Sijil Penyenggaraan Motosikal (Berkuasa Tinggi)

Sinopsis Program


Program Sijil Penyenggaraan Motosikal (Berkuasa Tinggi) adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Penyenggaraan Motosikal. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

1. Pengendalian bengkel servis motosikal, servis asas motosikal, pemeriksaan kerangka dan set penutup serta selenggaran sistembahan api.
2. Selenggara roda, selenggara sistem gantungan dan stereng, selenggara sistem brek dan penyenggaraan sistem elektrik enjin.
3. Rombak rawat sistem klac, servis pacuan akhir, penyenggaraan sistem pacuan akhir automatik dan penyenggaraan sistem suntikan bahan api enjin.
4. Analisa kerosakan enjin, rombak rawat enjin satu silinder, berbilang silinder dan penyeliaan pusat servis motosikal.

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang penyenggaraan motosikal (berkuasa tinggi) yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang permotoran. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut :

Mekanik
Juruteknik servis motosikal (berkuasa tinggi)
Penasihat servis (Service Advisor)
Pengusaha bengkel servis motosikal (berkuasa tinggi)
Pengusaha bengkel tayar
Pengusaha bengkel elektrik automotif
Pengusaha kedai aksesori motosikal (berkuasa tinggi)

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)

kembali ke atas

Permohonan kemasukan untuk sesi Disember 2019 telah ditutup.

Ditawarkan di

Tempoh Pengajian

5 semester

© 2019 Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.