Sijil Kemahiran Pembinaan

Sinopsis Program


Program ini menawarkan kemahiran selama dua tahun di Politeknik Ungku Omar bagi pelajar kelainan upaya (bermasalah pendengaran) yang berminat dalam kerjaya pembinaan. 

Para pelajar akan didedahkan tentang dalam kerja-kerja pembinaan yang bersangkutan dengan Kejuruteraan Awam antaranya elemen-elemen utama yang digunakan dalam asas kerja struktur bata, kayu, paip, kerja ukur dan lukisan kerja. Pada asasnya, tumpuan pelajar adalah lebih kepada kemahiran khusus yang berkaitan dengan bidang pembinaan seperti kerja bata, kayu dan tanggam serta kerja paip domestik.

Bagi memperkasakan program ini, pelajar diterapkan dengan kemahiran lukisan kejuruteraan terbantu komputer menggunakan aplikasi yang terkini. Lulusan daripada program ini dapat memenuhi keperluan minima dalam pelbagai bidang seperti kerja di bengkel kejuruteraan awam, pelukis pelan serta kerja-kerja berkaitan dengan bidang kemahiran sama ada di sektor kerajaan atau swasta.

Bagi melahirkan pelajar yang berdikari dan berdaya saing, pelajar juga turut dibekalkan dengan ilmu keusahawanan. Pelajar diberi pendedahan tentang alam pekerjaan melalui latihan industri sebagai persediaan untuk menghadapi alam pekerjaan sebenar.

Prospek Kerjaya


Program ini melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam bidang pembinaan. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar melalui program ini, membolehkan pelajar menceburi bidang pekerjaan seperti: 
  • Juruteknik awam
  • Pelukis pelan
  • Juru kayu
  • Juru paip
  • Juru bata
  • Pembantu juruukur bahan
  • Kerani Tapak
  • Usahawan


Syarat Kemasukan


Pelajar berkeperluan khas (ketidakupayaan pendengaran)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Calon merupakan pelajar berkeperluan khas (ketidakupayaan pendengaran)
  3. Tamat Tingkatan 5 dari Sekolah Pendidikan Khas kelolaan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia atau Program Pencantuman Pendidikan Khas di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia

kembali ke atas

Permohonan kemasukan untuk sesi Jun 2019 telah ditutup.

Tempoh Pengajian

4 semester

© 2019 Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.