TERKINI@POLITEKNIK

                   
Kemaskini : 04/02/2012

 

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT) SESI JULAI 2011



BIL
PERKARA
KETERANGAN

 

1

 

e-Borang Kategori Lepasan SPM


Dimaklumkan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 2 April 2010 memutuskan bahawa mulai Tahun 2011, Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di pertanggungjawabkan menjadi Pusat Pengambilan Setempat bagi menguruskan permohonan dan pemilihan kemasukan ke Program Sijil dan Diploma kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) serta Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Borang Permohonan kategori Lepasan SPM bagi kemasukan ke Politeknik KPT (Fasa 2) sesi Julai 2011 akan dibuka mulai 10 Januari hingga 4 April 2011 melalui laman web http://upu.mohe.gov.my/.

Pemohon dinasihatkan untuk memahami syarat kemasukan dan program pengajian yang ditawarkan di Politeknik melalui web http://www.politeknik.edu.my sebelum membuat permohonan.

Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju supaya kutipan wang proses sebanyak RM 10.60 dikenakan bagi permohonan ke program pengajian Lepasan SPM/Setaraf di Istitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan program Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) serta Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Nombor Unik ID (PIN) boleh didapati di semua cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan ke Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf bagi kemasukan ke politeknik KPT Sesi Akademik 2011 boleh dihubungi melalui talian berikut :-

Hotline : 03-8883 5858 ( 10 Talian )
Talian Am : 03-8883 5801 / 5802
E-mel : upu@mohe.gov.my


 

2

 

e-Borang Kategori Lulusan Diploma / Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti dan Lepasan Kolej Matrikulasi KPM


Aplikasi online akan diaktifkan mulai 4 Mac 2011 hingga 4 April 2011.

Iklan Permohonan Kemasukan Sesi Julai 2011 disiarkan seperti butiran berikut:

Akhbar Tarikh Siaran Iklan
Berita Minggu 6 Mac 2011 (Ahad)
Borneo Post
Tamil Nesan
Sin Chew Jit Poh
Metro Ahad 13 Mac 2011 (Ahad)
Daily Express
The Star
Mingguan Malaysia 20 Mac 2011 (Ahad)

 

 

3

 

Program Diploma Baharu Yang Ditawarkan


Program Diploma baharu yang ditawarkan mulai Sesi Julai 2011

  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Pembuatan Automotif).

  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Produk).

  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automasi).

  • Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal).