Permohonan Ke Politeknik METrO
Calon-calon yang berminat untuk melanjutkan pengajian peringkat diploma di Politeknik METrO dipohon hadir untuk sesi khidmat nasihat, semakan kelayakan dan proses penawaran di Politeknik METrO yang berkenaan mulai 4 Ogos hingga 12 September 2011.Sila bawa bersama:
- MyKad dan salinan
- Slip keputusan/sijil SPM dan salinan
- Sijil/dokumen kokurikulum dan salinan
Lihat iklan penuh di sini.
Pengenalan
Politeknik METrO* merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah ( local and regional sosio-economic needs) dalam bidang tertentu terutamanya bagi keperluan sektor perkhidmatan (service industries) yang semakin meningkat, sama ada pada peringkat industri kecil dan sederhana (IKS) mahupun syarikat multi-nasional.Penubuhan Politeknik METrO adalah seiring dengan agenda transformasi negara iaitu meningkatkan daya saing melalui pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi terutamanya dalam aspek menjana modal insan yang serba boleh dan mampu berubah dalam persekitaran pasaran kerja yang dinamik. Sasaran pelajarnya ialah lepasan SPM dan golongan pekerja (working adults) yang memerlukan upskill dan re-skilling. Pembelajaran di Politeknik METrO akan mengutamakan kaedah Online Virtual and Distance learning (OVDL) dalam kerangka e-learning. Kebanyakan tenaga pengajarnya adalah mereka yang mempunyai pengalaman industri.
* METrO - Maximising Education & Training Opportunities
Konsep
Merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah dalam bidang industri yang berorientasikan perkhidmatan.Berkonsepkan boutique (differentiation that brings specialization in the creation of new courses and programmes).
Responsif kepada keperluan industri dan program boleh berubah mengikut keperluan semasa.
Ciri-ciri Politeknik
Kemasukan fleksibel yang diurus secara autonomi tanpa melalui pengambilan pelajar secara berpusat.Program yang mempunyai jangka masa dan kos pengajian yang fleksibel.
Pelajar daripada kalangan penduduk tempatan atau commuting students
Komposisi pelajar terdiri lepasan sekolah dan pelajar bekerjaya.
Ciri-ciri Program
Mempunyai nilai pasaran tinggiCenderung kepada bidang pekerjaan yang menggunakan hemisfera otak kanan (right brain)
Mematuhi kompetensi professional /industri melalui pensijilan /pengijazahan
Mendapat akreditasi MQA
Penyampaian program yang fleksibel mengikut kemampuan pelajar
Penekanan kurikulum kepada kandungan hands-on dan contextual
Melibatkan komponen on the job training
Program Pengajian
| Politeknik METrO | Program Pengajian | Sesi Ambilan Bermula | ||
| Disember 2010 |
Jun 2011 |
Disember 2011 |
||
| Kuala Lumpur | Diploma In Retail Management | √ | ||
| Diploma in Hotel & Catering Management |
√ | |||
| Kuantan | Diploma in Foodservice (Halal Practice) | √ | ||
| Diploma in Tourism & Hospitality | √ | |||
| Johor Bahru | Diploma in Islamic Banking & Finance | √ | ||
| Diploma in Logistic & Supply Chain Management | √ | |||
Lokasi
|
Politeknik METrO Kuala Lumpur No 2-12, Jalan Setiawangsa 10, Taman Setiawangsa, 54200, Kuala Lumpur Tel: 03-42518000 Fax: 03-42517979 Politeknik METrO Kuantan, No A-5, Jalan Tun Ismail 2, Sri Dagangan 11 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur Tel : 609 5173 259 Faxs : 609 5173 259 |
Politeknik METrO Johor Bahru, d/a Politeknik Johor Bahru KM 10, Jalan Kong Kong 81700 Pasir Gudang, Johor Darul Takzim Tel: 07-2612488 Fax: 07-2612963 |
Majlis Perasmian Politeknik METrO, 21 Julai 2011
Dapatkan Flash Player untuk melihat imej ini.