Sarjana Muda Sains Perumahan, Bangunan & Perancangan (Kepujian) (Senibina)

Sinopsis Program


Pogram ini merupakan salah satu program yang mempunyai kurikulum yang unik di kalangan program‐program yang berkaitan dengan alam bina. Projek Studio menyediakan ujian objektif yang paling penting dalam profesiensi dan kreativiti setiap pelajar. Teori dan amalan praktis merupakan kurikulum terpenting yang saling berkaitan dalam semua peringkat pembelajaran.

Prospek Kerjaya


  • Pembantu arkitek
  • Pelukis Pelan
  • Pensyarah
  • Juruteknik Bangunan
  • Penyelia

Syarat Kemasukan


Lulusan Diploma/Diploma Lanjutan Politeknik
  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf dengan mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau KEPUJIAN Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai. DAN
  2. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET) atau kelayakan setara. DAN
  3. Menamatkan pengajian dengan jayanya di peringkat Diploma Senibina yang ditawarkan oleh Politeknik Port Dickson (PPD) atau Politeknik di bawah penyeliaan JPP/Kerajaan dan setaraf. DAN
  4. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 atau <2.75 dengan 1 tahun pengalaman kerja atau lebih. DAN
  5. Cemerlang dalam penilaian temu duga.

kembali ke atas

Permohonan kemasukan untuk sesi September 2019 belum dibuka.

Ditawarkan di

Politeknik Port Dickson

Tempoh Pengajian

8 semester

© 2019 Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.