Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara

Sinopsis Program


Program Sijil Teknologi Penyejukan Dan Penyamanan Udara adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran teknikal secara teori dan amali. Melalui pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, ia dapat membantu dan menyediakan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar dan mencabar. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan:

1. Unit Penyamanan Udara Domestik: Latihan penyediaan asas, pemasangan dan penyelenggaraan unit penyamanan udara.
2. Unit Penyamanan Udara Kenderaan: Penyelenggaraan unit penyamanan udara kereta, bas dan van.
3. Unit Penyejukan: Penyelenggaraan unit penyejukan domestik, unit penyejukan komersil dan unit penyejukan bilik beku.
4. Unit Penyamanan Udara Industri: Penyelenggaraan unit penyamanan udara industri package unit, chiller dan variable refrigerant volume (VRV).

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran asas di dalam bidang Teknologi Penyejukan Dan Penyamanan Udara di mana ia dapat menepati keperluan kerjaya dalam industri tersebut. Bidang kerjaya yang boleh diceburi adalah sebagai:

Juruteknik
Usahawan
Jururunding (Consultant)
Kontraktor

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)

kembali ke atas

© 2019 Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.