Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rangkaian Bekalan) Dengan Kepujian

Sinopsis Program


Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rangkaian Bekalan) dengan Kepujian direka untuk menampung disiplin terkini kejuruteraan pembuatan yang luas dengan bidang pengkhususan rantaian bekalan. Kursus asas kejuruteraan yang meluas merangkumi Kejuruteraan Matematik, Prinsip Elektrik dan Elektronik, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Mekanik kejuruteraan, Rekabentuk Berbantukan Komputer, Bendalir Thermo, Kekuatan Bahan, Pneumatik & Hidraulik, Teknologi Bahan dan Keusahawanan menyediakan keserbabolehan kepada graduan, sambil menekankan bidang pengkhususan pembuatan dalam rantaian bekalan. Antara kursus khusus termasuk Pengurusan Kualiti Menyeluruh, Amalan Bengkel Pembuatan, Perancangan dan Kawalan Pengeluaran, Proses Pembuatan, Pengendalian Bahan, Pengurusan Rangkaian Bekalan, Pengawal Logik Bolehatur, Kawalan Kualiti, CADCAM dan Teknologi CNC, Pengangkutan, Pengurusan Gudang, Pembelian dan Logistik. 


Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan pembuatan dan bidang rangkaian bekalan yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam bidang kejuruteraan pembuatan dan rangkaian bekalan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai:
Jurutera / Teknologis
Pengajar / Pensyarah / Demonstrator
Eksekutif Jualan / Jurutera Jualan
Jurutera Rangkaian Bekalan / Eksekutif
Jurutera Loji
Pembekal Teknologi Bekalan
Eksekutif Gudang
Pegawai Pengiriman
Eksekutif Logistik
Usahawan


Syarat Kemasukan


Lulusan Diploma/Diploma Lanjutan Politeknik
Tempoh Pengajian : 4 Tahun

Syarat Am Politeknik

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia
  3. Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu/Malaysia di peringkat SPM/Setaraf
Syarat Khas Program
  1. Lulus salah satu daripada Diploma/Diploma Lanjutan Politeknik berikut:
    • Diploma Lanjutan Kejuruteraan Mekanikal
    • Diploma Lanjutan Kejuruteraan Reka Bentuk & Pembuatan Automotif
    • Diploma Lanjutan Kejuruteraan Mekatronik
    • Diploma Kejuruteraan Mekanikal
    • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
    • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji)
    • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
    • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara & Penyejukbekuan)
    • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian)
    • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan)
    • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik)
    • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil)
    • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Bahan)
    • Diploma Kejuruteraan Mekatronik
    • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Pembuatan Automotif)
    • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Produk)
    • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automasi)
    dan
    memperolehi sekurang-kurangnya HPNM 2.00
  2. Mendapat Band 2 dalam Malaysian University English Test (MUET)

**Tempoh sah laku keputusan MUET adalah seperti berikut:
i) Bagi keputusan MUET sebelum 2009, adalah sah hingga 18 Julai 2013.
ii) Bagi keputusan MUET dari 2009, adalah sah lima tahun dari tarikh keputusan MUET.
kembali ke atas

Permohonan kemasukan untuk sesi September 2019 telah ditutup.

Tempoh Pengajian

8 semester

© 2019 Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.