Diploma Insurans

Sinopsis Program


Program Diploma Insurans dirumuskan untuk menghasilkan graduan yang berkelayakan untuk memenuhi  keperluan tenaga kerja yang terlatih dalam industri insurans. Ia mempunyai beberapa tahap kesukaran yang menjadikannya satu pengetahuan yang tidak ternilai bagi pelajar yang memilih program ini.  Program ini menawarkan kursus-kursus yang  meliputi amalan insurans yang penting, jenis-jenis perlindungan insurans, aspek undang-undang insurans, insurans peribadi dan komersial, pengunderaitan dan pengendalian tuntutan, pengurusan risiko dan pelaburan. Selain kursus berkaitan insurans, program ini juga turut menawarkan kursus-kursus seperti perakaunan, ekonomi, statistik, keusahawanan dan latihan industri untuk menyediakan pelajar kepada dunia perniagaan.  Program ini mengintegrasikan kesemua aktiviti perniagaan dan teknologi maklumat yang diperlukan dalam membangunkan perniagaan insurans yang efektif.   Pelajar yang mengikuti program ini akan memperolehi manfaat daripada prospek pekerjaan yang meluas selain daripada mempunyai peluang untuk menggunakan kemahiran keusahawanan   dengan memulakan perniagaan yang berkaitan dengan insurans.  

Prospek Kerjaya


Graduan program tiga tahun ini akan memulakan kerjaya di pasaran kerja sebagai: 

• Pembantu Pegawai Pengunderaitan 
• Pembantu Pegawai Tuntutan Insuran
• Penyelaras Kerugian 
• Penganalisa Risiko 
• Broker Insurans 
• Pembantu Insurans Dalaman
• Pembantu Pengurusan Risiko 
• Bankasurans 
• Pegawai Pemasaran/Jualan 
• Pembantu Pegawai Latihan 
• Pembantu Pegawai Tadbir 
• Perunding Kewangan 
• Pembantu Pegawai Pengawasan dan Pematuhan


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM(Politeknik Premier)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  4. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Bahasa Melayu
    2. Bahasa Inggeris
    3. Mathematics
    4. DUA(2) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
  5. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lepasan SPM(Politeknik Konvensional/METrO)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Mathematics
    2. DUA(2) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik
  6. Lulus pengajian peringkat Sijil seperti berikut:

    1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
     Sijil Pemasaran
     Sijil Pemprosesan Data
     Sijil Pengajian Perniagaan
     Sijil Penyimpanan Kira
    2Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
     Sijil Pengkeranian Akaun
     Sijil Pengoperasian Perniagaan
     Sijil Perakaunan
     Sijil Perakaunan Perniagaan
    3Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
     Adjuster Kanan Insuran Kenderaan Motor (FB-060-3)
     ENGINEERING INSURRANCE UNDERWRITING EXECUTIVE (M-046-3)
     LIFE INSURANCE EXECUTIVE (M-047-3)
     MARINO CARGO UNDERWRITING EXECUTIVE (M-045-3)
     MISCELLANEOUS ACCIDENT UNDERWRITING EXECUTIVE-GENERAL ACCIDENT (ALL RISKS-PERSONAL EFFECTS) (M-041-3)
     MISCELLANEOUS ACCIDENT UNDERWRITING EXECUTIVE-GENERAL ACCIDENT (BURGLARY INSURANCE) (M-040-3)
     MISCELLANEOUS ACCIDENT UNDERWRITING EXECUTIVE-GENERAL ACCIDENT (EQUIPMENT (M-044-3)
     MISCELLANEOUS ACCIDENT UNDERWRITING EXECUTIVE-GENERAL ACCIDENT (FIDELITY GUARANTEE) (M-043-3)
     MISCELLANEOUS ACCIDENT UNDERWRITING EXECUTIVE-GENERAL ACCIDENT (MONEY INSURANCE) (M-042-3)
     MISCELLANEOUS ACCIDENT UNDERWRITING EXECUTIVE-GENERAL ACCIDENT (PLATE GLASS) (M-039-3)
     MISCELLANEOUS ACCIDENT UNDERWRITING EXECUTIVE-GENERAL ACCIDENT (WORKMEN’S COMPENSATION/EL) (M-038-3)
     MISCELLANEOUS UNDERWRITING CLERK-PERSONAL(HEALTH INSURANCE) (M-031-3)
     MISCELLANEOUS UNDERWRITING EXECUTIVE- LIABILITY(DIRECTORS & OFFICERS LIABILITY INSURANCE) (M-037-3)
     MISCELLANEOUS UNDERWRITING EXECUTIVE- LIABILITY(PRODUCT LIABILITY INSURANCE) (M-034-3)
     MISCELLANEOUS UNDERWRITING EXECUTIVE- LIABILITY(PROFFESIONAL INDEMNITY INSURANCE) (M-036-3)
     MISCELLANEOUS UNDERWRITING EXECUTIVE- LIABILITY(PUBLIC LIABILITY /CGL INSURANCE (M-035-3)
     MISCELLANEOUS UNDERWRITING EXECUTIVE-PERSONAL(HEALTH INSURANCE) (M-032-3)
     MISCELLANEOUS UNDERWRITING EXECUTIVE-PERSONAL(PERSONAL ACCIDENT) (M-033-3)
     MOTOR UNDERWRITING EXECUTIVE (M-030-3)
     Operasi Perbankan Komersial & Runcit (FB-027-3:2012)
     Pentadbiran Perkhidmatan Insurans (FB-026-3:2012)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Permohonan kemasukan untuk sesi Disember 2019 sedang dibuka.

Klik untuk memohon

Tempoh Pengajian

6 semester

© 2019 Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.