Diploma Seni Kulinari

Sinopsis Program


Diploma Seni Kulinari direka bentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang seni masakan. Program ini menyediakan peluang kepada pelajar dalam membangunkan kemahiran masakan melalui kaedah hands-on dengan persekitaran dan peralatan di dalam dapur yang lengkap.

Program ini membolehkan pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran dalam industri perkhidmatan makanan dengan pendedahan pengetahuan sanitasi di dalam perkhidmatan makanan, nutrisi, teori makanan, asas masakan barat, masakan Malaysia, masakan asia, masakan antarabangsa, penyajian makanan dan minuman, perancangan menu, penyediaan roti dan pastri, operasi perkhidmatan makanan komersil, kawalan kos makanan dan minuman dan pengurusan sumber manusia. perkhidmatan pelanggan dan keusahawanan yang diberikan. Program ini juga, menggabungkan amali dan pembelajaran melalui pengalaman. Pelajar juga akan menjalani enam bulan latihan industri yang berstruktur bertujuan memberi pelajar kemahiran dan pengalaman di tempat kerja dan pendidikan akademik yang berkaitan sekaligus membolehkan mereka memasuki alam pekerjaan dengan penuh dedikasi sebaik sahaja tamat pengajian.

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan industri penyediaan makanan yang membolehkan pelajar mengisi pelbagai jenis kerjaya dalam bidang penyediaan makanan termasuk hotel, restoran, perniagaan katering dan pelayaran kapal pesiar dan lain-lain. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai:

  • Chef
  • Caterer / Perkhidmatan Katering
  • Food Suppliers / Pembekal makanan
  • Pastry Chef / Chef Pastri
  • Bakery Chef / Chef Bakeri
  • Personal Chef
  • Kitchen Artist
  • Kitchen Coordinator
  • Culinary Instructor
  • Kitchen Assistant
  • Entrepreneur / Usahawan
  • Cookbook Author / Pengarang buku masakan
  • Banquet Supervisor / Penyelia Jamuan
  • Food And Beverage Supervisor / Penyelia Makanan dan Minuman
  • Assistant Kitchen Manager

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM(Politeknik Konvensional/METrO)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Lulus Mathematics
  7. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
  8. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat sekurang-kurangnya SATU(1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Lulus pengajian peringkat Sijil seperti berikut:

    1Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
     Certificate in Culinary Arts Joint Certificate with Taylor's University
     Certificate in Food & Beverage Service Joint Certificate with Taylor's University
     Sijil Kulinari
     Sijil Pastri

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Permohonan kemasukan untuk sesi Disember 2019 sedang dibuka.

Klik untuk memohon

Ditawarkan di

Politeknik Merlimau

Tempoh Pengajian

6 semester

© 2019 Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.