Sijil Pelancongan dan Pengembaraan

Sinopsis Program


Program ini direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada keperluan tenaga kerja yang terkini berdasarkan permintaan industri. Pelajar akan memperolehi pengalaman bagaimana untuk melaksanakan dan mengendalikan aktiviti berkaitan pelancongan dan pengembaraan. Pelajar berkemampuan untuk menguruskan projek berkenaan dengan aktiviti pelancongan dan pengembaraan. Program ini menawarkan modul teras Pengenalan Pelancongan, Pertolongan Cemas, Interpretasi Pelancongan, Perkhidmatan Pelanggan Pelancongan, Rekreasi Darat, Pemanduan Pelancongan, Operasi Agensi Pelancongan, Pengangkutan Pelancongan, Rekreasi Air, Tempahan Dan Tiketan dan Etika Kerja Dalam Pelancongan. Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan modul wajib yang mana akan membekalkan pelajar dengan kemahiran insaniah dan pembelajaran secara kendiri melalui tugasan dan projek. Lulusan daripada program ini akan bersedia bagi menyahut cabaran dunia sebenar dalam bidang Pelancongan dan Pengembaraan.

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang pelancongan dan pengembaraan yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam industri pelancongan. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang pelancongan dan pengembaraan, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut:

Kerani Tempahan/Jualan Tiket
Kerani Inbound /Outbound
Pembantu Jurulatih Rekreasi
Ketua Rombongan
Front Liner
On-Site Guide

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)

kembali ke atas

© 2019 Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.