Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil)

Sinopsis Program


Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil) di Politeknik Seberang Perai merupakan satu satunya program mekanikal yang dibangunkan menjurus kepada bidang kerjuruteraan tekstil. Dengan tempoh pembelajaran selama enam semester, kursus kursus berkaitan teori asas kejuruteraan dengan pendedahan terhadap latihan praktikal diberikan oleh pensyarah yang berkepakaran dalam bidang untuk membantu pelajar sentiasa memahami konsep utama mekanikal tekstil melalui pelbagai kaedah pembelajaran terkini. Struktur utama kursus kursus yang ditawarkan dalam program ini adalah tertumpu kepada aspek utama Kejuruteraan Mekanikal secara amnya dan kejuruteraan tekstil secara khusus. Program ini juga membolehkan pelajar mendalami pelbagai peringkat pemprosesan tekstil yang bermula dari teknologi serat, hingga teknik penghasilan fabrik yang merupakan pengetahuan asas teknologi tekstil kepada pelajar.Selain itu, rekabentuk struktur fabrik, pewarnaan, kemasan tekstil, pengujian tekstil serta teknologi hijau dalam  pemprosesan tekstil juga diberikan penekanan agar melengkapi keperluan industry secara mampan. Revolusi industry tekstil kini mendorong perkembangan program ini dengan menitikberatkan keperluan teknologi terkini yang diperlukan oleh industry semasa,melalui pendedahan terhadap pelajar dalam industry tekstil perubatan, geotekstil, tekstilteknikal, tekstil komposit serta pengaplikasian industri 4.0 dalam industry tekstil, bakal dilihat mampu member kelebihan terhadap graduan kelahiran program ini untuk terus bersaing. Aspek kemahiran yang diperlukan untuk menilai kualiti fabric dan penggunaan pelbagai rekabentuk fabric mengikut pasaran semasa juga diterapkan dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta menjadi nilai tambah kepada pelajar. Dengan penawaran kursus yang relevan dan terkini, program ini bakal menghasilkan pelajar cemerlang yang holistic serta kompeten dalam memenuhi keperluan industry serta dapat memenuhi keperluan pasaran pekerjaan seperti penyelia kawalan kualiti tekstil, penyelia teknikal, penyelidik sains tekstil, juruteknik makmal dan mesin tekstil, ahli kimia tekstil, dan usahawan digital dalam bidang tekstil yang sentiasa mengamalkan pemikiran yang dinamik dan kritis serta melahirkan pekerja yang mampu menghadapi cabaran globalisasi industry tekstil dunia.

Prospek Kerjaya


Penyelia kawalan kualiti tekstil
Penyelia teknikal tekstil
Penyelidik sains tekstil
Juruteknik makmal dan mesin tekstil
Ahli kimia tekstil
Usahawan digital tekstil
Penolong jurutera
Teknokrat tekstil


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM(Politeknik Konvensional/METrO)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Mathematics
    2. SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional berikut:
      • Akuakultur dan Haiwan Rekreasi
      • Aplikasi Elektrik & Elektronik
      • Asas Kelestarian
      • Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
      • Automotif Elektrik & Diesel
      • Automotif Kenderaan
      • Bahan Binaan
      • Biologi
      • Dandanan Rambut
      • Ekonomi Rumahtangga
      • Fizik
      • Fundamental of Programming
      • Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatrik
      • Grafik Berkomputer
      • Grafik Komunikasi Teknikal
      • Hiasan Dalaman Asas
      • Hortikultur Hiasan dan Landskap
      • Information and Communication Technology
      • Katering dan Penyajian
      • Kejenteraan Ladang
      • Kerja Bata dan Kayu
      • Kerja Kimpalan
      • Kerja Menggegas & Melarik
      • Kerja Paip Domestik
      • Kimia
      • Kimpalan Arka dan Gas
      • Landskap dan Nurseri
      • Lukisan Geometri dan Automotif
      • Lukisan Geometri dan Elektrik
      • Lukisan Geometri dan Elektronik
      • Lukisan Geometri dan Fabrikasi Logam
      • Lukisan Geometri dan Mesin
      • Lukisan Geometri dan Pembinaan Bangunan
      • Lukisan Geometri dan Penyaman Udara
      • Lukisan Kejuruteraan
      • Matematik Tambahan
      • Membuat Pakaian
      • Membuat Perabot
      • Menservis Automobil
      • Menservis Motosikal
      • Menservis Peralatan Elektrik Domestik
      • Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara
      • Menservis Radio dan TV
      • Patisserie
      • Pemasangan dan Kawalan Elektrik
      • Pembinaan Domestik
      • Pemesinan Berkomputer
      • Pemprosesan Makanan
      • Pendawaian Domestik
      • Pengajian Agroteknologi
      • Pengajian Kejuruteraan Awam
      • Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
      • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
      • Pengajian Perkembangan Kanak-Kanak
      • Pengeluaran Tanaman
      • Pengeluaran Ternakan
      • Pengurusan Ladang
      • Pengurusan Makanan
      • Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut
      • Penyajian Makanan dan Minuman
      • Penyamanan Udara
      • Penyediaan Masakan Barat dan Timur
      • Penyejukan
      • Perkhidmatan Awal Kanak-Kanak
      • Persolekan
      • Pertanian
      • Pola Pakaian
      • Prinsip Elektrik & Elektronik
      • Produksi Multimedia
      • Programming and Development Tools
      • Rekaan dan Jahitan Pakaian
      • Rekacipta
      • Sains
      • Sains Gunaan
      • Sains Komputer
      • Sains Pertanian
      • Sains Rumah Tangga
      • Sains Sukan
      • Sains Tambahan
      • Seni Reka Tanda
      • Tanaman Makanan
      • Teknologi Automotif
      • Teknologi Bengkel Mesin
      • Teknologi Binaan
      • Teknologi Binaan Bangunan
      • Teknologi Elektrik
      • Teknologi Elektronik
      • Teknologi Kejuruteraan
      • Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam
      • Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
    3. SATU(1) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan Pra Diploma Politeknik
Lulus Pra Diploma Sains
kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus pengajian peringkat Sijil seperti berikut:

    1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
     Sijil Kejuruteraan Kimia dan Proses
     Sijil Kejuruteraan Mekanikal
     Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
     Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Bahan)
     Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Loji)
     Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
     Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan)
     Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejuk Bekuan)
     Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian)
     Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Petroleum)
     Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Plastik)
     Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil)
    2Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
     Sijil Mekanikal Pembuatan
    3Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA Tahap 3, KKM
     Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Pemesinan)
     Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Alatan & Acuan)
     Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Produk)
     Sijil Kejuruteraan Pertanian
     Sijil Teknologi Automotif
     Sijil Teknologi Kimpalan
    4Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM
     Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanik Industri
     Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Lukisan Rekabentuk)
     Sijil Teknologi Kejuruteraan Operasi Loji
     Sijil Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
     Sijil Teknologi Kimpalan
    5Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 *Perlu mengikuti program peralihan (bridging) yang ditetapkan
     Industrial Sewing Machine Maintenance Supervision (K-030-3)
     Penyeliaan Operasi Makmal Tekstil (TA-013-3:2014)
     Penyeliaan Penyelenggaraan Mesin Jahit Industri (TA-014-3:2014)
     Textile Laboratory Operation Supervision (K-050-3)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Permohonan kemasukan untuk sesi Disember 2019 sedang dibuka.

Klik untuk memohon

Tempoh Pengajian

6 semester

© 2019 Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.