Diploma Kejuruteraan Perkapalan

Sinopsis Program


Program Diploma Kejuruteraan Perkapalan merangkumi elemen pengetahuan serta amalan kejuruteraan yang berkaitan dengan bidang kejuruteraan perkapalan . Ia juga memberi penekanan kepada pengendalian dan penyelenggaraan sistem operasi dan peralatan tambahan kapal, penjanaan kuasa marin, pembinaan kapal dan seni bina kapal. Ia juga termasuk pengetahuan teknik asas kejuruteraan. Program ini dijalankan selama tujuh semester termasuk latihan industri (latihan laut) selama 12 bulan. Program pendidikan dan latihan yang dijalankan bagi memenuhi tahap minimum kemahiran dan kecekapan yang ditetapkan dalam Konvensyen Antarabangsa Standards of Training, Certification and Watch for Seafarers (STCW) 2010 serta piawaian dan garis panduan nasional dan antarabangsa yang berkaitan. Graduan yang menyelesaikan program ini akan dikecualikan daripada menduduki Peperiksaan Sijil Kompetensi Bahagian A bagi Pegawai Jurutera Kedua dan Pegawai Ketua Jurutera ≥ 3000 kW tanpa had oleh Jabatan Laut, Kementerian Pengangkutan (MOT) Malaysia.

Prospek Kerjaya


Graduan Diploma Kejuruteraan Perkapalan dengan memiliki sijil kekompetenan layak berkhidmat sebagai:
  • Jurutera Laut
  • Superintendent
  • Pegawai Laut
  • Penolong Jurutera
  • Pensyarah Institusi Maritim
  • Penolong Jurutera di limbungankapal, Industri Berat dan Loji Janakuasa


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM(Politeknik Premier)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  4. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Bahasa Melayu
    2. Bahasa Inggeris
    3. Mathematics
    4. Additional Mathematics ATAU Physics ATAU Science
    5. Satu(1) matapelajaran berikut:
      • Additional Science
      • Aplikasi Elektrik & Elektronik
      • Automotif Elektrik dan Diesel
      • Automotif Kenderaan
      • Biology
      • Chemistry
      • Grafik Berkomputer
      • Information and Communication Technology
      • Lukisan Kejuruteraan
      • Pengajian Kejuruteraan Awam
      • Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
      • Asas Kelestarian
      • Pemesinan Berkomputer
      • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
      • Penyamanan Udara
      • Penyejukan
      • Prinsip Elektrik dan Elektronik
      • Programming and Development Tools
      • Reka Cipta
      • Teknologi Binaan
      • Teknologi Kejuruteraan
      • Teknologi Maklumat
      • Sains Komputer
      • Grafik Komunikasi Teknikal
      • atau matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiaannya di perkara d
  5. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
  6. Lulus temuduga
  7. Calon lelaki sahaja

kembali ke atas
Lulusan selain SPM

* Sekiranya berminat untuk memohon ke Program ini, sila hubungi Bahagian Pengambilan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Permohonan kemasukan untuk sesi Disember 2019 sedang dibuka.

Klik untuk memohon

Tempoh Pengajian

7 semester

© 2019 Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.