Diploma Pengurusan Resort

Sinopsis Program


Diploma Pengurusan Resort akan memberikan pemahaman serta pengetahuan dan kemahiran hotel dan resort yang diperlukan dalam operasi dan pengurusan resort termasuk operasi spa, pengurusan kemudahan resort, pengurusan operasi rekreasi dan golf, pengurusan operasi bahagian pengemasan, operasi dapur dan perkhidmatan makanan dan pengurusan Mesyuarat, Insentif, Konvensyen & Pameran (MICE). Kemahiran asas lain seperti pelancongan dan hospitaliti, amalan perhotelan mesra islam, pembangunan profesional, komunikasi, kesihatan dan keselamatan, dan keusahawanan juga diberikan. Program diploma selama enam semester ini merangkumi spektrum kompetensi dan kebolehpasaran yang berkaitan dengan industri di peringkat pekerjaan mahir, separuh mahir dan tidak mahir.Pelajar akan memperolehi kemahiran dan pengetahuan kerja melalui latihan industri selama enam bulan. Graduan program ini akan mempunyai kompetensi untuk menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam cara yang inovatif, kreatif serta dapat menangani pelbagai masalah dan isu dalam pelbagai  situasi di tempat kerja.

Prospek Kerjaya


Prospek kerjaya bagi graduan Diploma Pengurusan Resort adalah seperti berikut:

PenyeliaKaunterHadapan
PenyeliaPerkhidmatanPerkhidmatan / PegawaiPerhubunganAwam
Pembantuperkhidmatanmakanan / Penyelia
PenyeliaPengemasan
PelayanRestoran
Commis
PengendaliRestoran
Penyelia Banquet Dan Katering
Penyelia/PenyelarasPengurusanAcara
PenyeliaJualan&Pemasaran Resort
PenyambutTetamu SPA
Usahawan Resort
Penyelia TamanDan Rekreasi
PenyeliaSukan


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM(Politeknik Konvensional/METrO)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Lulus Mathematics
  7. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
  8. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM

* Sekiranya berminat untuk memohon ke Program ini, sila hubungi Bahagian Pengambilan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Permohonan kemasukan untuk sesi Jun 2019 telah ditutup.

Ditawarkan di

Politeknik Kota Kinabalu

Tempoh Pengajian

6 semester

© 2019 Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.