Diploma Teknologi Solar Fotovoltan

Sinopsis Program


Program ini direka bentuk untuk memperkenalkan kepada pelajar tentang teknologi semasa dalam bidang solar fotovoltan di mana pelajar didedahkan dengan kemahiran dan pengetahuan terkini. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

1. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
2. Akta Bekalan Elektrik dan Peraturan-peraturan Elektrik
3. Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal dan Tiga Fasa
4. Asas Elektrik, Asas Elektronik dan Sistem Bekalan Kuasa Elektrik
5. Reka bentuk Terbantu Komputer dan Kemahiran Penyeliaan

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Teknologi Solar Fotovoltan yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang elektrik. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut:

Juruteknik Solar Fotovoltan
Pembantu Perekabentuk Sistem Solar Fotovoltan
Juruteknik Elektrik
Juruelektrik
Usahawan

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:

    1. Mathematics
    2. SATU (1) mata pelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
    3. SATU (1) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya

  7. Calon tidak buta warna dan cacat anggota yang menyukarkan kerja amali.

kembali ke atas
Lulusan Selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Tidak buta warna dan cacat anggota yang menyukarkan kerja amali
  4. Lulus pengajian peringkat Sijil seperti berikut:

    1Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
     Sijil Pemasangan Elektrik
     Sijil Teknologi Elektrik
     Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas

Permohonan kemasukan untuk sesi Disember 2019 telah ditutup.

Ditawarkan di

Kolej Komuniti Segamat 2

Tempoh Pengajian

6 semester

© 2019 Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.