Sijil Animasi 3D

Sinopsis Program


Program Animasi 3D adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Animasi 3D. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

1. Teknik dan kaedah melukis lukisan asas geometri dan organik, lukisan anatomi manusia dan haiwan dan lukisan karektor animasi secara manual dan digital.
2. Penghasilan idea, penulisan skrip, rekabentuk produksi dan penghasilan storyboard.
3. Penghasilan asas modeling, merekabentuk karektor 3D, props dan latarbelakang 3D.
4. Melakukan rigging, mapping dan texturing pada karektor , props dan latarbelakang 3D.
5. Penghasilan asas animasi karektor 3D dengan melakukan lip sync, facial expression dan pergerakan keseluruhan anggota badan berdasarkan prinsip-prinsip animasi.
6. Melakukan proses rendering, suntingan audio, voice over dan bunyi latarbelakang berdasarkan babak dalam animasi.
7. Menghasilkan produksi akhir animasi 3D merangkumi keseluruhan proses pra produksi, produksi dan pasca produksi berdurasi maksima 3 minit.
5. Menghasilkan portfolio animasi 3D.

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Animasi 3D yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang Animasi 3D. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut :

Concept Artists
Pereka Pemodel Karektor 3D (3D Character Modelers)
Pereka Props dan Latarbelakang 3D (Props and Background Modeller)
Texture Artists
Character Riggers
3D Animators
Renderer
Artis Papan Cerita ( Storyboard Artist)
Artis Kesan Visual ( VFX Artis / Compositor)
Penyunting Audio (Audio Editor)
Penyunting video (Video Editor)
Suara Latar (Voice Talent)

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)

kembali ke atas

Permohonan kemasukan untuk sesi Disember 2019 telah ditutup.

Tempoh Pengajian

4 semester

© 2019 Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.