Diploma Rekabentuk Grafik

Sinopsis Program


Bidang pengajian rekabentuk grafik merangkumi bidang asas seni lukis, rekabentuk komunikasi visual, teknologi serta amalan perniagaan. Program ini menawarkan kursus-kursus antaranya Art History, Fundamental of Art and Design dan Fundamental of Drawing. Manakala kursus-kursus utama bidang grafik yang ditawarkan adalah seperti Introduction to Graphic Design, Digital Imaging, Typography, Advertising, Corporate Identity Design, Digital Illustration, Desktop Publishing, Web Design, Motion Graphic, Environmental Graphic, Photography serta Packaging Design. Selainitu program ini juga menawarkan kursus Communicative English, Entrepreneurship dan Occupational Safety and Health (OSHA).

Program ini merangkumi tempoh pengajian selama lima semester akademik serta satu semester latihan industry iaitu pada semester keenam untuk mendapat pengalaman dan pendedah bekerja di dalam bidang. Penekanan juga diberikan pada pengurusan acara dan portfolio serta teknik persembahan yang dapat menunjukkan keupayaan para pelajar untuk menterjemahkan hasil kreatif yang menarik ke dalam rekabentuk cetak mahupun berasaskan web.


Prospek Kerjaya


Graduan di dalam bidang ini adalah berkelayakan untuk memegang jawatan di peringkat pertengahan atau bekerja sebagai freelancers untuk tugas atau jawatan seperti:

Graphic Designer 
Illustration 
Advertising 
Corporate Identity 
Packaging 
Desktop Publishing 
Visual Merchandising 
Photography 

New Media Designer 
Animation 
Multimedia 
Interactive


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM(Politeknik Premier)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  4. Lulus Bahasa Inggeris
  5. Lulus Mathematics
  6. Lulus SATU(1) matapelajaran berikut:
    • Pendidikan Seni
    • Pendidikan Seni Visual
    • Lukisan Kejuruteraan
    • Grafik Komunikasi Teknikal
  7. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Bahasa Melayu
    2. EMPAT(4) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
  8. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lepasan SPM(Politeknik Konvensional/METrO)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahas Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Lulus Mathematics
  7. Lulus Satu(1) matapelajaran berikut:
    1. Pendidikan Seni
    2. Pendidikan Seni Visual
    3. Lukisan Kejuruteraan
    4. Grafik Komunikasi Teknikal
  8. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
  9. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat sekurang-kurangnya SATU(1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Lulus pengajian peringkat Sijil seperti berikut:

    1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
     Sijil Rekabentuk Grafik
    2Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
     Sijil Animasi 2D
     Sijil Animasi 3D
     Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan
     Sijil Seni Visual Kreatif
    3Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM
     Sijil Rekabentuk Grafik
    4Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
     EKSEKUTIF REKAAN GRAFIK (F-031-3)
     Kewartawanan (EE-141-3:2014)
     Pembantu Editorial (PR-025-3)
     Rekaan Grafik (PR-024-3:2012)
     Rekabentuk Grafik (Digital) (IT-058-3:2014)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Permohonan kemasukan untuk sesi Jun 2019 telah ditutup.

Tempoh Pengajian

6 semester

© 2019 Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.