Diploma Pengurusan Pelancongan

Sinopsis Program


Diploma Pengurusan Pelancongan dibangunkan khusus dengan menyediakan struktur pengajian dalam bidang pelancongan secara menyeluruh. Antara kandungan pengajian dan aktiviti kompetensi yang diperkenalkan dalam program ini ialah  seperti Operasi Perjalanan dan Pelancongan, Pengurusan Taman dan Rekreasi, Pengurusan Kemudahan, Pengurusan Acara, Pelancongan Rekreasi, Pengurusan Kaunter hadapan dan Perkhidmatan Interpretasi Pelawat. Kompetensi asas lain dalam industri pelancongan seperti asas pelancongan dan hospitaliti, pembangunan profesionalisme, komunikasi, keselamatan dan kesihatan, keusahawanan, pengurusan keselamatan dan risiko, pengurusan taman tema dan pengurusan risiko juga diterapkan dalam program ini. Program diploma ini ditawarkanselama enam (6) semester termasuk latihan industri berstruktur pada semester akhir bertujuan meningkatkan kemahiran dan kecekapan pelajar serta membolehkan mereka memasuki dan berfungsi dengan berkesan dalam pasaran kerja sebaik sahaja tamat pengajian. 

Prospek Kerjaya


Sebaik menamatkan pengajian, graduan program ini mempunyai pilihan dan laluan kerjaya seperti berikut:

Pegawai Pelancongan
Pegawai/Pembantu Taman Tema
Pegawai Interpretasi  Alam
Penyelia Taman Tema
Penyelia Perjalanan dan Pelancongan
Penyelia Kemudahan Rekreasi / Jurulatih Rekreasi
Perunding Jualan dan Pemasaran Pelancongan
Perunding Pembangunan Pakej Perjalanan
Pegawai Tempahan & Tiketan
Penyelia / Penyelaras Pengurusan Acara
Usahawan dalam Perniagaan Pelancongan, Perjalanan dan Lawatan
Penyelia Program Pelancongan / Pengajar / Fasilitator
Ketua lawatan


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM(Politeknik Premier)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  4. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Bahasa Melayu
    2. Bahasa Inggeris
    3. Mathematics
    4. DUA(2) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
  5. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lepasan SPM(Politeknik Konvensional/METrO)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Lulus Mathematics
  7. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
  8. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat sekurang-kurangnya SATU(1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Lulus pengajian peringkat Sijil seperti berikut:

    1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
     Sijil Pengurusan Pelancongan
    2Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
     Certificate in Culinary Arts Joint Certificate with Taylor's University
     Certificate in Food & Beverage Service Joint Certificate with Taylor's University
     Certificate in Room Division Joint Certificate with Taylor's University
     Sijil Bakeri dan Konfeksionari
     Sijil Hotel dan Katering
     Sijil Kulinari
     Sijil Operasi Perhotelan
     Sijil Pastri
     Sijil Pelancongan dan Pengembaraan
     Sijil Pengendalian Pelancongan
    3Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
     Assistant Sales & Marketing Executive-Cruise Liner (HT-080-3)
     Homestay Coordinator (HT-040-3)
     Ketua Rombongan Pelancong (HT-024-3)
     Ketua Rombongan Pelancong (L-070-3)
     Ketua Selam Skuba Rekreasi (U-020-3)
     Konsultansi Pelancongan (HT-101-3:2014)
     Operasi Pelancongan (HT-102-3:2014)
     Operasi Pengemudian Rekreasi Air (HT-062-3:2012)
     Operasi Selam Skuba (HT-400-3:2013)
     Pelancong Alam Semulajadi (L-201-3)
     Pemandu Pelancong (HT-023-3 :2012)
     Pemandu Pelancong (HT-023-3)
     Pemandu Pelancong (L-030-3)
     Pemandu Pelancong Alam Semulajadi (HT-025-3)
     Pemandu Pelancong Alam Semulajadi (HT-025-3:2014)
     Pemandu Pelancong Khas Wilayah (HT-026-3:2013)
     Pemandu Selam Skuba Rekreasi (HT-400-3)
     Pemandu Selam Skuba Rekreasi (U-010-3)
     Penyelia Jualan (Pengembaraan) (L-180-3)
     Penyelia Operasi Pelancong Dalam Negeri (HT-102-3)
     Penyelia Operasi Pelancong Keluar Negeri (HT-022-3)
     Penyelia Operasi Pelancong Keluar Negeri (L-060-3)
     Penyelia Operasi Pelancong Dalam Negeri (L-020-3)
     Penyelia Selaman Gas Campuran (U-021-3)
     Penyelia Selaman Tepu (U-022-3)
     Penyelia Selaman Udara Bekalan Permukaan (U-023-3)
     Penyelia Tempahan dan Tiketan (HT-101-3)
     Penyelia Tempahan dan Tiketan (L-010-3)
     Penyeliaan & Koordinasi Homestay (HT-040-3:2014)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

© 2019 Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.