seterusnya membawa kepada bidang pengkhususan kejuruteraan loji. Modul pengkhususan adalah Lukisan Perkhidmatan Loji, Amalan Bengkel Loji, Kejuruteraan Loji Kuasa, Selenggaraan Loji dan Sistem Kawalan Loji di samping modul teras dan beberapa modul elektif yang perlu diambil oleh pelajar. Lulusan dapat mencari pekerjaan di dalam pelbagai industri kejuruteraan mekanikal dan industrtri-industri yang menggunakan loji kuasa.

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah,Politeknik Seberang Perai

  FF4ME-D33-0X - DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PEMBUATAN)  
     
  SINOPSIS  
 

 

Program ini mendedahkan pelajar kepada pelbagai teknik dalam industri proses pembuatan serta penggunaan mesin moden dalam pembuatan. Program ini juga memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal dan pengkhususan dalam bidang pembuatan. Modul pengkhususan adalah Sistem Pembuatan, Amalan Bengkel Pembuatan, Teknologi Bahan, Rekabentuk Pembuatan Terbantu Komputer, Kawalan Kualiti, Automasi Perindustrian dan Robotik, Ekonomi Pembuatan dan Kawalan Pembuatan di samping modul teras dan beberapa modul elektif. Lulusan dapat mencari pekerjaan di dalam pelbagai industri kejuruteraan mekanikal dan pembuatan.

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah,Politeknik Kuching Sarawak, Politeknik Port Dickson, Politeknik Kota Kinabalu, Politeknik Johor Bahru,Politeknik Seberang Prai ,Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Politeknik Merlimau, Politeknik Sultan Azlan Shah, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah,


  FF4ME-D34-0X - DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL(PENYAMANAN UDARA DAN PENYEJUKBEKUAN)  
     
  SINOPSIS  
 


Program ini memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal dan seterusnya membawa kepada pengkhususan penyamanan udara dan penyejukbekuan. Modul pengkhususan adalah Teknologi Penyaman Udara dan Penyejukan, Amalan Bengkel Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan, Sistem Kawalan dan Rekabentuk Sistem Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan di samping beberapa modul teras dan beberapa modul elektif. Lulusan dapat mencari pekerjaan di dalam pelbagai industri kejuruteraan dan perkhidmatan berkaitan dengan penyejukbekuan atau penyamanan udara sebagai Juruteknik.

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  
Politeknik Ungku Omar,Politeknik Kuching Sarawak

  FF4AF-D35-0X - DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PERTANIAN)  
     
  SINOPSIS  
 


Program ini adalah bertujuan untuk melatih tenaga manusia dalam pelbagai disiplin yang berkaitan dengan kejuruteraan pertanian. Mata pelajaran yang dipelajari termasuk Pengairan dan Saliran, Struktur Ladang, Kejenteraan Pertanian, Dinamik Bendalir dan Reka Bentuk.

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  
Politeknik Kota Bharu

  FF4PG-D37-0X - DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PEMBUNGKUSAN)  
     
  SINOPSIS  
 


Program ini memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal dan seterusnya membawa kepada pengkhususan dalam bidang pembungkusan serta penyenggaraan peralatan berkaitan. Modul pengkhususan adalah Sains Pembungkusan, Prinsip Pembungkusan, Proses Pembuatan Pembungkusan, Asas Percetakan, Operasi Pengeluaran Pembungkusan, Rekabentuk Pembungkusan, Amalan Bengkel Pembungkusan, Bahan Pembungkusan, Penukaran Pembungkusan, Ekonomi Pembungkusan dan Pembungkusan Gunaan di samping modul teras dan beberapa modul elektif. Lulusan dapat mencari pekerjaan di dalam pelbagai industri kejuruteraan mekanikal dan pembungkusan.

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz  Shah

  FF4PG-D38-0X – DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PLASTIK)  
     
  SINOPSIS  
 

Program ini memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal dan seterusnya membawa kepada pengkhususan dalam bidang plastik serta penyenggaraan peralatannya. Modul pengkhususan adalah Proses Pengeluaran Plastik, Rekabentuk Produk Plastik, Amalan Bengkel Plastik, Bahan Plastik, Pengalatan Prototaip Pantas, Teknologi Plastik dan Rekabentuk Acuan & Die Plastik di samping modul teras dan beberapa modul elektif. Program ini direkabentuk untuk melahirkan tenaga kerja separa ikhtisas/Juruteknik yang terlibat secara langsung dalam industri plastik dan juga industri kejuruteraan mekanikal yang lain.

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah,Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin


  FF4MC-D39-0X - DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (TEKSTIL)  
     
  SINOPSIS  
 

Program ini memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal dan seterusnya membawa kepada pengkhususan dalam bidang tekstil serta penyenggaraan peralatannya. Modul pengkhususan adalah Kimia Organik, Teknologi Serat, Teknologi Yarn, Teknologi Fabrik, Amalan Bengkel Tekstil, Pencelupan dan Kemasan dan Pengiraan Tekstil di samping modul teras dan beberapa modul elektif. Program ini direkabentuk untuk melahirkan tenaga kerja separa iktisas/Juruteknik yang terlibat secara langsung dalam industri tekstil dan juga industri kejuruteraan mekanikal yang lain.

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  
Politeknik Seberang Perai

  FF4MC-D40-0X - DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (BAHAN)  
     
  SINOPSIS  
 

Program ini memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal dan seterusnya membawa kepada pengkhususan dalam bidang bahan kejuruteraan. Modul pengkhususan adalah Teknologi Pembuatan Bahan, Metalurgi, Pengurusan Perindustrian, Kawalan Kualiti, Teknologi Seramik, Kaca dan Komposit, Teknologi Polimer dan Ujian Bahan di samping modul teras dan beberapa modul elektif. Program ini direkabentuk untuk melahirkan tenaga kerja separa iktisas/Juruteknik yang terlibat secara langsung dalam bahan kejuruteraan serta membantu di dalam aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan dengan industri berasaskan logam, plastik dan seramik.

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  
Politeknik Johor Bahru

  FF4MC-D41-0X - DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKATRONIK  
     
  SINOPSIS  
 


Program ini merangkumi pelbagai disiplin meliputi prinsip dan teori kejuruteraan mekanikal dan kejuruteraan elektrik dan elektronik. Program ini memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal dan seterusnya membawa kepada pengkhususan dalam bidang kejuruteraan mekatronik. Modul pengkhususan adalah Peranti Mekatronik, Sistem Mikro Pemproses dan Pengawal Mikro, Pengawal Logik Boleh Aturcara (PLC), Automasi Perindustrian dan Robotik, Sistem Komputer dan Aplikasi dan Mekanisma Penghantar Kuasa di samping modul teras dan beberapa modul elektif. Lulusan dapat mencari pekerjaan di dalam pelbagai industri pembuatan terutama dalam industri elektronik dan separuh pengalir.

* tidak rabun warna

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  

  FF4OG-D42-0X - DIPLOMA KEJURUTERAAN PROSES (PETROKIMIA)  
     
  SINOPSIS  
 


Program ini digubal untuk membina tenaga pekerja yang berpengetahuan dan berketrampilan bagi melaksanakan tugas di sektor industri petroleum dan petrokimia. Skop program ini merangkumi elemen-elemen penting dalam disiplin industri petroleum dan petrokimia seperti pengoperasian loji, rekabentuk proses, teknologi polimer, proses kawalan dan instrumentasi, baikpulih peralatan dan penyelesaian masalah. Pendekatan gabung-jalin di antara pengetahuan teori dan latihan amali di bengkel, loji dan makmal dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di gunakan sepenuhnya. Graduan program ini berpeluang untuk berkhidmat sebagai juruteknik proses, juruteknik utiliti, juruteknik makmal dan juruteknik am dalam sektor berkaitan industri petroleum dan petrokimia sama ada di agensi kerajaan ataupun swasta. Para graduan program ini juga boleh menceburkan diri dalam aktiviti keusahawan di samping boleh melanjutkan pelajaran mereka diperingkat yang lebih tinggi.

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  

  FF4IT-D44-0X - DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (PENGATURCARAAN)  
     
  SINOPSIS  
 


Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek, melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan di industri. Program ini menawarkan modul-modul pengkhususan dalam bidang teknologi maklumat seperti Asas Pengaturcaraan, Perisian Aplikasi, Komputer dalam Teknologi Maklumat, Sistem Digit dan Mikro Pemproses, Pengaturcaraan Visual Basic, Pengurusan Rekod, Sistem Pengoperasian, Komunikasi Data dan Sistem Telekomunikasi, Algorithma dan Struktur Data, Pengaturcaraan C++, Asas Perniagaan, Akitektur dan Organisasi Komputer, Multimedia, Sistem Pangkalan Data, Pengaturcaraan Java, Rangkaian Komputer, Pembangunan Perisian, Visual Basic dengan Pangkalan Data, Pengurusan Perniagaan, Pembangunan Web, Pengurusan Projek, Sistem Maklumat, E-Dagang dan Pengurusan Perisian. Modul-modul elektif seperti Prinsip Mikro Pemproses, Pengurusan SQL Server, Rekabentuk Rangkaian Kampus dan Animasi Digital juga ditawarkan sebagai pilihan kepada pelajar. Pelajar yang berjaya menamatkan program ini berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai Pembantu Juru Analisa Sistem dan Juruteknik. Lulusan Program ini juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang teknologi maklumat.

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  

  FF4IT-D45-0X - DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (GAMES TECHNOLOGY)  
     
  SINOPSIS  
 


Program Diploma Teknologi Maklumat (Games Technology) ini direkabentuk bagi memberi pelajar peluang untuk mempelajari asas ICT dan kemahiran pengaturcaraan yang menekankan kepada pembangunan hiburan kreatif dan perisian permainan komputer. Program ini menggabungkan konsep asas teknologi maklumat dengan aspek teknikal dan kreatif bagi rekabentuk dan pembangunan permainan komputer. Pelajar akan melalui latihan praktikal dalam kemahiran pengaturcaraan dan penyelesaian masalah, perkakasan komputer, media digital, rangkain komputer, asas sistem pengoperasian, sistem pengoperasian terbuka dan sistem pengkalan data.

Kursus pengkhususan juga ditawarkan seperti prinsip permainan komputer, matematik dan fizik bagi permainan komputer, kejuruteraan perisian permainan komputer, 'artificial intelligence', 'human computer interaction', dan rekabentuk visual. Sebagai tambahan kepada teknikal, pelajar juga di ajar Bahasa Inggeris Komunikasi, Matematik, Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral, Tamadun Islam dan Ko-kurikulum bagi mengukuhkan kemahiran 'softskill'.

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  
<

  FF4MC-D46-0X - DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (REKABENTUK PEMBUATAN AUTOMOTIF)  
     
  SINOPSIS  
 


Direkabentuk merangkumi displin kejuruteraan mekanikal dengan pengkhususan bidang automotif dan pembuatan. Program ini memuatkan kursus-kursus asas kejuruteraan mekanikal seperti Aplikasi Komputer, Teknologi Elektrik, Lukisan Kejuruteraan, Lukisan Terbantu Komputer, Teknologi Woksyop, Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, Makmal Kejuruteraan, Termodinamik, Mekanik Bendalir, Kekuatan Bahan, Teknologi Bahan, Pneumatik dan Hidraulik dan Rekabentuk Kejuruteraan. Bagi memantapkan graduan yang dihasilkan, kursus-kursus berbentuk pengkuhususan yang memberi penekanan kepada aspek pembuatan dan rekabentuk automotif juga ditawarkan. Ianya meliputi Teknologi Automotif, Amalan Bengkel Automotif, Rekabentuk Produk Automotif, CADCAM, Projek, Jig, Lengkapan & Rekabentuk Peralatan, Proses Pembuatan Automotif, Kawalan Pembuatan, Pengurusan Projek, Ekonomi Pembuatan, Penyenggaraan Industri, Kawalan Kualiti dan Instrumentasi & Kawalan.

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  

  FF4MC-D47-0X - DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (REKABENTUK PRODUK)  
     
  SINOPSIS  
 


Merangkumi aspek kejuruteraan mekanikal dengan pengkhususan dalam bidang rekabentuk produk mekanikal. Kursus-kursus asas kejuruteraan mekanikal bagi program ini meliputi Aplikasi Komputer, Teknologi Elektrik, Lukisan Kejuruteraan, Lukisan Terbantu Komputer, Teknologi Woksyop, Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, Makmal Kejuruteraan, Termodinamik, Mekanik Bendalir, Kekuatan Bahan, Teknologi Bahan, Pneumatik dan Hidraulik dan Mekanik Kejuruteraan. Bagi memantapkan graduan yang dihasilkan, kursus-kursus khusus yang memberi penekanan kepada aspek rekabentuk produk mekanikal juga ditawarkan seperti Teknologi Bahan, Rekabentuk Pembuatan Terbantu Komputer, Pembangunan Rekabentuk Produk, Pengurusan Rekabentuk Produk, Ergonomi dan Proses Pembuatan

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  

  FF4MC-D48-0X - DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (AUTOMASI)  
     
  SINOPSIS  
 

 

Memberi penekanan terhadap displin kejuruteraan mekanikal dengan pengkhususan bidang automasi. Kursus-kursus asas kejuruteraan mekanikal yang ditawarkan merangkumi Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Elektrik, Teknologi Woksyop, Mekanik Kejuruteraan, Rekabentuk Terbantu Komputer, Termodinamik, Mekanik Bendalir, Kekuatan Bahan, Pneumatik & Hidraulik dan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan. Bagi memantapkan graduan yang dihasilkan, kursus-kursus pengkhususan yang memberi penekanan kepada bidang automasi juga ditawarkan seperti Sistem Pembuatan, Mechanics of Machines, Pembuatan Bersepadu Komputer (CIM), Automasi Industri & Robotik, Programmable Logic Controller (PLC), Kawalan Sistem, Power Transfer Mechanism, Kawalan Motor dan Penyenggaraan Industri.

 

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  

  FF4TP-D80-0X- DIPLOMA KEJURUTERAAN PERKAPALAN  
     
  SINOPSIS  
 

Kejuruteraan Perkapalan yang berkait rapat dengan kejuruteraan mekanikal memberi penekanan kepada pengendalian dan penyelenggaraan kapal, janakuasa marin, peralatan berkaitan dan juga pembinaan kapal dan seni bina kapal. Program ini juga memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal sebelum membawa kepada bidang pengkhususan kejuruteraan perkapalan. Pelajar perlu mengambil modul teras dan beberapa modul elektif program ini. Program selama 7 semester ini juga digabungkan dengan latihan limbungan selama tiga bulan dan latihan di atas kapal selama enam bulan.

* Lelaki sahaja, tidak rabun warna
.

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  
Politeknik Ungku Omar
  FF4AF-D90-0X - DIPLOMA TEKNOLOGI MAKANAN  
     
  SINOPSIS  
 

Program ini mendedahkan pelajar kepada asas teknologi makanan dalam aspek teori dan amali. Pelajar akan mengikuti kuliah, kerja makmal, melaksanakan tugasan, projek penyelidikan dan latihan industri. Program pengajian meliputi pelbagai aspek sains dan teknologi makanan, di antaranya aspek kimia, mikrobiologi, teknologi pemprosesan, kawalan mutu, asas kejuruteraan makanan dan perkembangan produk makanan. Setelah menamatkan pengajian, pelajar boleh menceburi kerjaya sebagai pembantu teknik, pembantu penyelidik, penyelia pemprosesan atau kawalan mutu dalam industri makanan dan industri oleokimia atau melanjutkan pengajian di peringkat ijazah.  

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah


PROGRAM DIPLOMA REKA BENTUK & KOMUNIKASI VISUAL


  FF4TA-D67-0X - DIPLOMA REKA BENTUK FESYEN DAN PAKAIAN  
     
  SINOPSIS  
 


Program Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian adalah sebuah program yang mengalakkan penyelidikan dan pembangunan produk (R&D). Pelajar dikehendaki menghasilkan fesyen pakaian yang berfungsi (functional) supaya pakaian yang dihasilkan dapat dimanfaatkan oleh masyarakat; seimbang dengan faktor estetikanya. Pelajar dibekalkan dengan modul-modul teras reka bentuk sebagai asas yang kukuh dalam bidang reka bentuk fesyen dan pakaian. Modul-modul pengkhususan membawa pelajar meneroka bidang fesyen dan peranannya dalam masyarakat. Sepanjang tempoh pengajian, pelajar diminta menghasilkan enam belas (16) jenis pakaian termasuk pakaian seragam dan sukan. Modul-modul sokongan seperti Budaya Fesyen, Teknologi Tekstil, Reka Bentuk Tekstil, dan Organisasi Pengeluaran Pakaian dapat membantu pelajar untuk lebih memahami ciri-ciri dan kemampuan sesuatu reka bentuk pakaian untuk dipasarkan. Projek Fesyen pada semester terakhir adalah penentuan bagi setiap pelajar dalam menilai kemampuan mereka mengaplikasikan segala pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari. Koleksi akhir (pakaian) pelajar akan dipersembahkan dalam acara kemuncak pertunjukan fesyen yang diadakan pada penghujung setiap semester
.

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  
  FF4PR-D70-0X - DIPLOMA REKA BENTUK GRAFIK  
     
  SINOPSIS  
 

 

Program ini merangkumi antara lain bidang Reka Betuk Penerbitan, Pengiklanan, Komunikasi Korporat, Applikasi Multimedia dan juga mata pelajaran pilihan seperti Percetakan, Fotografi Lanjutan dan Grafik Persekitaran. Program ini berorientasikan kajian dan penyelesaian masalah ke arah membina individu yang kreatif dan inovatif. Pelajar akan didedahkan antara lain kepada teknik mereka bentuk secara konvensional dan juga teknologi terkini seperti penghasilan animasi berkomputer dan imej digital. Lulusan Program ini akhirnya akan dapat memahami bidang reka betuk grafik dan dapat mengendali dan menggunakan teknologi yang berkaitan dengan penghasilan produk reka betuk grafik yang berkesan. Pelajar akan menjalani latihan industri pada semester empat bagi tujuan mendapat pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.

 

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  
  FF4PR-D71-0X - DIPLOMA REKA BENTUK INDUSTRI  
     
  SINOPSIS  
 


Program Diploma Reka Bentuk Industri merupakan suatu bidang disiplin yang luas yang melengkapkan pelajar dalam pembangunan produk. Ianya menitik-beratkan nilai-nilai artistik dan juga keberkesanan fungsinya. Pelajar akan memahami hubungan di antara teori dan pratikal dalam pembangunan kemahiran pelajar. Setiap permasalahan reka bentuk memerlukan prosedur dan juga teknik-teknik dalam menyelesaian masalahnya. Perancangan reka bentuk cadangan dibuat. Proses permurnian reka bentuk serta kajian disemak semula berdasarkan kehendak pelanggan. Mock-Up ataupun model dibentuk berpandukan kepada lukisan teknikal yang dibuat. Pemilihan bahan serta proses pembuatan dibincangkan pada peringkat ini. Spesifikasi produk dan lukisan terperinci komponen dibentangkan kepada pelanggan untuk peringkat akhir sebelum ianya sampai kepada proses pembuatan.

Aplikasi reka bentuk industri tidak hanya bertumpukan kepada produk pengguna sahaja, ianya meliputi reka bentuk dalaman, pembungkusan dan juga pengangkutan. Oleh itu projek-projek yang ditawarkan dalam program diploma ini merangkumi produk pengguna, peralatan pejabat, peralatan elektronik dan komunikasi, alatan lampu dan bilik air, perabot, aksesori dan automotif. Pelajar tidak hanya menumpukan kepada reka bentuk sahaja tetapi juga memfokuskan kepada standard dalam reka bentuk, rupa bentuk, fungsi, warna, keberkesanan, keselesaan dan kesesuaian, keselamatan semasa operasi, ketahanan dan kebolehsuaian untuk penyenggaraan. Oleh itu, pelajar-pelajar dalam program ini memerlukan kemahiran artistik, pengetahuan dalam asas kejuruteraan dan bahan, teknik pengeluaran, kemahiran berkomunikasi dan amalan profesional.

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  
  FF4IT-D71-0X- DIPLOMA SENI DIGITAL  
     
  SINOPSIS  
 


DIPLOMA MEDIA DIGITAL (SENI DIGITAL) telah direkabentuk untuk melahirkan graduan yang berkemahiran kreatif dan praktikal dalam bidang seni digital bagi industri multimedia, infotainmen dan hiburan. Program ini memfokus kepada asas seni dan penggunaan teknologi digital dan multimedia yang terkini. Kajian tentang epik/lagenda dan warisan budaya tempatan dititikberatkan untuk dijadikan inspirasi dalam penghasilan karya pelajar.

Modul teras yang berasaskan teori reka bentuk serta pemikiran kreatif dan analitikal menawarkan asas yang kukuh bagi bidang seni digital. Modul pengkhususan membolehkan pelajar menerokai, mempratik dan menguasai kemahiran teknikal dalam pengolahan digital. Modul elektif pula menawarkan pelbagai skop tambahan dalam bidang seni dan reka bentuk yang memberi nilai tambahan dari segi pengetahuan, kreatif, dan pengamatan pelajar mengenai ciri-ciri dan nilai seni dan reka bentuk. Projek Seni Digital memberi peluang kepada pelajar untuk memantapkan kemahiran mereka dalam skop-skop yang spesifik. Pilihan pengkhususan termasuklah animasi 2D, animasi 3D, kesan khas digital, multimedia, Web interaktif, atau karya eksperimentasi seni digital yang merupakan kombinasi komponen yang tersebut di atas. Hasil karya projek dan portfolio pelajar akan dipersembahkan dan dinilai semasa "VISCOM Showcase" dalam minggu peperiksaan pada penghujung semester


 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  
  FF4IT-D73-0X - DIPLOMA PENGAJIAN VIDEO & FILEM  
     
  SINOPSIS  
 


DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) telah direka bentuk untuk melahirkan graduan yang berkemahiran kreatif dan praktik dalam bidang penerbitan video bagi pelbagai industri seperti hiburan, multimedia dan infortainmen. Program ini memfokus kepada penggunaan teknologi audio dan video, sementara menekankan asas teori dan bahasa perfileman. Kajian tentang epik/lagenda dan warisan budaya tempatan dititikberatkan untuk dijadikan inspirasi dalam penghasilan karya pelajar.

Modul teras yang berasaskan teori reka bentuk serta pemikiran kreatif dan analitikal menawarkan asas yang kukuh bagi pengajian filem dan sinematografi. Modul pengkhususan membolehkan pelajar menerokai, mempraktik dan menguasai kemahiran teknikal dalam media digital bagi penerbitan audio dan video. Modul elektif pula menawarkan pelbagai skop tambahan dalam bidang seni dan reka bentuk yang dapat memberikan nilai tambahan dari segi pengetahuan, kreativiti dan pengamatan pelajar mengenai ciri-ciri dan nilai seni dan reka bentuk. Projek Media Video memberikan peluang kepada pelajar untuk memantapkan kemahiran mereka dalam skop-skop yang spesifik. Pilihan pengkhususan termasuklah penerbitan video cerita pendek/dokumentari/video muzik, suntingan dan pengkompositan audio-video, atau penerbitan video eksperimentasi yang mengaplikasikan sebarang kombinasi kandungan dan multimedia. Hasil karya projek dan portfolio pelajar akan dipersembahkan dan dinilai semasa "VISCOM Showcase" dalam minggu peperiksaan pada penghujung semester.

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  



KURSUS DIPLOMA BIDANG PERDAGANGAN
/ SAINS KESETIAUSAHAAN

  FF4FB-D50-0X - DIPLOMA AKAUNTANSI  
     
  SINOPSIS  
 

 

Program tiga tahun Diploma Akauntansi menyediakan latihan teori dan praktikal dalam bidang perakaunan bagi membolehkan pelajar memasuki komuniti perniagaan serta dapat berfungsi dengan cekap dan lancar menggunakan sistem manual dan komputer. Program ini mencakupi semua bidang perakaunan seperti kewangan, pengkosan, pengurusan, percukaian dan pengauditan. Selain bidang perakaunan, pelajar juga mempelajari bidang lain yang berkaitan dengan undang-undang syarikat, undang-undang perdagangan, pengurusan perniagaan dan ekonomi yang dibentuk untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran pengurusan bagi membolehkan mereka meningkat ke jawatan penyeliaan. Semua pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama 6 bulan di semester empat bagi memperolehi pengalaman kerja dalam persekitaran perniagaan dan perakaunan.  

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  

  FF4FB-D51-0X - DIPLOMA INSURANS  
     
  SINOPSIS  
   

Industri insurans adalah satu industri perkhidmatan yang giat berkembang di Malaysia dan dijangka akan terus berkembang selari dengan kemajuan ekonomi Malaysia yang menuju ke arah peningkatan industri insurans. Program ini dibentuk bagi melahirkan graduan yang berkelayakan bagi memenuhi kekurangan tenaga dalam industri. Program ini meliputi bidang praktis insurans yang penting, aspek perundangan dalam insurans, insurans peribadi dan perdagangan, jenis insurans, penanggungan, tuntutan dan pengurusan risiko. Program ini juga membekalkan pelajar dengan maklumat tentang perakaunan, ekonomi, statistik, komputer perniagaan dan keusahawanan. Semua pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama 6 bulan di semester empat. Ini membolehkan mereka memperolehi pengalaman kerja dan kefahaman yang jelas dalam perkhidmatan perniagaan insurans yang semakin kompetitif.

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  

  FF4FB-D52-0X - DIPLOMA KEWANGAN DAN PERBANKAN  
     
  SINOPSIS  
  Program diploma ini dibentuk bagi melengkapkan pelajar dengan asas pengetahuan dan kemahiran yang kukuh untuk membolehkan mereka berfungsi dengan berkesan dalam persekitaran yang kompetitif. Program ini mencakupi bidang pengajian seperti sistem perbankan dalam dan luar negeri, pengurusan kewangan dan pelaburan, sistem perbankan Islam, pengurusan portfolio dan teknologi komputer dalam perbankan. Bidang lain seperti perakaunan, ekonomi, statistik dan insurans juga turut dipelajari. Semua pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama 6 bulan bagi membolehkan mereka menimba pengalaman kerja dan mendapat pengetahuan secara langsung daripada persekitaran perbankan dan kewangan yang kompetitif.

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  

  FF4FB-D53-0X - DIPLOMA PEMASARAN  
     
  SINOPSIS  
   

Program ini bertujuan menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pengiklanan, pengurusan jualan, promosi jualan, analisis pemasaran, membuat keputusan, perancangan dan pengawalan, peruncitan, penyelidikan pemasaran serta prosedur import dan eksport. Bagi menjamin kemahiran yang seimbang, bidang pengajian yang lain juga dibekalkan seperti perakaunan, ekonomi, undang-undang komersan, statistik dan komputer perniagaan. Semua pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama 6 bulan di semester empat.

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  

  FF4FB-D55-0X - DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN  
     
  SINOPSIS  
   

Program tiga tahun pengajian perniagaan dibentuk bagi menyediakan pelajar dengan pengetahuan perdagangan yang komprehensif. Tumpuan utama diberi kepada pelbagai bidang pengajian perniagaan seperti pemasaran, perakaunan, statistik, ekonomi, pengurusan perniagaan, undang-undang syarikat, percukaian dan matematik pengurusan. Kepelbagaian mata pelajaran yang dicakupi dalam program ini dibentuk untuk membolehkan pelajar yang mempunyai kecenderungan keusahawanan menceburi dalam perniagaan mereka sendiri. Pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama 6 bulan di semester empat bagi membolehkan mereka memperolehi pengalaman pekerjaan dan kefahaman tentang dunia perniagaan yang sebenar. Bagi pelajar yang berhasrat untuk bekerja dengan organisasi perniagaan, program ini membantu mereka agar dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai persekitaran perniagaan.

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  

  FF4FB-D57-0X - DIPLOMA PERNIAGAAN ANTARABANGSA  
     
  SINOPSIS  
   

Program diploma ini dibentuk untuk menyediakan pelajar supaya mahir dengan prosedur perniagaan antarabangsa dan berupaya menyediakan segala dokumentasi yang diperlukan bagi urusniaga import dan eksport, mengelola dan menyelia pejabat jualan, mengelola dan mengurus aktiviti dan penyelidikan pemasaran bagi tujuan perniagaan antarabangsa. Program ini juga dibentuk dengan mengambilkira pelbagai bidang pengajian seperti perakaunan, ekonomi, pengaturcaraan asas komputer dan pengurusan. Semua pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama 6 bulan di semester empat untuk membolehkan mereka memperolehi pengalaman kerja sebenar dalam aktiviti perniagaan antarabangsa.

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

  FF4FB-D58-0X - DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN  
     
  SINOPSIS  
  Matlamat Program ini adalah untuk melahirkan setiausaha yang profesional, cekap, efisien dan berketrampilan. Pelajar dilatih dalam pengurusan pejabat, struktur perdagangan, terjemahan Bahasa Melayu dan Inggeris, komputer, pembentukan personaliti, penyediaan, speed typing, trengkas, shorthand dan menaip. Pelajar menjalani latihan amali dan latihan di industri. Di samping layak untuk memegang jawatan Setiausaha, pelajar yang telah tamat pengajian boleh mengisi jawatan pembantu tadbir, pembantu peribadi dan lain-lain bidang yang berkaitan.  
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  
  FF4FB-D59-0X - DIPLOMA PENGURUSAN PERUNCITAN  
     
  SINOPSIS  
   

Program diploma ini dirancang agar dapat menghasilkan graduan yang berkelayakan dan profesional serta mampu menjadi sebahagian dari sumber tenaga dalam sektor perniagaan ini. Pelajar akan dilengkapkan dengan kemahiran menyelia dan menguruskan kedai secara efektif dan sistematik. Di samping itu aspek lain seperti keusahawan, teknologi maklumat dan pengurusan perniagaan turut dimuatkan dalam program ini.

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  
Politeknik Permier : Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak,Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak

  FF4FB-D60-0X - PENGAJIAN PERNIAGAAN (E-DAGANG)  
     
  SINOPSIS  
  Diploma Pengajian Perniagaan (e-Dagang) adalah satu program yang mendapat permintaan tinggi dari majikan diseluruh dunia. Ia dibangunkan untuk melahirkan pengamal profesional yang beraspirasi supaya boleh merancang, mengimplementasi dan mengaplikasi kemahiran tersebut didalam pelbagai industri perniagaan. Kandungan program ini dibina khas dengan menggabungkan semua aspek perniagaan dan teknologi maklumat  
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah,Politeknik Nilai Selangor

  FF4FB-D61-0X - PENGURUSAN LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN  
     
  SINOPSIS  
  Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan merupakan satu program yang dikenali dan diiktiraf oleh majikan di seluruh dunia. Program ini dibangunkan untuk membantu pihak pengurusan dari segi merancang, melaksana dan menggunakan kemahiran yang diperlukan di dalam pelbagai industri logistik dan pengurusan rangkaian pengedaran.Kandungan program ini direka dan dibangunkan bagi membolehkan pelajar dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan segala aspek di dalam bidang logistik dan pengurusan rangkaian pengedaran.

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Politeknik Seberang Perai

,

  FF4FB-D62-0X - DIPLOMA KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM  
     
  SINOPSIS  
   

Program diploma ini direkabentuk bagi memperkenalkan kepada pelajar tentang sistem kewangan dan perbankan Islam dan bagaimana institusi sedia ada boleh diubah secara progresif. Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam Fiqh Muamalat, Pengurusan Risiko dan Takaful, Pelaburan Islam. Operasi Perbankan Islam, Perakuanan Kewangan bagi Institusi Kewangan Islam, Pemasaran Perkhidmatan Kewangan,Perdagangan Kewangan Islam, Pengurusan Kredit, Sistem Kewangan dan Perbankan Islam, Projek Kewangan dan Perbankan Islam serta Pengurusan dan Etika dalam Institusi Kewangan Islam.

Program ini juga mendedahkan pelajar secara menyeluruh kepada aspek pengoperasian institusi kewangan Islam dan bagaimana ia dapat memenuhi keperluan kewangan pelanggan.

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  
Politeknik Ungku Omar, Politeknik Seberang Perai,Politeknik Sultan Idris Shah,Sabak Bernam,Selangor,Politeknik Nilai, Negeri Sembilan




PROGRAM DIPLOMA BIDANG PENYENGGARAAN PESAWAT

  FF4TP-D43-0X - DIPLOMA PENYENGGARAAN PESAWAT  
     
  SINOPSIS  
   

Program ini direkabentuk untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan kemahiran penyenggaraan, membaiki dan baikpulih pesawat. Program ini dirangka untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi kemahiran, pengetahuan dalam teknologi tinggi khususnya dalam penyenggaraan dan baikpulih pesawat.

Modul pengkhususan yang ditawarkan adalah seiring dengan keperluan gunatenaga industri khususnya dalam bidang baikpulih pesawat kerana kurikulum yang digunapakai adalah berdasarkan kepada kurikulum yang dicadangkan oleh pihak Malaysian Airline System (MAS) dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

* tidak rabun warna

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz  Shah


PROGRAM DIPLOMA BIDANG HOSPITALITI


  FF4HT-D65-0X - DIPLOMA PENGURUSAN HOTEL DAN KATERING  
     
  SINOPSIS  
 

 

Program ini mendedahkan pelajar kepada asas pengurusan Hotel dan Katering dalam aspek teori dan amali. Pelajar akan mengikuti kuliah, tugasan bertulis, projek penulisan dan katering, kerja makmal, dapur, restoran, bilik dobi dan sistem penempahan berkomputer (CRS) dan latihan industri. Pelajar akan digalakkan mengikut program bekerja sambil belajar yang dikendalikan oleh politeknik atau sektor swasta. Program ini memberi penekanan seimbang untuk teori dan amali yang berkaitan dengan perkembangan di sektor industri ini. Program pengajian antara lain meliputi pengetahuan dan kemahiran di bahagian operasi seperti kaunter perkhidmatan, pengemasan, mendobi, dapur dan restoran. Mata pelajaran sokongan seperti Komunikasi Interpersonal, Makanan & Pemakanan, Sanitasi, Pemasaran, Perakaunan dan Aplikasi Komputer akan juga diberi penekanan. Pelajar juga akan didedahkan kepada prinsip dan amalan pengurusan seperti Pengurusan Sumber Manusia, Perakaunan Pengurusan, Pemasaran Strategik, Pengurusan Kos, Penyeliaan Penyelenggaraan dan Undang-Undang Hospitaliti. Peluang pekerjaan adalah luas kerana kandungan program dan lulusan berpeluang menceburi kerjaya dalam industri perhotelan dan perkhidmatan makanan.

 

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :  
Politeknik Kota Kinabalu, Politeknik Johor Bahru, Politeknik Merlimau, Politeknik Sultan Idris Shah, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
 

 

  FF4HT-D66-0X - DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN  
     
  SINOPSIS  
   

Program ini digubal untuk membina tenaga pekerja yang berpengetahuan dan berketrampilan bagi melaksanakan tugas di dalam mana-mana sektor industri pelancongan. Skop program ini merangkumi elemen-elemen penting dalam disiplin pelancongan seperti pembinaan asas pengetahuan industri pelancongan, pengurusan, perakaunan, pemasaran, perancangan, interpretasi dan keusahawanan. Pendekatan gabung-jalin di antara latihan amali dan teori digunakan sepenuhnya dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Program ini juga menawarkan latihan berdasarkan keperluan semasa dalam industri pelancongan seperti Pelancongan Rekreasi, Tempahan dan Tiketan, Pengurusan MICE, Interpretasi, Komunikasi Interpersonal, Teknik Pemandu Pelancong, Pengurusan Agensi Pelancongan, Pengurusan Strategik dan Perancangan Pelancongan. Subjek seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral pula diterapkan untuk memberikan pendidikan bersepadu kepada pelajar. Pelajar juga dikehendaki menjalani latihan industri selama 6 bulan di institusi yang berkaitan. Beberapa mata pelajaran elektif turut ditawarkan. Peluang pekerjaan terbuka luas bagi graduan untuk berkhidmat di dalam mana-mana sektor industri pelancongan termasuklah Agensi pengembaraan dan pelancongan, Pusat Taman dan Rekreasi, Muzium, Taman Tema, Organisasi Pelancongan Swasta, Agensi Pengangkutan dan Agensi Kerajaan. Para graduan yang memiliki semangat keusahawanan pula boleh memulakan perniagaan sendiri dalam mana-mana bidang pelancongan yang mereka minati.

 
  POLITEKNIK YANG MENAWARKAN :