PENDAHULUAN

 

Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia merupakan institusi pendidikan yang menyediakan pelbagai latihan dan kemahiran peringkat sijil serta kursus jangka pendek kepada pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) (SPM(V)), pekerja dan kumpulan lain dalam masyarakat setempat. 

Kolej Komuniti mula beroperasi dengan sepuluh buah Kolej perintis pada sesi Jun 2001 dan kini bilangannya telah meningkat kepada tiga puluh empat (34) buah di seluruh negara.

 

 

Tutup Windows

 

  

 

OBJEKTIF KOLEJ KOMUNITI

 

Kolej Komuniti KPTM ditubuhkan untuk melahirkan lulusan yang mempunyai kemahiran praktik, pengetahuan akademik serta kemahiran generik dalam bidang kejuruteraan, hospitaliti & fesyen, multimedia, khidmat sosial, agro-teknologi dan perniagaan di peringkat sijil dan diploma sebelum memasuki alam pekerjaan atau sebagai asas kepada peningkatan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.

 

Di samping itu, Kolej Komuniti KPTM juga menyediakan pendidikan dan latihan sepanjang hayat kepada masyarakat setempat bagi meningkatkan kualiti kehidupan.

Kembali

 

 

 

 

 

KURSUS YANG DITAWARKAN DI KOLEJ KOMUNITI

Kolej Komuniti KPTM menawarkan kursus berbentuk formal dan tidak formal yang menitikberatkan kemahiran.  Kursus berasas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang mengandungi K-content adalah diutamakan.

Kod

    Nama Kursus

V01     Sijil Multimedia Kreatif (Animasi)
V02     Sijil Teknologi Pembuatan Bersepadu
V03     Sijil Automotif
V04     Sijil Pelukis Pelan Senibina
V05     Sijil Penyenggaraan Bangunan
V06     Sijil Teknologi Elektrik
V07     Sijil Sistem Komputer dan Sokongan
V08     Sijil Hotel dan Katering
V09     Sijil Fesyen dan Pakaian
V10     Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan
V11     Sijil Teknologi Pembinaan
V12     Sijil Teknologi Maklumat
V13     Sijil Perakaunan Perniagaan
V14     Sijil Multimedia Kreatif (Pengiklanan)
V15     Sijil Penyaman Udara dan Penyejukan
V16     Sijil Pelancongan dan Pengembaraan
V17     Sijil Rekabentuk Dalaman

Kembali

 

 

TEMPOH PENGAJIAN DI KOLEJ KOMUNITI

 

Tempoh Minima Tempoh Maksima

Kursus Sijil

2 tahun

(4 semester)

5 tahun

(10 semester)

Kembali

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BAYARAN YANG DIKENAKAN

 

Yuran Pengajian

Bayaran Lain

RM 200 setiap semester

(dibayar semasa hari pendaftaran)

Ditetapkan oleh Kolej Komuniti berkenaan (dianggarkan RM250.00)

Kembali

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MAKLUMAT TAMBAHAN

 

ASRAMA

Kolej Komuniti KPTM tidak menyediakan asrama.

 

LATIHAN INDUSTRI

Setiap pelajar diwajibkan menjalani dan lulus latihan industri (LI) selama satu semester (enam bulan). LI dijalankan pada semester tiga bagi kursus peringkat sijil, bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang alam pekerjaan sebenar serta memberi peluang untuk menghubungkaitkan latihan dan teori.

 

BANTUAN KEWANGAN

Pelajar layak memohon bantuan kewangan/biasiswa/pinjaman daripada mana-mana penaja. Pelajar boleh menggunakan surat tawaran pegajian Kolej Komuniti KPTM untuk tujuan tersebut.

Kembali