Diploma Perniagaan Antarabangsa

Sinopsis Program


Diploma Perniagaan Antarabangsa direkabentuk untuk meningkatkan dan memperkayakan pengetahuan pelaja rmerentas pelbagai bidang perniagaan bagi membolehkan mereka menghadapi dunia perniagaan global yang mencabar.  Kandungan program ini termasuk pengurusan eksport dan import, pemasaran antarabangsa dan penyelidikan pemasaran bagi perdagangan antarabangsa. Pengetahuan asas mengenai kepentingan perdagangan antara negara-negara, hubungan baik antara kerajaan, system perundangan negara, risiko dan insurans, kecekapan pengurusan kewangan serta pengurusan rangkaian bekalan dalam mengurus aktiviti perniagaan dan logistic turut diterapkan. Program ini juga merangkumi pelbagai bidang pengajian seperti perakaunan, ekonomi, statistic dan pengurusan. Pelajar akan menjalani latihan industry selama enam bulan pada semester akhir bagi memperolehi pengalaman kerja dan pemahaman mengenai dunia perniagaan semasa.

Prospek Kerjaya


Prospek kerjaya bagi graduan program ini adalah: 

Operasi danLogistik
  • Penolong Pengurus Rangkaian Bekalan
  • Penolong Pengurus Logistik
  • Penolong Pengurus Pembelian
  • Penolong Pengurus Import Eksport
  • Penolong Pengurus Pembekalan
  • Penolong Pengurus Kargo
  • Penolong Pengurus Pusat Pengedaran
  • Penolong Pengurus Kawalan Inventori

Kewangan / Perbankan
  • Penolong Pengurus Kewangan \ Perbankan
  • Penolong Pegawai Ekonomi
  • Penolong Pengurus Pembelian
  • Penolong Pengurus Luar Pesisir

Pemasaran
  • Pegawai Pemasaran\  Jualan
  • Pengurus Acara

Pengurusan
  • Penolong Pengurus Sumber Manusia
  • Penolong Pegawai Perhubungan Awam
  • Penolong Pegawai Penguatkuasa
  • Penolong Pegawai Akauntan
  • Penolong Pegawai Maklumat
  • Penolong Pegawai Tadbir Urus Korporat


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM(Politeknik Premier)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  4. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Bahasa Melayu
    2. Bahasa Inggeris
    3. Mathematics
    4. DUA(2) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
  5. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lepasan SPM(Politeknik Konvensional/METrO)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Lulus Mathematics
  7. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
  8. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan Pra Diploma Politeknik
Lulus Pra Diploma Perdagangan
kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat sekurang-kurangnya SATU(1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Lulus pengajian peringkat Sijil seperti berikut:

    1Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
     HUMAN RESOURCE SUPERVISOR (FB-070-3)
     Pemprosesan Data Sumber Manusia (FB-077-3:2013)
     Pentadbiran Industri (FB-023-3:2012)
     Penyelia Desa (FB-017-3)
     Perkhidmatan Sokongan Pembangunan Sumber Manusia (FB-075-3:2012)
     Perkhidmatan Sokongan Perundingan Sumber Manusia (FB-076-3:2013)
     Perkhidmatan Sokongan Sumber Manusia (FB-070-3:2013)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Permohonan kemasukan untuk sesi Disember 2019 sedang dibuka.

Klik untuk memohon

Tempoh Pengajian

6 semester

© 2019 Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.