UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
(UniMAP)

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA DI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) BAGI SESI AKADEMIK 2010/2011
(PENGAMBILAN KEDUA)

  1. Adalah dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan bagi Pengambilan Julai Sesi Akademik 2010/2011 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) masih dibuka kepada pelajar-pelajar Lepasan Diploma Politeknik yang tidak berjaya pada panggilan pertama melalui UPU pada Jun/Julai 2010 baru-baru ini.
  1. Program-program peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang masih dibuka untuk permohonan di UniMAP dan syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:

BIL.

 

  1. Program Pengajian
  2. Kod Program

Kelayakan Minimum Diploma

01

Kejuruteraan Mikroelektronik
RK05

 

Syarat Kemasukan

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

 

  1. Memiliki kelulusan Diploma dalam bidang yang sesuai dengan kursus yang dipohon dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50.

dan

  1. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test  (MUET).

 

Nota:

Pengecualian daripada beberapa mata pelajaran yang berkaitan boleh diberi tertakluk kepada keputusan peperiksaan yang diperolehi di peringkat diploma.

 

02

Kejuruteraan Alam Sekitar
RK07

03

Kejuruteraan Bahan
RK12

04

Kejuruteraan Komputer
RK20

05

Kejuruteraan Bioproses
RK28

06

Kejuruteraan Polimer
RK32

07

Kejuruteraan Elektronik Industri
RK45

08

Kejuruteraan Perhubungan
RK53

09

Kejuruteraan Metalurgi
RK56

10

Kejuruteraan Bangunan
RK82

11

Kejuruteraan Rekabentuk Produk
RK84

12

Kejuruteraan Elektronik
RK86

13

Kejuruteraan Fotonik
RK8

14

Kejuruteraan Biosistem
RK90

15

Kejuruteraan Rangkaian Komputer
RK93

16

Kejuruteraan Elektrik Sistem Tenaga
RK96

  1. Cara-cara memohon:

Semua permohonan perlu disertakan dengan salinan lengkap maklumat berikut:

  1. Surat Permohonan dengan butiran program yang dipohon, alamat lengkap pemohon dan no. tel pemohon yang mudah dihubungi;
  2. Salinan transkrip peperiksaan peringkat diploma (semester satu hingga semester akhir), sijil SPM dan slip MUET;
  3. Hantarkan kepada Unit Kemasukan & Rekod Pelajar UniMAP seperti alamat berikut:

 

Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar
Jabatan Pendaftar UniMAP
No. 34 & 35, Bersebelahan Hong Leong Bank
Jalan Bukit Lagi, 01000 Kangar, Perlis.
(U.P: Cik Ruzalina Ibnu Ruslan)
Tel: 04-9798701/8702/8706
Faks: 04-9798703
e-mel: ruzalina@unimap.edu.my

  1. Tarikh tutup permohonan dan penyerahan akhir maklumat-maklumat di atas adalah selewat-lewatnya pada 13 Julai 2010.

 

(Untuk permohonan SEGERA, sila faks kepada 04-9798703 atau e-mel kepada ruzalina@unimap.edu.my)