Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat

Sinopsis Program


Program DIPLOMA KEJURUTERAAN PENYENGGARAAN PESAWAT dibangunkan bertujuan untuk memperkenalkan bidang penyenggaraan pesawat kepada pelajar yang mana program ini menawarkan pengetahuan tentang enjin pesawat, struktur rangka pesawat, komponen dan peralatan mekanikal serta sistemavionik. Kursus-kursus yang ditawarkan di dalam program ini member penekanan kepada aktiviti-aktiviti penyenggaraan pesawat termasuk aktiviti membaik pulih struktur dan sistem yang menjurus kepada bidang pekerjaan dalam industry penyenggaraan pesawat. Pelajar program ini akan memperoleh pengetahuan yang secukupnya untuk mengambil peperiksaan lessen penyenggaraan pesawat kategori A dan B.   

Prospek Kerjaya


Program ini menawarkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang penyenggaraan pesawat yang boleh diaplikasikan dalam alam pekerjaan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar daripada program ini membolehkan mereka untuk bekerja  sebagai:

  • Aircraft Maintenance Technician/ Mechanic-Turbine/Piston Engine
  • Helicopter Maintenance Technician/ Mechanic-Turbine/Piston Engine
  • Aircraft Maintenance Technician
  • Aircraft Component / Engine / Modification Technician
  • Programme Technical Representative
  • Aircraft Support Service Technician
  • Aircraft Components / Spare Trading
  • Aircraft Components Manufacturing Technician
  • Aircraft Product Development Technician / Officer / Researcher


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM(Politeknik Konvensional/METrO)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  4. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Bahasa Melayu
    2. Bahasa Inggeris
    3. Mathematics
    4. Physics ATAU Science
    5. SATU (1) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiaannya
  5. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
  6. Lulus temuduga dan ujian bertulis

kembali ke atas
Lulusan selain SPM

* Sekiranya berminat untuk memohon ke Program ini, sila hubungi Bahagian Pengambilan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Permohonan kemasukan untuk sesi Disember 2019 sedang dibuka.

Klik untuk memohon

Ditawarkan di

Politeknik Banting

Tempoh Pengajian

6 semester

© 2019 Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.