Sijil Teknologi Pembuatan

Sinopsis Program


Program Teknologi Pembuatan adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Pembuatan. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

1. Teknik dan kaedah dalam menghasilkan lukisan kejuruteraan dan merekabentuk produk pembuatan dengan Rekabentuk Terbantu Komputer (CAD).
2. Menghasilkan produkmekanikal menggunakan mesin-mesin pembuatan konvensional.
3. Menghasilkan produk mekanikal menggunakan mesin-mesin Kawalan Berangka Berkomputer (CNC).
4. Membaca, membina dan troubleshoot litar skematik melibatkan kawalan sistem pneumatik, hidraulik, elektro-mekanikal dan PLC.
5. Menggunakan kaedah-kaedah kawalan mutu dalam penghasilan produk.

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Teknologi Pembuatan yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang industri Pembuatan. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut:

Pelukis Pelan Mekanikal (Draught man)
Perekabentuk Produk
Juruteknik Pembuatan
Jurumesin dan jurugegas
Juruteknik Automasi
Juruteknik Kawalan Kualiti

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)

kembali ke atas

Permohonan kemasukan untuk sesi Disember 2019 telah ditutup.

Tempoh Pengajian

4 semester

© 2019 Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.