Diploma Teknologi Kreatif Digital

Sinopsis Program


Untuk seiring dengan perkembangan teknologi pesat dan keperluan yang sentiasa berubah dalam industri kreatif digital hari ini, Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) telah bekerjasama dengan peneraju utama industri negara dalam membangun dan menyemak semula kurikulum Teknologi Kreatif Digital. Kerjasama ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan terkini dan kemahiran yang relevan untuk memenuhi cabaran global dan keperluan industri kreatif. Langkah inisiatif ini, iaitu pembelajaran teradun dan Work-based Learning (WBL), adalah satu bentuk pedagogi yang menggabungkan pembelajaran didalam kelas dengan simulasi berstruktur pengalaman kerja sebenar yang menyediakan pelajar untuk daya saing di tempat kerja hari ini. Teknologi Kreatif adalah bidang antara disiplin yang menggabungkan teknologi komputer, reka bentuk, seni dan kemanusiaan. Bidang Teknologi Kreatif merangkumi seni, pengiklanan dan media yang dibuat dengan perisian, secara elektronik dan / atau dengan enjin yang dipacu data.Contoh-contoh teknologi kreatif digital termasuklah pengalaman kepelbagaian deria yang dibuat menggunakan grafik komputer, virtual reality, augmented reality, pencetakan 3D, internet of things, dan teknologi wearable. Dalam dunia seni, seni media baru, seni digital, dan seni internet merupakan contoh-contoh kerja yang dilakukan dalam bidang teknologi kreatif. Sesetengah percaya bahawa "Kreativiti berpotensi untuk direvolusikan dengan teknologi", atau bidang teknologi kreatif ini dilihat sebagai membantu "mengendalakan" cara manusia kini berinteraksi dengan komputer, dan ia mendorong kepada pengalaman yang lebih bersepadu dan mendalam. Teknologi kreatif paling baik dilihat sebagai pertembungan teknologi baru dengan inisiatif kreatif seperti fesyen, seni, pengiklanan, media, dan hiburan.

Program ini menyediakan pendidikan dan latihan dalam bidang multimedia kreatif. Kursus yang ditawarkan diletakan dalam kumpulan modul Creative Foundation, Creative Essentials dan Creative Technology. Kursus-kursus yang ditawarkan memberi peluang kepada para pelajar untuk menceburi kerjaya dalam pelbagai industri Multimedia Kreatif. Disamping kemahiran dan pengetahuan dalam visual dan kreativiti, program ini juga menggunakan aplikasi perisian multimedia terkini yang paling relevan dan digunakan secara meluas dalam industri pengeluaran kreatif. Ini memastikan pelajar dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan dan boleh memasuki mana-mana syarikat dalam bidang kepakaran yang dipilih. Di samping kursus teknikal, pelajar juga dibekalkan dengan kursus umum seperti Bahasa Inggeris untuk Teknologi Digital, Pengajian Islam atau Pendidikan Moral, Ko-Kurikulum, Pengurusan Acara dan Keusahawanan untuk meningkatkan kecekapan mereka dalam softskill. Oleh kerana program ini memberi penekanan kepada pembelajaran sendiri dan kemahiran kecekapan tangan (hand-on), graduan program ini akan bersedia untuk menghadapi cabaran dalam dunia kreatif digital. Program ini mengambil masa pelaksanaan selama lima (5) semester; empat semester akademik dan pada semester akhir iaitu semester lima pelajar akan melaksanakan WBL di syarikat-syarikat yang berkaitan. Pada semester akhir, pelajar dikehendaki melengkapkan projek akhir yang juga akan mengukur pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi sepanjang pengajian mereka. Para pelajar dikehendaki membentangkan Projek Akhir secara professional (pitching and showreel)kepada industri pada akhir program.


Prospek Kerjaya


Diploma Teknologi Kreatif Digital menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran bersepadu yang diperlukan dalam industri kreatif digital. Pelajar perlu mempunyai bakat, aspirasi dan kebolehan yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam industri kreatif digital. Antara kerjaya yang berpotensi untuk diceburi adalah:-

Animator
Penolong Penerbit
Penolong Pengarah
Penolong Pengurus Penerbit / Eksekutif
Penulis Skrip
Penolong Pengarah Fotografi
Pembantu Scenographer / Pereka Produksi
Editor Visual dan Audio
Pembantu Visual Menchandiser
Penolong Pengarah Seni / Kreatif
Animator 2D / 3D                                                     
Pereka Karakter
Artis Kesan Khas
Rendering Artist
Pereka Latar Belakang Digital
Pereka Grafik
Pereka Permainan Video
Penolong Pengarah Video
Roto Artist
Concept Artist


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM(Politeknik Premier)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  4. Lulus Bahasa Inggeris
  5. Lulus Mathematics
  6. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Bahasa Melayu
    2. SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional berikut:
      • Akuakultur dan Haiwan Rekreasi
      • Aplikasi Elektrik & Elektronik
      • Asas Kelestarian
      • Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
      • Automotif Elektrik & Diesel
      • Automotif Kenderaan
      • Bahan Binaan
      • Biologi
      • Dandanan Rambut
      • Ekonomi Rumahtangga
      • Fizik
      • Fundamental of Programming
      • Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatrik
      • Grafik Berkomputer
      • Grafik Komunikasi Teknikal
      • Hiasan Dalaman Asas
      • Hortikultur Hiasan dan Landskap
      • Information and Communication Technology
      • Katering dan Penyajian
      • Kejenteraan Ladang
      • Kerja Bata dan Kayu
      • Kerja Kimpalan
      • Kerja Menggegas & Melarik
      • Kerja Paip Domestik
      • Kimia
      • Kimpalan Arka dan Gas
      • Landskap dan Nurseri
      • Lukisan Geometri dan Automotif
      • Lukisan Geometri dan Elektrik
      • Lukisan Geometri dan Elektronik
      • Lukisan Geometri dan Fabrikasi Logam
      • Lukisan Geometri dan Mesin
      • Lukisan Geometri dan Pembinaan Bangunan
      • Lukisan Geometri dan Penyaman Udara
      • Lukisan Kejuruteraan
      • Matematik Tambahan
      • Membuat Pakaian
      • Membuat Perabot
      • Menservis Automobil
      • Menservis Motosikal
      • Menservis Peralatan Elektrik Domestik
      • Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara
      • Menservis Radio dan TV
      • Patisserie
      • Pemasangan dan Kawalan Elektrik
      • Pembinaan Domestik
      • Pemesinan Berkomputer
      • Pemprosesan Makanan
      • Pendawaian Domestik
      • Pengajian Agroteknologi
      • Pengajian Kejuruteraan Awam
      • Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
      • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
      • Pengajian Perkembangan Kanak-Kanak
      • Pengeluaran Tanaman
      • Pengeluaran Ternakan
      • Pengurusan Ladang
      • Pengurusan Makanan
      • Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut
      • Penyajian Makanan dan Minuman
      • Penyamanan Udara
      • Penyediaan Masakan Barat dan Timur
      • Penyejukan
      • Perkhidmatan Awal Kanak-Kanak
      • Persolekan
      • Pertanian
      • Pola Pakaian
      • Prinsip Elektrik & Elektronik
      • Produksi Multimedia
      • Programming and Development Tools
      • Rekaan dan Jahitan Pakaian
      • Rekacipta
      • Sains
      • Sains Gunaan
      • Sains Komputer
      • Sains Pertanian
      • Sains Rumah Tangga
      • Sains Sukan
      • Sains Tambahan
      • Seni Reka Tanda
      • Tanaman Makanan
      • Teknologi Automotif
      • Teknologi Bengkel Mesin
      • Teknologi Binaan
      • Teknologi Binaan Bangunan
      • Teknologi Elektrik
      • Teknologi Elektronik
      • Teknologi Kejuruteraan
      • Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam
      • Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
    3. TIGA(3) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM

* Sekiranya berminat untuk memohon ke Program ini, sila hubungi Bahagian Pengambilan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Permohonan kemasukan untuk sesi Jun 2019 telah ditutup.

Tempoh Pengajian

6 semester

© 2019 Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.