SPPoli
                          
 
 
  Menu BPP

 
 

 
 

 
 


 
 

 
 


 
 

 
 

Kunjungan Ke
1472920

 
 

Perutusan TKP
     
 

TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI)
JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

 

Assalamu’alaikum w.b.t. dan Salam 1Malaysia

Matlamat Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) seiring dengan aspirasi kerajaan dalam menghasilkan modal insan yang kompeten, berpengetahuan dan berakhlak mulia. Sistem pengajian di politeknik dirangka agar para graduat berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran secara proaktif, kreatif dan inovatif serta mampu menangani persekitaran global yang semakin mencabar.

Program pengajian di politeknik mempunyai beberapa kelebihan. Pertama, kurikulum program digubal bagi memenuhi tiga (3) bidang kemahiran iaitu hard skills, soft skills dan kemahiran kompetitif. Kedua, kerjasama erat yang dijalinkan antara politeknik dan industri bagi menghasilkan relenvansi pembelajaran dengan pekerjaan yang kukuh. Akhirnya, pematuhan kepada sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001:2000 sejak tahun 2007 memastikan penambahbaikan pengurusan yang berterusan. Berikutan itu, semua program pengajian di politeknik telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Bermula dengan 4 bidang pengajian iaitu kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik dan perdagangan, politeknik kini menawarkan 9 bidang pengajian termasuk kejuruteraan petrokimia, teknologi maklumat, hospitaliti, reka bentuk & komunikasi visual dan penyenggaraan pesawat. Sebanyak 43,000 tempat pengajian disediakan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, lulusan Sijil Politeknik dan Sijil Kolej Komuniti melanjutkan pelajaran pada peringkat diploma. Sebanyak 49 program diploma, satu (1) program diploma lanjutan, 12 program diploma pasca sijil kolej komuniti dan empat (4) program sijil kemahiran khas politeknik (pelajar berkeperluan khas) ditawarkan di politeknik hingga kini.

Program pengajian yang ditawarkan mengambilkira pasaran kerja semasa. Ini penting bagi mengukuhkan kesesuaian dan responsive program kepada pasaran industri. Penawaran program pengajian mengambilkira bidang pengkhususan (niche area) mengikut kekuatan politeknik masing-masing.

Graduat politeknik bertaraf separa profesional di peringkat sijil dan diploma laris di pasaran kerja khususnya di industri berkaitan kejuruteraan, perniagaan dan perkhidmatan. Untuk rekod, 90% daripada graduat politeknik memperolehi pekerjaan dalam tempoh 6 bulan selepas menamatkan pengajian. Daripada jumlah itu, lebih daripada 70% memperolehi pekerjaan dalam tempoh 3 bulan. Sektor swasta dan multinasional menjadi pilihan utama para graduat berbanding sektor awam.

Bagi meningkatkan lagi kebolehpasaran graduat politeknik, program finishing school diperkenalkan kepada semua pelajar politeknik semester akhir. Program ini bertujuan memberi nilai tambah kepada graduan bagi mencerahkan peluang mereka dalam menempuh realiti persaingan pekerjaan. Kebolehpasaran graduat politeknik terbukti kompetitif kerana kualiti dan standard program yang ditawarkan.

Tahun 2010 adalah merupakan tahun transformasi sistem pengajian politeknik. Transformasi ini merupakan salah satu agenda meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan di dalam enam (6) Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri baru-baru ini. Perancangan kerajaan untuk melonjakkan politeknik sebagai institusi peneraju Technical and Vocational Education Training (TVET) adalah merupakan fokus utama di bawah transformasi politeknik bagi tempoh 2010 hingga 2012.

Transformasi ini adalah penting dalam penjenamaan semula politeknik sebagai institusi pilihan utama. Tiga (3) buah politeknik akan dinaiktaraf kepada politeknik premier sebagai titik permulaan kepada transformasi yang akan dibuat dalam sistem pengajian politeknik. Semua ini merupakan perancangan berterusan agar akses pendidikan tertiari berkualiti dan disediakan seluas-luasnya kepada rakyat Malaysia. 1Malaysia…Pendidikan Untuk Semua!

Datuk Hj. Mohlis Bin Jaafar

 
 


Pengumuman
     
  KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN SESI JUN 2010:

Keputusan boleh disemak mulai 08 Mei 2010 (Jumaat) di www.politeknik.edu.my atau menghubungi;

Bahagian Pengurusan Pengambilan Pelajar ditalian 03-8939 4058/ 4103/ 4104/ 4105/ 4106/ 4107/ 4108/ 4109.


PANGGILAN TEMUDUGA DIPLOMA KEJURUTERAAN PERKAPALAN PERMOHONAN SESI JUN 2010:

Keputusan boleh disemak mulai 08 Mei 2010 (Jumaat) di www.politeknik.edu.my atau menghubungi;

Bahagian Pengurusan Pengambilan Pelajar ditalian 03-8939 4058/ 4103/ 4104/ 4105/ 4106/ 4107/ 4108/ 4109.
 
 
 
     
Pengambilan Pelajar
 
  MAKLUMAT KEMASUKAN KE POLITEKNIK KPT
 
 
 
     
 
 

  Kenapa Politeknik
  jadi pilihan?


 
     
   
 
     
 
 
Saturday, 4/2/2012
< FEBURARY - 2012 >
S M T W T F S
      1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29