Diploma Pelancongan Rekreasi

Sinopsis Program


Diploma Pelancongan Rekreasi akan memberikan pelajar pemahaman yang luas tentang rekreasi iaitu sebahagian daripada industri pelancongan. Iadibangunkan bagi memenuhi kecekapan yang diperlukan dalam bidang pelancongan dan rekreasi. Program ini merangkumi reka bentuk dan penyelenggaraan kemudahan rekreasi, pengurusan resort, perkhidmatan interpretasi alam, pelancongan rekreasi, dasar, psikologi rekreasi dan sumber rekreasi. Aspek asas rekreasi dan rekreasi yang lain adalah seperti asas rekreasi, keusahawanan digital, perkhidmatan pelanggan, pemasaran, kesihatan dan keselamatan, pengurusan risiko dan perkhidmatan mesra hospitaliti. Diploma Pelancongan Rekreasi adalah program sepenuh masa tiga tahun yang terdiri daripada enam semester dengan satu semester penuh latihan industri berstruktur.  Asas pengetahuan perindustrian yang kukuh serta kemahiran penting berkaitan pelancongan dan rekreasi yang diperolehi pelajar membolehkan mereka berperanan dalam ekonomi setelah tamat pengajian.

Prospek Kerjaya


Graduan program ini mempunyai pengetahuan dan kemahiran penyeliaan bersepadu atau peranan pengurusan dalam bidang Pelancongan dan Rekreasi. Laluan kerjaya termasuk:

Penyelia Taman Hiburan
Penyelia / Penyelaras Acara
Penyelia  / PenyelarasTaman
Penyelia  /  Penyelaras Kelab
Penyelia  / Penyelaras Resort
Perunding / Penyelaras Pengurusan Riadah
Penyelia / Perunding Aktiviti Luar
Pemandu Pelancong Alam Semulajadi
Pemandu Pelancong
Penafsir Alam
Penafsir Warisan
Penyelaras Lawatan
Perunding Pelancongan
Penyelia / Penyelaras Kemudahan Kemudahan Rekreasi
Usahawan dalam Pelancongan dan Rekreasi


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM(Politeknik Konvensional/METrO)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Lulus Mathematics
  7. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
  8. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat sekurang-kurangnya SATU(1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Lulus pengajian peringkat Sijil seperti berikut:

    1Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
     Certificate in Culinary Arts Joint Certificate with Taylor's University
     Certificate in Food & Beverage Service Joint Certificate with Taylor's University
     Certificate in Room Division Joint Certificate with Taylor's University
     Sijil Bakeri dan Konfeksionari
     Sijil Hotel dan Katering
     Sijil Kulinari
     Sijil Operasi Perhotelan
     Sijil Pastri
     Sijil Pelancongan dan Pengembaraan
     Sijil Pengendalian Pelancongan
    2Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
     Ketua Selam Skuba Rekreasi (U-020-3)
     Operasi Pengemudian Rekreasi Air (HT-062-3:2012)
     Operasi Selam Skuba (HT-400-3:2013)
     Operasi Taman Tema (HT-190-3:2012)
     Pelancong Alam Semulajadi (L-201-3)
     Pemandu Pelancong Alam Semulajadi (HT-025-3)
     Pemandu Selam Skuba Rekreasi (HT-400-3)
     Pemandu Selam Skuba Rekreasi (U-010-3)
     Penyelia Selaman Gas Campuran (U-021-3)
     Penyelia Selaman Tepu (U-022-3)
     Penyelia Selaman Udara Bekalan Permukaan (U-023-3)
     Penyelia Taman Air (L-190-3)
     Penyelia Taman Kering (L-191-3)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Permohonan kemasukan untuk sesi Jun 2019 telah ditutup.

Ditawarkan di

Politeknik Muadzam Shah

Tempoh Pengajian

6 semester

© 2019 Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.