Sila buat pilihan kursus
yang anda ingin lihat sinopsisnya.
VO1
- SIJIL MULTIMEDIA KREATIF (ANIMASI)
CREATIVE
MULTIMEDIA (ANIMATION)
Dalam
kursus ini pelajar akan diberikan kemahiran dalam mereka bentuk dan
mempersembahkan animasi 2D dan 3D melalui komputer dan internet. Modul kursus
ini merangkumi lukisan komputer Grafik, Digital Video editing, aplikasi komputer
animasi 2D dan 3D serta rekabentuk animasi 2D dan 3D di dalam laman web.
Lulusan
kursus ini berpeluang berkhidmat sebagai;
· Pelukis
Lukisan Karektor 2D dan 3D di bidang penyiaran, penerbitan dan pengiklanan
· Pembina
Perkakasan Multimedia
· Penyunting
Video dan Audio
· Pereka
Grafik
· Animator
· Pembantu
Produksi Filem
Kolej
Komuniti yang menawarkan kursus ini
·
Kolej Komuniti Kepala Batas, Pulau Pinang
·
Kolej Komuniti Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan*
·
Kolej Komuniti Kuantan, Pahang Darul Makmur
·
Kolej Komuniti Segamat, Johor Darul Takzim
·
Kolej Komuniti Segamat 2, Johor Darul Takzim
V02
-
SIJIL TEKNOLOGI PEMBUATAN BERSEPADU
INTEGRATED
MANUFACTURING TECHNOLOGY
Kursus
ini menggabungkan bidang pengautomatan dan pembuatan. Kursus ini mendedahkan dan
melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran penggunaan mesin-mesin CNC
dan EDM, mikro pemprosesan, PLC, pnumatik, dan mekanisme penghantaran kuasa,
pembangunan prototype, sistem pembuatan terbantu komputer seperti CAD/CAM/CAE,
sistem pembuatan berintegrasikan komputer seperti FMS dan CIM serta teknologi
elektrik dan sistem berdigit.
Lulusan
kursus ini berpeluang berkhidmat sebagai;
·
Juruteknik
di sektor awam dan swasta
·
Penyelia
industri elektrik
·
Penyelenggara
dan Pembaikpulih mesin
·
Pelukis
CAD/CAM
Kolej
Komuniti yang menawarkan kursus ini
·
Kolej Komuniti Kepala Batas, Pulau Pinang
V03
- SIJIL
AUTOMOTIF
AUTOMOTIVE
Kursus
ini merangkumi bidang teknologi terkini yang melibatkan peralatan menguji/mendiagnosis.
Aspek penggunaan komputer dalam bidang automotif juga diberi penekanan. Kursus
ini meliputi pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan penyenggaraan asas dan
penjagaan kenderaan, merombak rawat enjin, komunikasi grafik dan CAD, sistem
elektrik kenderaan, kerja kimpalan dan pembaikan kenderaan, pengurusan pusat
servis peralatan elektrik dan elektronik automotif serta pelbagai sistem dalam
kenderaan.
Lulusan
kursus ini berpeluang berkhidmat sebagai;
·
Pembaikpulih
dan Penyenggara kenderaan bermotor
·
Pembantu
Mekanik
·
Juruteknik
·
Penyelia
pusat servis
·
Penyelia
perkakasan bengkel.
Kolej
Komuniti yang menawarkan kursus ini
·
Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Kedah Darul Aman
·
Kolej Komuniti Kepala Batas, Pulau Pinang
·
Kolej Komuniti Ledang, Johor Darul Takzim
·
Kolej Komuniti Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
·
Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka
·
Kolej Komuniti Tawau, Sabah
V04
- SIJIL PELUKIS PELAN SENIBINA
ARCHITECTURAL DRAFTING
Kursus
ini melatih pelajar sehingga dapat menghasilkan lukisan kerja seni bina
(Architectural working drawing), membuat lukisan bagi kerja tambahan/pengubahsuaian
bangunan kecil, menggunakan pelbagai teknik rendering,
pembuatan model serta memahami dan mentafsir peraturan kecil bangunan.
Lulusan
kursus ini berpeluang berkhidmat sebagai;
·
Pelukis
Pelan
·
Pereka
Lanskap
·
Juruteknik
·
Perekabentuk
Terbantu Komputer (CAD)
·
Perekabentuk
Model Bangunan
Kolej
Komuniti yang menawarkan kursus ini
·
Kolej Komuniti Arau, Perlis
·
Kolej Komuniti Kepala Batas, Pulau Pinang
·
Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Kedah Darul Aman
·
Kolej Komuniti Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan **
·
Kolej Komuniti Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan
·
Kolej Komuniti Segamat, Johor Darul Takzim
·
Kolej Komuniti Segamat2, Johor Darul Takzim
·
Kolej Komuniti Kuantan, Pahang Darul Makmur
·
Kolej Komuniti Kuala Terengganu, Terengganu
·
Kolej Komuniti Kuching, Sarawak
V05
- SIJIL PENYENGGARAAN BANGUNAN
BUILDING
MAINTENANCE
Kursus
ini melatih pelajar dalam penyenggaraan bangunan. Ia meliputi menyenggara
peralatan penyamanan udara dan pengalih udara, membaiki kerosakan (elektrikal
dan mekanikal) pada peralatan penyamanan udara dan pengalih udara, menyenggara
dan membaiki kerosakan pada sistem bekalan air dan sistem pengepam air bangunan,
menyenggara peralatan pencegahan kebakaran dan menyenggara sistem elektrikal.
Lulusan
kursus ini berpeluang berkhidmat sebagai;
· Juruteknik
· Penyenggara
Sistem Bangunan (seperti sistem elektrik, lif, bomba, paip, penyaman udara)
· Juruteknik
Mekanikal & Elektrikal
Kolej
Komuniti yang menawarkan kursus ini
·
Kolej Komuniti Segamat, Johor Darul Takzim
·
Kolej Komuniti Kota Tinggi, Johor Darul Takzim
V06
-
SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK (PEMASANGAN
& PERKHIDMATAN)
ELECTRICAL
TECHNOLOGY (INSTALLATION & SERVICING)
Kursus
ini meliputi pengetahuan teori dan amali dalam bidang teknologi elektrik,
elektronik, kawalan dan komputer yang merangkumi modul amalan keselamatan, asas
elektrik dan elektronik, pemasangan domestik dan industri, pemasangan motor, Programmable
Logic Controller (PLC), asas kawalan motor, penyenggaraan peralatan dan electrical
switcthboard dan switchgear, aplikasi komputer dan perisian AutoCAD.
Lulusan
kursus ini berpeluang berkhidmat sebagai;
·
Juruteknik
Elektrik
·
Pendawai
Litar
·
Kontraktor
Elektrik.
Kolej
Komuniti yang menawarkan kursus ini
·
Kolej Komuniti Arau, Perlis
·
Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Kedah Darul Aman
·
Kolej Komuniti Chenderoh, Perak Darul Ridzuan
·
Kolej Komuniti Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan
·
Kolej Komuniti Jempol, Negeri Sembilan
·
Kolej Komuniti Jelebu, Negeri Sembilan
·
Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka
·
Kolej Komuniti Segamat, Johor Darul Takzim
·
Kolej Komuniti Bentong, Pahang Darul Makmur
·
Kolej Komuniti Kuantan, Pahang Darul Makmur
·
Kolej Komuniti Kuala Terengganu, Terenggan Darul Iman
·
Kolej Komuniti Tawau, Sabah
·
Balik Pulau
V07
- SIJIL
SISTEM KOMPUTER DAN SOKONGAN
COMPUTER
SYSTEM AND SUPPORT
Kursus
ini menekankan kepada kemahiran asas dalam bidang sistem komputer, rangkaian
serta perisian sistem pengoperasian di samping kemahiran asas untuk membuat
pemasangan dan rangkaian masa kini seterusnya memahami konsep-konsep pembangunan
internet. Modul yang ditawarkan meliputi asas elektronik, alatan pengukuran asas,
sistem komputer, penyenggaraan peralatan komputer (bekalan kuasa I/O, ingatan
dsb), penyenggaraan peripheral (printer,
modem dsb) dan penyenggaraan rangkaian.
Lulusan
kursus ini berpeluang berkhidmat sebagai;
·
Juruteknik
Komputer
·
Juruteknik
Rangkaian
·
Usahawan
ICT
Kolej
Komuniti yang menawarkan kursus ini
·
Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Kedah Darul Aman
·
Kolej Komuniti Bayan Baru, Pulau Pinang
·
Kolej Komuniti Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan
·
Kolej Komuniti Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan
·
Kolej Komuniti Jempol, Negeri Sembilan
·
Kolej Komuniti Segamat, Johor Darul Takzim
·
Kolej Komuniti Selandar, Melaka
·
Kolej Komuniti Tawau, Sabah
V08
- SIJIL HOTEL & KATERING
HOTEL
& CATERING
Kursus
ini memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar dalam bidang Front
Office, operasi dapur, penyediaan dan penyajian makanan dan minuman,
pengemasan, promosi, simpan kira dan perhubungan pelanggan. Pelajar juga akan
disediakan untuk memulakan perniagaan sendiri dengan penerapan mata pelajaran
simpan kira praktik, teknik promosi dan amalan perniagaan di samping aspek
pengurusan dan penyeliaan.
Lulusan
kursus ini berpeluang berkhidmat sebagai;
·
Pembantu
Chef
·
Penyelia
Makanan dan Minuman
·
Housekeeper
·
Pramusaji
·
Usahawan
Katering
Kolej
Komuniti yang menawarkan kursus ini
·
Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka
·
Kolej Komuniti Sungai Petani, Kedah Darul Aman
·
Kolej Komuniti Kuantan, Pahang Darul Makmur
·
Kolej Komuniti Chenderoh, Perak Darul Ridzuan
·
Langkawi
V09
- SIJIL REKAAN FESYEN DAN PAKAIAN
FASHION AND APPAREL
DESIGN
Kursus
ini memfokus kepada kreativiti dan teknik pembuatan pakaian. Ia juga memberi
penekanan kepada pemahaman fabrik dan keusahawanan. Modul seni reka fesyen
ditawarkan dalam tiga peringkat untuk memberi pendedahan kepada pelajar dari
sudut pemahaman mengenai daya intelektual dan artistik (seni) yang menentukan
rekaan fesyen dan pakaian di pasaran tempatan dan antarabangsa. Sepanjang kursus
ini aspek amali akan ditegaskan supaya lepasan kursus ini mempunyai tahap
kemahiran yang tinggi.
Lulusan
kursus ini berpeluang berkhidmat sebagai;
·
Pereka
Fesyen
·
Usahawan (butik)
·
Tailoring
Kolej
Komuniti yang menawarkan kursus ini
·
Kolej Komuniti Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan
·
Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka
·
Kolej Komuniti Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
·
Kolej Komuniti Kuching, Sarawak
V10
- SIJIL PEMPROSESAN DAN KAWALAN MUTU MAKANAN
FOOD
PROCESSING AND QUALITY CONTROL
Kursus
ini meliputi latihan kemahiran dalam bidang pemprosesan makanan dan kawalan mutu
hasilan makanan. Modul yang ditawarkan merangkumi pemprosesan dan pembungkusan
semua kategori makanan khususnya yang bersumberkan bahan mentah tempatan. Ini
termasuklah pemprosesan dan kaedah pengawetan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan
dan hasilan laut, daging, ayam, telur, hasilan koko, gula, bakeri, minyak dan
snek tempatan. Di samping itu, pelajar juga didedahkan kepada aspek pengawalan
mutu makanan, baik semasa atau selepas pemprosesan, aspek kandungan makanan dan
pemakanan, menguji dan menganalisis makanan, perundangan yang berkaitan makanan
serta pengurusan dan pemasaran hasil makanan.
Lulusan
kursus ini berpeluang berkhidmat sebagai;
·
Usahawan
Pengeluaran Produk Makanan
·
Pembantu
Kawalan Mutu Makanan
·
Pembantu
Pengeluar Makanan
Kolej
Komuniti yang menawarkan kursus ini
·
Kolej Komuniti Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan
V11
-
SIJIL TEKNOLOGI PEMBINAAN
CONSTRUCTION
TECHNOLOGY
Kursus
ini akan melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam
bidang pembinaan termasuk pengurusan pembinaan, penentuan kuantiti dan kos,
memahami dan menyediakan lukisan pembinaan (manual dan CAD), memulakan kerja dan
penyeliaan tapak pembinaan dan menjalankan ujian untuk kawalan mutu.
Lulusan
kursus ini berpeluang berkhidmat sebagai;
·
Kontraktor
·
Penyelia
Tapak
·
Juruteknik
·
Pembantu
Jurukur Bahan
·
Pelukis
Pelan Bangunan
Kolej Komuniti yang menawarkan kursus ini
·
Kolej Komuniti Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
V12
-
SIJIL
TEKNOLOGI MAKLUMAT (Pembangunan Sistem)
INFORMATION
TECHNOLOGY (System Development)
Kursus
ini merangkumi modul asas dalam bidang ICT seperti Komunikasi Data, Sistem
Rangkaian, Sistem Pengoperasian, Bahasa Pengatucaraan (C/C++ dan Visual Basic),
Pangkalan Data Internet, Multimedia dan Pembangunan Laman Web. Kursus
ini juga mengandungi modul lain seperti pemasangan komputer dan Sistem Digital.
Lulusan
kursus ini berpeluang berkhidmat sebagai;
·
Pembangun
Sistem (Programmer)
·
Pembangun
Laman Web
·
Pembantu
Juruanalisis Sistem
·
Penyenggara
Sistem
·
Usahawan
ICT
Kolej
Komuniti yang menawarkan kursus ini
·
Kolej Komuniti Alor Gajah,Melaka
·
Kolej Komuniti Grik, Perak Darul Ridzuan
·
Kolej Komuniti Sungai Siput, Perak Darul Ridzuan
·
Kolej Komuniti Pasir Salak, Perak Darul Ridzuan
·
Kolej Komuniti Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan
·
Kolej Komuniti Mas Gading, Sarawak
V13
-
SIJIL PERAKAUNAN PERNIAGAAN
BUSINESS ACCOUNTING
Kursus
ini akan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan berkaitan konsep dan prinsip
perakaunan, penyediaan penyata kewangan, pendedahan disiplin ilmu (pemasaran,
undang-undang perniagaan dan syarikat, pengauditan, pencukaian, statistik dan
costing), penerapan nilai keusahawanan dan perakaunan berkomputer.
Lulusan kursus ini berpeluang berkhidmat sebagai;
·
Pembantu Akauntan
·
Kerani Akaun
·
Pembantu Audit
·
Juruwang
·
Usahawan
Kolej
Komuniti yang menawarkan kursus ini
·
Kolej Komuniti Selandar, Melaka
·
Kolej Komuniti Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan
V14
-
SIJIL
MULTIMEDIA KREATIF (PENGIKLANAN)
CREATIVE MULTIMEDIA (ADVERTISING)
Kursus ini merangkumi ilmu
pengiklanan secara menyeluruh dengan mempelajari konsep asas pengiklanan hingga
ke tahap aplikasi dan produksi untuk percetakan iklan media elektronik dan
pengiklanan laman web. Kursus ini mendedahkan dan melengkapkan pelajar dengan
pengetahuan percetakan/DTP (majalah, pembungkusan, poster, kad dan risalah),
menyediakan iklan media elektronik, papan tanda dan multimedia.
Lulusan kursus ini berpeluang
berkhidmat sebagai;
· Penolong / Pereka
grafik di agensi / syarikat pengiklanan multimedia
·
Penolong
/ Pereka grafik di syarikat pengiklanan, percetakan dan penyiaran
· Penolong
/ Pereka grafik di jabatan kerajaan
·
Penolong
Pereka Set
·
Usahawan
Kolej
Komuniti yang menawarkan kursus ini
·
Kolej Komuniti Jasin, Melaka
V15
-
SIJIL
PENYAMAN UDARA DAN PENYEJUKAN
AIR-CONDITIONING AND REFRIGERATION
Kursus ini melibatkan
teknologi dan kemahiran yang menjurus kepada menyediakan pelajar yang
berketrampilan dan mampu berdikari. Kursus ini memberi pengkhususan berkaitan
Sistem Penyejukan dan Penyamanan Udara (Domestik, Komersial dan Industri).
Pelajar-pelajar didedahkan dengan cara bekerja dan mengetahui komponen, alat
kawalan, pempaipan, mengesan dan memperbaiki kerosakan dengan kawalan
elektronik, melakukan kerja pendawaian serta membaikpulih kerosakan elektrikal
dan sistem nyah fros.
Lulusan kursus ini berpeluang
berkhidmat sebagai;
·
Juruteknik
Sistem Penyejukan dalam sektor pengangkutan dan industri
·
Juruteknik
Sistem Penyamanan Udara bangunan dan industri
·
Penyelia
pusat servis dan baikpulih, penyejukan dan penyaman udara
·
Usahawan
Kolej
Komuniti yang menawarkan kursus ini
·
Kolej Komuniti Rompin, Pahang Darul Makmur
·
Kolej Komuniti Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan
V16
-
SIJIL
PERLANCONGAN DAN PENGEMBARAAN
TRAVEL AND TOURISM
Kursus ini digubal untuk
melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan di dalam
industri pelancongan. Kursus ini memberi penekanan kepada pembinaan asas
pengetahuan pelancongan, pengendalian agensi, kejurulatihan rekreasi, teknologi
dan ketrampilan berkomunikasi.
Lulusan kursus ini berpeluang
berkhidmat sebagai;
·
Pemandu
Pelancong
·
Jurulatih
Rekreasi
·
Penyelia
agensi pelancongan
·
Pengusaha
Resort/Hotel
Kolej
Komuniti yang menawarkan kursus ini
·
Kolej Komuniti Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan
·
Kolej Komuniti Kuching, Sarawak
V17
-
SIJIL
REKABENTUK DALAMAN
INTERIOR DESIGN
Rekabentuk Dalaman adalah
proses merekabentuk ruang dalaman mengikut konsep dan gaya ruang berpandukan
tema tertentu serta mengaplikasi segala prinsip rekabentuk seni bina. Ia
bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar meneroka kerjaya dalam bidang
hiasan dalaman serta melahirkan tenaga separa mahir dalam bidang berkaitan.
Lulusan kursus ini berpeluang
berkhidmat sebagai;
·
Perekabentuk
Dalaman
·
Pembantu
Arkitek
·
Usahawan
·
Perunding Hiasan Dalaman
Kolej
Komuniti yang menawarkan kursus ini
·
Kolej Komuniti Selayang, Selangor Darul Ehsan