Pra Diploma Sains

Sinopsis Program


Program Pra Diploma merupakan program yang dilaksanakan untuk memberi peluang kepada calon yang tidak memenuhi kelayakan minimum peringkat diploma untuk mengikuti pengajian di Politeknik di samping memberi peluang kedua kepada calon untuk merebut peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf ekonomi diri dan keluarga.



Laluan ke Program Diploma di Politeknik


Pelajar yang menamatkan pengajian Pra Diploma Sains boleh memohon ke program diploma berikut:
  • Diploma Kejuruteraan Awam
  • Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan
  • Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Hijau)
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kecekapan Tenaga)
  • Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil)
  • Diploma Kejuruteraan Mekatronik
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Pembuatan Automotif)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Produk)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automasi)
  • Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Petrokimia)
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik & Instrumentasi
  • Diploma Kejuruteraan Kimia

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
Tempoh Pengajian : 12 Bulan (2 semester)

Syarat Am

Program Mengubah Destini Anak India Malaysia:
  1. Warganegara Malaysia berbangsa India
  2. Umur tidak melebihi 23 tahuan semasa memohon
  3. Sihat tubuh badan
  4. Pendapatan keluarga atau isi rumah kurang daripada RM 3,000 sebulan
  5. Tidak mendapat mana-mana tawaran untuk melanjutkan pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi awam lain
Program Mengubah Destini Warga Felda Malaysia:
  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur tidak melebihi 23 tahun semasa memohon
  3. Sihat tubuh badan
  4. Pendapatan keluarga atau isi rumah kurang daripada RM 3,000 sebulan
  5. Tidak mendapat mana-mana tawaran untuk melanjutkan pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi awam lain
  6. Pemohon terdiri dari:
    • Anak atau cucu peneroka
    • Anak pentadbir Felda
    • Anak kakitangan Felda sahaja (bukan anak kakitangan syarikat)
Program Menggilap Impian Anak Muda:
  1. Warganegara Malaysia
  2. Sihat tubuh badan
  3. Pendapatan keluarga atau isi rumah kurang daripada RM 3,000 sebulan
  4. Tidak mendapat mana-mana tawaran untuk melanjutkan pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi awam lain


Syarat Khas Program
  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana-mana matapelajaran serta memenuhi syarat minimum berikut:
    • Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu
    • Lulus Bahasa Inggeris
    • Lulus Matematik / Matematik Tambahan

kembali ke atas

Permohonan kemasukan untuk sesi Jun 2019 telah ditutup.

Tempoh Pengajian

2 semester

© 2019 Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.