Diploma Keusahawanan

Sinopsis Program


Diploma Keusahawanan di Politeknik direka untuk menghasilkan pencipta kerja dengan
Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keusahawanan. Ia dibangunkan dengan pengalaman pendidikan bersepadu dalam bidang disiplin, bidang dan sub-bidang kemahiran keusahawanan seperti Asas Keusahawanan, Kepimpinan dalam Keusahawanan, Pembangunan Keusahawanan Digital dan Pengurusan Perniagaan untuk usahawan. Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam keseluruhan aspek perniagaan seperti Prinsip Perakaunan, Prinsip Ekonomi, Prinsip Pemasaran dan Undang-Undang Perniagaan.

Melalui program ini pelajar juga diajar kemahiran komunikasi dan pembangunan interpersonal untuk meningkatkan kecekapan mereka dalam komunikasi dan lain-lain aspek kemahiran insaniah.  Program ini juga member penekanan kepada pelajar dengan pemahaman yang mendalam tentang asas perniagaan, aspek operasi keusahawanan dan bagaimana untuk memenuhi keperluan sebagai seorang usahawan yang berjaya. 

Selain itu, pelajar juga diberi pendedahan untuk membangunkan perniagaan sendiri yang merangkumi langkah pemulaan, pembiayaan  modal dan incubator perniagaan. Oleh itu graduan Diploma Keusahawanan akan bersedia untuk menghadapi cabaran dan persaingan dalam dunia perniagaan.


Prospek Kerjaya


Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi pelajar program ini membolehkan mereka mengambil bahagian dalam pasaran kerja sebagai:

Usahawan
Intrapreneur
Usahawan francais
Perunding
Pelabur
Jurulatih dalam pembangunan keusahawanan
Pengurusan di perusahaan kecil dan sederhana serta syarikat multinasional
Sektor swasta


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM(Politeknik Konvensional/METrO)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Lulus Mathematics
  7. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
  8. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan Pra Diploma Politeknik
Lulus Pra Diploma Perdagangan
kembali ke atas
Lulusan selain SPM

* Sekiranya berminat untuk memohon ke Program ini, sila hubungi Bahagian Pengambilan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Permohonan kemasukan untuk sesi Jun 2019 telah ditutup.

Tempoh Pengajian

6 semester

© 2019 Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.