Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan

Sinopsis Program


Program Multimedia Kreatif Pengiklanan ini dibentuk bertujuan melatih pelajar dalam bidang pengiklanan media cetak dan teknologi pengiklanan secara praktikal, selari dengan perkembangan teknologi terkini. Kursus yang ditawarkan dalam program ini memfokuskan kepada rekabentuk grafik, penerbitan audio video, dan kemahiran asas dalam amalan perancangan dan strategi pengiklanan. Prinsip dalam asas fotografi, seni dan rekabentuk, dan tipografi juga diterapkan untuk menggalakkan penghasilan pemikiran kreatif dan rekaan visual dalam persembahan. Pelajar juga mempelajari asas lukisan, illustrasi, media pengiklanan 2, dan pengiklanan pernerbitan 2 sebagai nilai tambah terhadap pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang berkaitan. Di samping itu, projek portfolio bertujuan membolehkan pelajar menjana idea dan kreativiti dalam pelaksanaan projek dan menunjukkan koleksi hasil kerja mereka melalui acara pameran.

Prospek Kerjaya


Program ini memberikan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang pengiklanan untuk diimplimentasikan di dalam bidang kerjaya berkaitan. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini membolehkan pelajar memulakan kerjaya seperti berikut:

Artis DTP (Desktop Publishing)
Artis Grafik
Penolong Pereka Grafik
Penolong Kumpulan Kreatif
Penolong Juruvideo / Jurufoto
Penolong Penyunting Video / Audio
Illustrator
Visualizer
Usahawan Multimedia Kreatif Pengiklanan

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)

kembali ke atas

Permohonan kemasukan untuk sesi Disember 2019 telah ditutup.

Tempoh Pengajian

4 semester

© 2019 Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.