Sijil Seni Visual Kreatif

Sinopsis Program


Sijil Seni Visual Kreatif dibentuk untuk menggembleng kebolehan dan bakat pelajar berasaskan kreativiti, inovasi dan teknologi dalam pengkhususan menghasilkan produk cenderamata. Pelajar akan memperolehi pengalaman bagaimana untuk membuat dan memasarkan produk mereka sebagai langkah permulaan dalam bidang keusahawanan. Program ini menawarkan modul teras Asas Senireka, Sejarah Seni Kraf, Asas Rekabentuk Digital, Aplikasi Bahan dan Peralatan, Rekabentuk Visual, Rekabentuk Cenderamata dan Kraf Hiasan, Teknik dan Proses Batik Kontemporari, Teknik dan Proses Seramik Kontemporari, Asas Keusahawanan, Peragaan Produk dan Projek Akhir Visual Kreatif.

Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan kursus wajib yang mana akan membekalkan pelajar dengan kursus Pembangunan Diri dan pembelajaran secara kendiri melalui tugasan dan projek. Lulusan daripada program ini mampu menyahut cabaran dalam memartabatkan Industri Seni Kreatif Negara.

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran di dalam bidang seni kreatif untuk diimplimentasi sebelum pelajar memulakan kerjaya di dalam prospek berikut:

Usahawan Kraf
Tenaga Pengajar Kraf
Display Artist
Designer
Penyelia Pereka Grafik
Penyelia Bengkel Kraf
Penyelia Pengurusan Produk
Pembantu Pereka Bentuk Corak Fabrik
Pembantu Galeri
Pengusaha Produk Batik
Pencanting Batik
Pembekal Bahan Mentah Kraf
Pembekal Props Pameran
Product Demonstrator
Product Promoter
Product Collector
Product Dealer
Mould Maker
Modeller

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)

kembali ke atas

Permohonan kemasukan untuk sesi Disember 2019 telah ditutup.

Ditawarkan di

Kolej Komuniti Chenderoh

Tempoh Pengajian

4 semester

© 2019 Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.