<% '--- Mula SET TARIKH ----------- dim hb,bulan,tahun,TrInfo hb=trim(day(now)) if len(trim(day(now))) < 2 then hb="0" & trim(day(now)) end if bulan=trim(month(now)) if len(trim(month(now))) < 2 then bulan="0" & trim(month(now)) end if tahun=trim(year(now)) TrInfo="" & hb & "/" & bulan & "/" & tahun & "" ' tamat set TARIKH ----- %> Selamat Datang ke Portal BPP
                     

INFO TERKINI

                   
Kemaskini : <%=TrInfo%>

 

PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE POLITEKNIK KPT SESI JULAI 2008

BIL
PERKARA
KETERANGAN

 

1

 

Semakan Keputusan



 

2

 

Status keputusan

Permohonan Program Diploma Penyenggaraan Pesawat (DAM)

Calon-calon yang berjaya ditawarkan program DAM akan diumumkan keputusannya pada 05 Jun 2008 (Khamis).


Permohonan SELAIN program Penyenggaraan Pesawat

Keputusan permohonan boleh disemak mulai 12 Mei 2008 (Isnin) melalui kaedah berikut:

- Laman web ini, http://www.politeknik.edu.my.


Calon yang berjaya ditawarkan tempat pengajian di Politeknik KPT MESTILAH mencetak Surat Pengesahan Tawaran dan Borang Jawapan Tawaran melalui laman web ini. Arahan selanjutnya yang perlu calon lakukan terdapat dalam surat tersebut.

Surat Tawaran Rasmi hanya diPOSkan kepada calon setelah pihak politeknik menerima Borang Jawapan Tawaran bersama-sama dengan salinan dokumen yang diperlukan.

 

3

 

Tarikh Pendaftaran

 

Calon yang berjaya ditawarkan tempat pengajian di Politeknik KPT bagi Sesi Julai 2008  mendaftar pada tarikh-tarikh berikut:

i)  7 Julai 2008  (bagi negeri yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu)

ii) 
8 Julai 2008 (bagi negeri yang bercuti pada hari Sabtu dan Ahad)

 

 

4

 

Rayuan

Tempoh rayuan bagi calon yang tidak berjaya adalah 10 hari mulai 12 Mei 2008 (Isnin).

Rayuan MESTI dibuat secara on-line melalui laman web ini dan ianya hanya akan diproses sekiranya ada kekosongan.



5


Keputusan Rayuan

Mulai 5 Jun 2008 ~ 7 Ogos 2008.

 

6

 

Percanggahan Maklumat

Sebarang percanggahan maklumat dengan dokumen asal akan mengakibatkan tawaran kemasukan anda ditarik balik atau pengajian anda semasa di politeknik ditamatkan.


PENGUMUMAN


Permohonan bagi lulusan SPM atau setaraf yang tidak berjaya bagi kemasukan Sesi Julai 2008 akan diproses semula untuk kemasukan Sesi Januari 2009. Keputusannya boleh disemak mulai 22 Ogos 2008.

Permohonan bagi lulusan Sijil Politeknik KPT, Sijil Kolej Komuniti KPT dan Pelajar Berkeperluan Khas yang tidak berjaya bagi kemasukan Sesi Julai 2008 akan diproses semula untuk kemasukan Sesi Januari 2009. Keputusannya boleh disemak
mulai 25 November 2008.



 

PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE POLITEKNIK KPT SESI JANUARI 2009

BIL
PERKARA
KETERANGAN
           


1

 

e-Borang

  FASA I BUKA :    12 Mei 2008 TUTUP :    15 Ogos 2008
  e-Borang ditutup sementara untuk proses pemilihan FASA I kemasukan Sesi Januari 2009. Keputusan permohonan boleh disemak mulai 22 Ogos 2008.
  FASA II BUKA :    23 Ogos 2008 TUTUP :    31 Oktober 2008
Keputusan permohonan FASA II boleh disemak mulai 25 November 2008.
 

Sila klik untuk mengakses e-Borang
 

 

2

 

Iklan

 

Iklan Permohonan Kemasukan Pelajar ke Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) bagi Sesi Januari 2009 disiarkan pada 14 September 2008 (Ahad) di akhbar berikut;

Mingguan Malaysia

Berita Minggu
Metro Ahad
Borneo Post (Sabah dan Sarawak)

Daily Express (Sabah)
Sin Chew Jit Poh
Tamil Nesan


The Star - Disiarkan pada 13 September 2008 (Sabtu)

 

3

 

Cara Memohon

 

Permohonan kemasukan pelajar ke Politeknik KPT bagi Sesi Januari 2009 hendaklah dibuat melalui kaedah dalam talian  (ON-LINE) dengan melayari laman web ini mulai 12 Mei 2008 (Isnin).

Pemohon diminta membeli nombor PIN untuk mengakses e-Borang, di mana-mana kaunter atau Mesin ATM Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga  RM6.00 (Ringgit Malaysia: Enam sahaja).
      
    

Pemohon perlu mengemukakan Kad Pengenalan semasa membeli nombor PIN di kaunter BSN bagi mengelakkan berlakunya kesilapan nombor kad pengenalan. Kesilapan tersebut akan menyebabkan pemohon tidak boleh mengakses e-Borang.

Jika pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan kad pengenalan pemohon mesti dikemukakan oleh wakil tersebut kepada pihak BSN.

Pastikan slip pembayaran BSN dicetak nombor kad pengenalan pemohon dengan betul serta terdapat nombor PIN enam (6) digit.

Maklumkan dengan jelas kepada pihak BSN bahawa nombor PIN yang hendak dibeli adalah untuk permohonan kemasukan ke Politeknik KPT.

Nombor PIN ini hanya boleh digunakan bagi kemasukan Sesi Julai 2008 dan Sesi Januari 2009 sahaja.


Pemohon perlu membeli semula nombor PIN sekiranya hilang dan terlupa.

NOTA:
  
Panduan Penggunaan Mesin ATM BSN
.

 

Nombor PIN ini juga boleh digunakan untuk mengakses e-Borang Kolej Komuniti KPT.


Pemohon hendaklah mencetak butiran permohonan. Pindaan butiran boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.



Pemohon berkeperluan khas
(masalah pendengaran) ialah pelajar lepasan tingkatan lima dari Sekolah Pendidikan Khas kelolaan Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau Program Pencantuman Pendidikan Khas di bawah KPM. Permohonan hendaklah dibuat melalui Jabatan Pendidikan Khas KPM, di alamat :


Timbalan Ketua Pengarah,

Jabatan Pendidikan Khas,

Kementerian Pelajaran Malaysia,

Aras 2, Blok E2, Parcel E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62604 PUTRAJAYA

Telefon : 03-88849190

Borang permohonan boleh didapati dari Jabatan Pelajaran Negeri atau Jabatan Pendidikan Khas.


 

4

 

Tarikh tutup permohonan

 

31 Oktober 2008 (Jumaat). 

 

 

5

 

Semakan keputusan permohonan

Mulai 22 Ogos 2008 bagi permohonan FASA I, pemohon yang tidak berjaya dikehendaki mengemaskini maklumat e-Borang masing-masing sebelum 31 Oktober 2008 untuk diproses semula.

Mulai 25 November 2008 bagi semua kategori permohonan.

Keputusan permohonan hendaklah disemak melalui kaedah berikut:

- Laman web ini, http://www.politeknik.edu.my.


Calon yang berjaya ditawarkan tempat pengajian di Politeknik KPT MESTILAH mencetak Surat Pengesahan Tawaran dan Borang Jawapan Tawaran melalui laman web ini. Arahan selanjutnya yang perlu calon lakukan terdapat dalam surat tersebut.

Surat Tawaran Rasmi hanya akan diPOSkan kepada calon setelah pihak politeknik menerima Borang Jawapan Tawaran bersama-sama dengan salinan dokumen yang diperlukan.

 

6

 

Tarikh Pendaftaran

 

 12 atau 13 Januari 2009.

 

7

 

e-Rayuan

 

Mulai 25 November 2008 ~ 5 Disember 2008.

Rayuan MESTI dibuat secara on-line melalui laman web ini dan ianya hanya akan diproses sekiranya ada kekosongan.

 

8


Keputusan
e-Rayuan

Mulai 18 Disember 2008 ~ 13 Februari 2009.

 

9

 

Percanggahan Maklumat

 

Sebarang percanggahan maklumat dengan dokumen asal akan mengakibatkan tawaran kemasukan anda ditarik balik atau pengajian anda semasa di politeknik ditamatkan.