Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan

Sinopsis Program


Sijil Pemprosesan Dan Kawalan Mutu Makanan dibentuk untuk mendedahkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri untuk menjadi pekerja separa mahir. Program ini meliputi kemahiran dalam bidang pemprosesan makanan dan kawalan mutu hasilan makanan. Kursus yang ditawarkan merangkumi pemprosesan dan pembungkusan semua kategori makanan khususnya yang bersumberkan bahan mentah tempatan. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan : 


1. Pemprosesan dan kaedah pengawetan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan hasilan laut, daging dan ayam, telur, bakeri dan konfeksionari.
2. Pengenalan tentang pengawalan mutu makanan, baik semasa atau selepas pemprosesan, aspek kandungan makanan dan pemakanan.
3. Perundangan Makanan dan Pengenalan Makanan Halal yang menjadi isu utama dalam pemprosesan makanan.
4. Pengurusan dan pemasaran hasilan makanan.

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menjadi tenaga kerja separuh mahir yang kompeten dalam teknologi pemprosesan makanan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam industri makanan. Antara pekerjaan yang berpotensi adalah: 

Pembantu Kawalan Kualiti Makanan
Pembantu Jaminan Kualiti Makanan
Pembantu Makmal Usahawan Industri kecil dan sederhana
Penolong Pengurus Restoran
Penolong Pengurus Pengeluaran Makanan
Penolong R & D
Penolong Pegawai Penyelidik

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)

kembali ke atas

© 2019 Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.