Diploma Akuakultur

Sinopsis Program


PROGRAM AKUAKULTUR direka untuk melahirkan graduan terlatih yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang akuakultur untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam industri akuakultur, sektor kerajaan dan menjadi usahawan yang berjaya sejajar dengan tuntutan Dasar Agro Makanan Negara.

 

Graduan akan dilengkapkan melalui proses pembelajaran sepanjang hayat secara menyeluruh merangkumi aspek pengkhususan kepada pengetahuan asas dan pengurusan akuakultur, teknik pembenihan ikan, amalan akuakultur di lading serta pemprosesan & pemasaran produk hiliran dari sumber akuakultur juga diketengahkan. Struktur program ini juga disokong oleh beberapa kursus umum seperti Matematik untuk Pertanian, Sains Tanah, Biologi, Kimia Pertanian, Bahasa Inggeris Untuk Komunikasi, Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam, Nilai Masyarakat, Teknologi Hijau, Pengurusan Projek dan Keusahawanan.


Prospek Kerjaya


Graduan Diploma Akuakultur akan mempunyai pengetahuan saintifik, kemahiran teknikal dan sikap positif untuk menyesuaikan diri dengan peralatan teknologi terkini dan ia akan dapat diintegrasikan dalam pelbagai disiplin bagi mengenalpasti, merumus dan menyelesaikan masalah dalam industry akuakultur. Mereka juga akan dapat berkomunikasi secara berkesan sebagai seorang pekerja mahupun sebagai seorang usahawan dan menjalani pembelajaran sepanjang hayat untuk memenuhi keperluan masyarakat.

 

Pengetahuan dan kemahiran yang pelajar perolehi daripada program ini akan membolehkan mereka untuk mengambil bahagian dalam pasaran kerja sebagai:

 

  • Penolong Pegawai Perikanan
  • Juruteknik Ladang Akuakultur
  • Operator Ladang Akuakultur
  • Pengurus / Penyelia haceri
  • Konsultan Ikan Hiasan
  • Pembantu Pengurus Pengeluaran
  • Penyelia Jaminan Kualiti (Quality Assurance)
  • Penolong Kawalan Kualiti (Quality Control)
  • Eksekutif Pemasaran Akuakultur
  • Pembantu Penyelidik
  • Wakil Jualan Peralatan Makmal
  • Usahawan Akuakultur

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM(Politeknik Konvensional/METrO)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Bahasa Inggeris
  5. Lulus Mathematics
  6. Mendapat TIGA(3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional berikut:
      • Akuakultur dan Haiwan Rekreasi
      • Aplikasi Elektrik & Elektronik
      • Asas Kelestarian
      • Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
      • Automotif Elektrik & Diesel
      • Automotif Kenderaan
      • Bahan Binaan
      • Biologi
      • Dandanan Rambut
      • Ekonomi Rumahtangga
      • Fizik
      • Fundamental of Programming
      • Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatrik
      • Grafik Berkomputer
      • Grafik Komunikasi Teknikal
      • Hiasan Dalaman Asas
      • Hortikultur Hiasan dan Landskap
      • Information and Communication Technology
      • Katering dan Penyajian
      • Kejenteraan Ladang
      • Kerja Bata dan Kayu
      • Kerja Kimpalan
      • Kerja Menggegas & Melarik
      • Kerja Paip Domestik
      • Kimia
      • Kimpalan Arka dan Gas
      • Landskap dan Nurseri
      • Lukisan Geometri dan Automotif
      • Lukisan Geometri dan Elektrik
      • Lukisan Geometri dan Elektronik
      • Lukisan Geometri dan Fabrikasi Logam
      • Lukisan Geometri dan Mesin
      • Lukisan Geometri dan Pembinaan Bangunan
      • Lukisan Geometri dan Penyaman Udara
      • Lukisan Kejuruteraan
      • Matematik Tambahan
      • Membuat Pakaian
      • Membuat Perabot
      • Menservis Automobil
      • Menservis Motosikal
      • Menservis Peralatan Elektrik Domestik
      • Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara
      • Menservis Radio dan TV
      • Patisserie
      • Pemasangan dan Kawalan Elektrik
      • Pembinaan Domestik
      • Pemesinan Berkomputer
      • Pemprosesan Makanan
      • Pendawaian Domestik
      • Pengajian Agroteknologi
      • Pengajian Kejuruteraan Awam
      • Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
      • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
      • Pengajian Perkembangan Kanak-Kanak
      • Pengeluaran Tanaman
      • Pengeluaran Ternakan
      • Pengurusan Ladang
      • Pengurusan Makanan
      • Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut
      • Penyajian Makanan dan Minuman
      • Penyamanan Udara
      • Penyediaan Masakan Barat dan Timur
      • Penyejukan
      • Perkhidmatan Awal Kanak-Kanak
      • Persolekan
      • Pertanian
      • Pola Pakaian
      • Prinsip Elektrik & Elektronik
      • Produksi Multimedia
      • Programming and Development Tools
      • Rekaan dan Jahitan Pakaian
      • Rekacipta
      • Sains
      • Sains Gunaan
      • Sains Komputer
      • Sains Pertanian
      • Sains Rumah Tangga
      • Sains Sukan
      • Sains Tambahan
      • Seni Reka Tanda
      • Tanaman Makanan
      • Teknologi Automotif
      • Teknologi Bengkel Mesin
      • Teknologi Binaan
      • Teknologi Binaan Bangunan
      • Teknologi Elektrik
      • Teknologi Elektronik
      • Teknologi Kejuruteraan
      • Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam
      • Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
    2. DUA(2) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat sekurang-kurangnya SATU(1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Lulus pengajian peringkat Sijil seperti berikut:

    1Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
     Sijil Agro Industri
     Sijil Akuakultur
    2Sijil Pertanian Institut Pertanian Malaysia Tahap 3, KKM
     Sijil Pertanian
    3Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
     Juruteknik Akuakultur (Ikan) (Y-022-3)
     Juruteknik Akuakultur (Krustasia) (Y-021-3)
     Juruteknik Akuakultur (Krustasia) (Y-023-3)
     Juruteknik Akuakultur (Marin) (AF-030-3)
     Juruteknik Akuakultur (Moluska) (Y-024-3)
     Juruteknik Perikanan (Y-020-3)
     Pemprosesan & Kawalan Kualiti Produk Perikanan (AF-014-3:2012)
     Penyelia Akuakultur (Hatceri) (AF-033-3)
     Penyelia Akuakultur (Ikan Hiasan) (AF-032-3)
     Penyelia Akuakultur (Ternakan Air Tawar) (AF-034-3)
     Spiny Lobster Hatchery Operation (BT-026-3:2014)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Permohonan kemasukan untuk sesi Jun 2019 telah ditutup.

Tempoh Pengajian

6 semester

© 2019 Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.