Diploma Pengurusan Hotel

Sinopsis Program


Diploma Pengurusan Hotel dibangunkan untuk memenuhi keperluan industry perhotelan yang semakin berkembang. Program ini menawarkan kemahiran praktikal untuk menyediakan graduan yang kompeten dalam kemahiran perkhidmatan, penginapan, hotel dan perniagaan restoran.
Program ini direka khas untuk member pendedahan secara praktikal, dimana pelajar akan ditempatkan di industry selama10 bulan sepanjang tempoh pengajian.  Ia menyediakan graduan dengan kompetensi yang diperlukan dalam bidang hotel termasuklah perkhidmatan kaunter hadapan, pengurusan hotel dan penginapan, pengemasan, perkhidmatan makanan komersial, operasi dapur dan operasi restoran. Kecekapan asas lain yang diterapkan dalam program termasuk pengetahuan asas pelancongan dan hospitaliti, pembangunan profesional, kemahiran komunikasi, kesihatandankeselamatan, dan pembangunan keusahawanan. 


Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan hotel dengan pemahaman yang meluas mengenai industri hotel. Peluang kerjaya dalam bagi  graduan Diploma Pengurusan Hotel adalah seperti:

Pembantu Dapur (Commis)
Pembantu Katering
Tukang Masak(Cook)
Patissier
Chef de Partie
Pramusaji
Atendan Makanan  dan Minuman
Atendan Bar
Penyambut Tetamu
Atendan Pembersihan Kawasan Am
Atendan Pendobian
Atendan Pengemasan
Pembantu Pengkeranian
Pembantu Atendan Meja Hadapan
Porter
Telephonist
Atendan Meja Hadapan (Receptionist)
Night auditor
Juruwang
Concierge


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM(Politeknik Premier)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  4. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Bahasa Melayu
    2. Bahasa Inggeris
    3. Mathematics
    4. DUA(2) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
  5. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lepasan SPM(Politeknik Konvensional/METrO)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Lulus Mathematics
  7. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
  8. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat sekurang-kurangnya SATU(1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Lulus pengajian peringkat Sijil seperti berikut:

    1Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
     Certificate in Culinary Arts Joint Certificate with Taylor's University
     Certificate in Food & Beverage Service Joint Certificate with Taylor's University
     Certificate in Room Division Joint Certificate with Taylor's University
     Sijil Bakeri dan Konfeksionari
     Sijil Hotel dan Katering
     Sijil Kulinari
     Sijil Operasi Perhotelan
     Sijil Pastri
    2Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
     Operasi Khidmat Tetamu (HT-110-3: 2011)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Permohonan kemasukan untuk sesi Jun 2019 telah ditutup.

Tempoh Pengajian

6 semester

© 2019 Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.