Diploma Kewangan dan Perbankan

Sinopsis Program


Program Diploma Kewangan dan Perbankan dibangunkan bagi memperkenalkan kepada pelajar prinsip kewangan dan perbankan serta serta memahami peranan kewangan dan perbankan dalam persekitaran perniagaan dan ekonomi pada masa kini.  Pelajar akan menjalani enam semester pengajian termasuk 1 semester (6 bulan) latihan industri.  Program ini dibangunkan dengan mengmbilkira pandangan industri dari segi konsep dan teori yang relevan dalam bidang kewangan, perniagaan, pelaburan,  perbankan, insurans dan pembiayaan perdagangan kepada pelajar dalam senario perbankan semasa.  Di akhir program ini, pelajar akan dapat meneroka dan memperluaskan pengetahuan baru dalam bidang perbankan dan kewangan.

Prospek Kerjaya


Graduan dalam Diploma Perbankan dan Kewangan dapat bekerja sebagai:

Penolong Pegawai Bank
Broker Saham / Remiser
Pegawai Eksekutif Jualan
Penolong Eksekutif Akaun
Penolong Perunding Kewangan
Pegawai Kredit
Pegawai Khidmat Pelanggan
Pembantu Sumber Manusia
Pegawai Perunding Kredit
Usahawan
Penolong Pegawai Tadbir
Agen Unit Amanah
Juru wang Bank
Ejen Insurans


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM(Politeknik Premier)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  4. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Bahasa Melayu
    2. Bahasa Inggeris
    3. Mathematics
    4. DUA(2) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
  5. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lepasan SPM(Politeknik Konvensional/METrO)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Mathematics
    2. DUA(2) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik
  7. Lulus pengajian peringkat Sijil seperti berikut:

    1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
     Sijil Pemasaran
     Sijil Pemprosesan Data
     Sijil Pengajian Perniagaan
     Sijil Penyimpanan Kira
    2Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
     Operasi Perbankan Komersial & Runcit (FB-027-3:2012)
     Pegawai Perbankan Komersial & Runcit (FB-021-3)
     Perancangan Kewangan (FB-016-3:2012)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Permohonan kemasukan untuk sesi Jun 2019 telah ditutup.

Tempoh Pengajian

6 semester

© 2019 Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.