Diploma Pengurusan Peruncitan

Sinopsis Program


Program Diploma Pengurusan Peruncitan akan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran TVET yang diperlukan dalam industri peruncitan. Program ini akan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan kemahiran Asas Peruncitan, Matematik dalam Peruncitan, Perkhidmatan Pelanggan, Promosi Runcit, Operasi Runcit, Pembelian Runcit, Peragaan Barangan dan Peruncitan Global. Selain itu, pelajar akan didedahkankepada bidang-bidang pengajian yang relevan termasuk Perakaunan, Ekonomi, Undang-Undang Komersil, Statistik dan Komputer bagi menjamin kemahiran yang seimbang dan mampu melaksanakan tugas dengan berkesan dalam industri. Program ini akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam jangkamasa enam  semester termasuk latihan industri.Semua pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama enam bulan pada semester akhir bagi memperolehi pengalaman dan pendedahan dalam bidang peruncitan dan alam pekerjaan sebenar.  

Prospek Kerjaya


Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai:

  • Penolong Pengurus Kedai Runcit
  • Penyelia Kedai Runcit
  • Penyelia Jabatan
  • Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
  • PengawaiInventori
  • Pembantu Pembelian Runcit
  • Pegawai Jualan / Eksekutif
  • Penolong Peniaga
  • Pegawai Peragaan Barangan
  • Usahawan
  • Cyberpreneur
  • Penolong Pemasaran


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM(Politeknik Premier)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  4. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Bahasa Melayu
    2. Bahasa Inggeris
    3. Mathematics
    4. DUA(2) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
  5. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lepasan SPM(Politeknik Konvensional/METrO)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Lulus Mathematics
  7. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
  8. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan Pra Diploma Politeknik
Lulus Pra Diploma Perdagangan
kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat sekurang-kurangnya SATU(1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Lulus pengajian peringkat Sijil seperti berikut:

    1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
     Sijil Pemasaran
     Sijil Pemprosesan Data
     Sijil Pengajian Perniagaan
     Sijil Penyimpanan Kira
    2Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
     Sijil Pengkeranian Akaun
     Sijil Pengoperasian Perniagaan
     Sijil Perakaunan
    3Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
     ASSISTANT CHIEF CASHIER (DT-011-3)
     Operasi Jualan & Pemasaran (FB-018-3:2012)
     Operasi Jualan (DT-020-3:2011)
     Operasi Pembelian ( Jualan Borong) (DT-021-3:2012)
     Operasi Pembungkusan Hasil Produk Pemprosesan Makanan (AF-012-3:2012)
     Operasi Perdagangan Runcit (DT-014-3:2014)
     Operasi Perkhidmatan Pengagihan & Penggudangan (IL-012-3:2012)
     Operasi Peruncitan (Jabatan) (DT-010-3:2014)
     Penyelia Gudang (Pengedaran Makanan) (Y-080-3)
     Penyelia Setor (FB-012-3)
     Perkhidmatan Pengiklanan & Promosi (FB-019-3:2012)
     Perkhidmatan Sokongan Pentadbiran SME (FB-050-3:2014)
     Perkhidmatan Sokongan Perhubungan Awam (FB-051-3:2014)
     SALES SUPERVISOR (DT-010-3)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Permohonan kemasukan untuk sesi Jun 2019 telah ditutup.

Tempoh Pengajian

6 semester

© 2019 Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.