Maklumat Am Politeknik KPTM



 
Buat pilihan anda dari menu di atas untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki

 

FUNGSI POLITEKNIK KPTM
 

Politeknik KPTM ditubuhkan bertujuan memberi pendidikan dan latihan separa profesional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan hospitaliti & fesyen bagi memenuhi tenaga kerja terlatih negara.

 
 
 

SENARAI POLITEKNIK KPTM
 

Bagi kemasukan Sesi Julai 2004 dan Sesi Januari 2005, politeknik KPTM yang menawarkan kursus peringkat diploma dan sijil adalah seperti berikut:
 
Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra, Kedah
Politeknik Kota Bharu, Ketereh, Kelantan
Politeknik Kuching, Matang, Sarawak
Politeknik Port Dickson, Si-Rusa, Negeri Sembilan
Politeknik Kota Kinabalu, Likas, Sabah
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor
Politeknik Johor Bahru, Pasir Gudang, Johor
Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh, Pulau Pinang
Politeknik Kota, Melaka.
Politeknik Kota, Kuala Terengganu Terengganu.
Politeknik Dungun, Terengganu.
Politeknik Merlimau, Melaka.
Politeknik Tanjong Malim,Behrang, Perak.

Politeknik Kulim, Kedah

Politeknik Sabak Bernam, Sungai Lang, Selangor

Politeknik Perlis, Perlis
Politeknik Muadzam Shah, Pahang

 

TEMPOH PENGAJIAN
 
Bidang Kursus

Tempoh Pengajian

a. Sijil Empat Semester
b. Diploma Sains Kesetiausahaan Empat Semester
c. Diploma Perkapalan Tujuh Semester
d. Diploma selain b & c Enam Semester

 

 

LATIHAN INDUSTRI
 

Latihan Industri (LI) bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang suasana kerja yang sebenar serta memberi peluang kepada pelajar untuk menghubungkaitkan kefahaman teori dan amali. Tempoh LI ialah satu semester. Bagi kursus peringkat sijil, LI dijalankan pada semester tiga dan kursus peringkat diploma pada semester empat. Bagi kursus Diploma Kejuruteraan Perkapalan, latihan limbungan dan latihan laut akan dijalankan pada semester empat dan lima. Setiap pelajar diwajibkan lulus LI.
 
 

BAYARAN

 

Yuran Pengajian

Bayaran Lain

RM200.00 setiap semester
(dibayar semasa pendaftaran)
Ditetapkan oleh Politeknik berkenaan (dianggarkan RM 500)

 
 

 BANTUAN KEWANGAN
 

Peringkat Sijil

Pelajar peringkat sijil layak memohon bantuan kewangan daripada Kementerian, Kerajaan/Yayasan Negeri dan penaja-penaja lain
 

Peringkat Diploma

Pelajar peringkat diploma layak memohon bantuan kewangan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kerajaan/Yayasan Negeri dan penaja-penaja lain.

 

KEMUDAHAN KAMSIS/ASRAMA

Semua Politeknik mempunyai kamsis/asrama kecuali Politeknik Kota. Walau bagaimanapun kapasiti kamsis/asrama adalah terhad.
 

 

PEMERIKSAAN KESIHATAN

Pemohon yang berjaya dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan    disahkan sihat oleh doktor kerajaan atau swasta. Bayaran ditanggung oleh pemohon. (Pemeriksaan X-Ray tidak diperlukan)
 

 

                                                                                                                                                      Tutup Windows