SINOPSIS PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (RANGKAIAN)
Program ini memperkenalkan pelajar kepada konsep dan teori rekabentuk, pelaksanaan dan penyenggaraan rangkaian komputer. Kursus khusus meliputi Teknologi Perkakasan Komputer, Sistem Digital, Asas Rangkaian, Teknologi WAN, Pengurusan Rangkaian dan Keselamatan Rangkaian. Pelajar juga didedahkan kepada teknologi perisian sumber terbuka dalam program berikut: Sistem Operasi Sumber Terbuka, Pengaturcaraan Java, Pengaturcaraan Web dan Sistem Pangkalan Data. Kursus pengaturcaraan dan aplikasi lain termasuk juga Aplikasi Pangkalan Data, Pengaturcaraan dan Penyelesaian Masalah, Asas Pengaturcaraan dan Pengaturcaraan Visual Basics. Keusahawanan siber dan projek berkaitan kursus juga dimasukkan dalam program. Program ini membekalkan pengetahuan tentang teknologi rangkaian komputer, pengurusan rangkaian dan keselamatan maklumat yang boleh diaplikasikan dalam bidang kerjaya yang luas dalam dunia ICT dan keusahawanan. Oleh kerana program ini menekankan kepada kaedah pembelajaran kendiri dan projek, lulusan akan lebih bersedia untuk menghadapi cabaran industri rangkaian komputer.

SINOPSIS PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (PENGATURCARAAN)
Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek, melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan di industri. Program ini menawarkan kursus-kursus pengkhususan dalam bidang teknologi maklumat seperti Asas Pengaturcaraan, Perisian Aplikasi, Komputer dalam Teknologi Maklumat, Sistem Digit dan Mikro Pemproses, Pengaturcaraan Visual Basic, Pengurusan Rekod, Sistem Pengoperasian, Komunikasi Data dan Sistem Telekomunikasi, Algorithma dan Struktur Data, Pengaturcaraan C++, Asas Perniagaan, Akitektur dan Organisasi Komputer, Multimedia, Sistem Pangkalan Data, Pengaturcaraan Java, Rangkaian Komputer, Pembangunan Perisian, Visual Basic dengan Pangkalan Data, Pengurusan Perniagaan, Pembangunan Web, Pengurusan Projek, Sistem Maklumat, e-Dagang dan Pengurusan Perisian. Kursus-kursus elektif seperti Prinsip Mikro Pemproses, Pengurusan SQL Server, Rekabentuk Rangkaian Kampus dan Animasi Digital juga ditawarkan sebagai pilihan kepada pelajar.

SINOPSIS PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (GAME TECHNOLOGY)
Program Diploma Teknologi Maklumat (Game Technology) ini direkabentuk bagi memberi pelajar peluang untuk mempelajari asas ICT dan kemahiran pengaturcaraan yang menekankan kepada pembangunan hiburan kreatif dan perisian permainan komputer. Program ini menggabungkan konsep asas teknologi maklumat dengan aspek teknikal dan kreatif bagi rekabentuk dan pembangunan permainan komputer. Pelajar akan melalui latihan praktikal dalam kemahiran pengaturcaraan dan penyelesaian masalah, perkakasan komputer, media digital, rangkain komputer, asas sistem pengoperasian, sistem pengoperasian terbuka dan sistem pengkalan data. Kursus pengkhususan juga ditawarkan seperti prinsip permainan komputer, matematik dan fizik bagi permainan komputer, kejuruteraan perisian permainan komputer, artificial intelligence, human computer interaction, dan rekabentuk visual. Sebagai tambahan kepada teknikal, pelajar juga di ajar Bahasa Inggeris Komunikasi, Matematik, Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral, Tamadun Islam dan Ko-kurikulum bagi mengukuhkan kemahiran softskill.