SINOPSIS PROGRAM DIPLOMA POLITEKNIK UNTUK LEPASAN SPM
Senarai Kursus D04 KEJURUTERAAN AWAM D05 KEJURUTERAAN PERKHIDMATAN BANGUNAN D06 TEKNOLOGI BERASASKAN KAYU D08 SENI BINA D09 UKUR BAHAN D10 UKUR TANAH D16 KEJURUTERAAN ELEKTRIK D19 KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KAWALAN) D20 KEJ. ELEKTRONIK (KOMPUTER) D23 KEJ. ELEKTRONIK (PERUBATAN) D24 KEJURUTERAAN ELEKTRONIK D25 TEKNOLOGI MAKLUMAT D30 KEJURUTERAAN MEKANIKAL D31 KEJURUTERAAN MEKANIKAL (AUTOMOTIF) D32 KEJURUTERAAN MEKANIKAL (LOJI) D33 KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PEMBUATAN) D34 KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PENYAMANAN UDARA DAN PENYEJUKBEKUAN) D35 KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PERTANIAN) D37 KEJ. MEKANIKAL (PEMBUNGKUSAN) D38 KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PLASTIK) D39 KEJURUTERAAN MEKANIKAL (TEKSTIL) D40 KEJURUTERAAN MEKANIKAL (BAHAN) D41 KEJURUTERAAN MEKATRONIK D70 REKA BENTUK GRAFIK D71 REKA BENTUK INDUSTRI D80 KEJURUTERAAN PERKAPALAN D90 TEKNOLOGI MAKANAN
KURSUS DIPLOMA BIDANG KEJURUTERAAN
Kursus ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dalam bidang kejuruteraan awam di samping memberi penekanan khusus kepada aspek kaji air, lebuhraya dan pembinaan. Pelajar perlu menghadiri kuliah teori dan melakukan kerja-kerja praktikal di dalam makmal. Pelajar juga perlu menamatkan latihan industri selama enam bulan. Program pengajian meliputi Bahan dan Binaan Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, Ukur Kejuruteraan, Teknologi Konkrit, Teori Struktur, Rekabentuk Struktur, Hidraulik dan Hidrologi, Bekalan Air dan Rawatan Air Sisa, Geoteknik, Aturcara Kontrak dan Taksiran, Aplikasi Komputer dan Pengurusan Pembinaan. Peluang pekerjaan adalah luas di mana lulusan dapat ditempatkan di industri pembinaan atau di jabatan-jabatan kerajaan sebagai Pembantu Teknik. Lulusan juga berpeluang melanjutkan pelajaran mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di universiti-universiti tempatan atau luar negeri.
* tidak rabun warna
Politeknik Ungku Omar, Politeknik Kota Kinabalu, Politeknik Seberang Perai, Politeknik Dungun , Politeknik Sabak Bernam, Politeknik Tanjong Malim, Politeknik Kulim
Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Politeknik Kota Bharu , Politeknik Kuching, Politeknik Port Dickson, Politeknik Kota Kinabalu, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Politeknik Johor Baru, Politeknik Dungun, Politeknik Tanjong Malim, Politeknik Kulim, Politeknik Sabak Bernam , Politeknik Perlis
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Politeknik Kuching, Politeknik Kota Kinabalu, Politeknik Johor Baru, Politeknik Seberang Perai, Politeknik Dungun, Politeknik Tanjong Malim, Politeknik Kulim,Politeknik Muazam Shah
Kursus ini memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal dan seterusnya membawa kepada pengkhususan penyamanan udara dan penyejukbekuan. Modul pengkhususan adalah Teknologi Penyaman Udara dan Penyejukan, Amalan Bengkel Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan, Sistem Kawalan dan Rekabentuk Sistem Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan di samping beberapa modul teras dan beberapa modul elektif. Lulusan dapat mencari pekerjaan di dalam pelbagai industri kejuruteraan dan perkhidmatan berkaitan dengan penyejukbekuan atau penyamanan udara sebagai Juruteknik.
Kursus ini adalah bertujuan untuk melatih tenaga manusia dalam pelbagai disiplin yang berkaitan dengan kejuruteraan pertanian. Mata pelajaran yang dipelajari termasuk Pengairan dan Saliran, Struktur Ladang, Kejenteraan Pertanian, Dinamik Bendalir dan Reka Betuk.
Kursus ini memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal dan seterusnya membawa kepada pengkhususan dalam bidang pembungkusan serta penyenggaraan peralatan berkaitan. Modul pengkhususan adalah Sains Pembungkusan, Prinsip Pembungkusan, Proses Pembuatan Pembungkusan, Asas Percetakan, Operasi Pengeluaran Pembungkusan, Rekabentuk Pembungkusan, Amalan Bengkel Pembungkusan, Bahan Pembungkusan, Penukaran Pembungkusan, Ekonomi Pembungkusan dan Pembungkusan Gunaan di samping modul teras dan beberapa modul elektif. Lulusan dapat mencari pekerjaan di dalam pelbagai industri kejuruteraan mekanikal dan pembungkusan.
Kursus ini memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal dan seterusnya membawa kepada pengkhususan dalam bidang plastik serta penyenggaraan peralatannya. Modul pengkhususan adalah Proses Pengeluaran Plastik, Rekabentuk Produk Plastik, Amalan Bengkel Plastik, Bahan Plastik, Pengalatan Prototaip Pantas, Teknologi Plastik dan Rekabentuk Acuan & Die Plastik di samping modul teras dan beberapa modul elektif. Kursus ini direkabentuk untuk melahirkan tenaga kerja separa ikhtisas/Juruteknik yang terlibat secara langsung dalam industri plastik dan juga industri kejuruteraan mekanikal yang lain.
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah,Politeknik Dungun
Kursus ini memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal dan seterusnya membawa kepada pengkhususan dalam bidang tekstil serta penyenggaraan peralatannya. Modul pengkhususan adalah Kimia Organik, Teknologi Serat, Teknologi Yarn, Teknologi Fabrik, Amalan Bengkel Tekstil, Pencelupan dan Kemasan dan Pengiraan Tekstil di samping modul teras dan beberapa modul elektif. Kursus ini direkabentuk untuk melahirkan tenaga kerja separa iktisas/Juruteknik yang terlibat secara langsung dalam industri tekstil dan juga industri kejuruteraan mekanikal yang lain.
Kursus ini memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal dan seterusnya membawa kepada pengkhususan dalam bidang bahan kejuruteraan. Modul pengkhususan adalah Teknologi Pembuatan Bahan, Metalurgi, Pengurusan Perindustrian, Kawalan Kualiti, Teknologi Seramik, Kaca dan Komposit, Teknologi Polimer dan Ujian Bahan di samping modul teras dan beberapa modul elektif. Kursus ini direkabentuk untuk melahirkan tenaga kerja separa iktisas/Juruteknik yang terlibat secara langsung dalam bahan kejuruteraan serta membantu di dalam aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan dengan industri berasaskan logam, plastik dan seramik.
Kursus ini merangkumi pelbagai disiplin meliputi prinsip dan teori kejuruteraan mekanikal dan kejuruteraan elektrik dan elektronik. Kursus ini memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal dan seterusnya membawa kepada pengkhususan dalam bidang kejuruteraan mekatronik. Modul pengkhususan adalah Peranti Mekatronik, Sistem Mikro Pemproses dan Pengawal Mikro, Pengawal Logik Boleh Aturcara (PLC), Automasi Perindustrian dan Robotik, Sistem Komputer dan Aplikasi dan Mekanisma Penghantar Kuasa di samping modul teras dan beberapa modul elektif. Lulusan dapat mencari pekerjaan di dalam pelbagai industri pembuatan terutama dalam industri elektronik dan separuh pengalir.
Kursus ini merangkumi antara lain bidang Reka Betuk Penerbitan, Pengiklanan, Komunikasi Korporat, Applikasi Multimedia dan juga mata pelajaran pilihan seperti Percetakan, Fotografi Lanjutan dan Grafik Persekitaran. Kursus ini berorientasikan kajian dan penyelesaian masalah ke arah membina individu yang kreatif dan inovatif. Pelajar akan didedahkan antara lain kepada teknik mereka bentuk secara konvensional dan juga teknologi terkini seperti penghasilan animasi berkomputer dan imej digital. Lulusan kursus ini akhirnya akan dapat memahami bidang reka betuk grafik dan dapat mengendali dan menggunakan teknologi yang berkaitan dengan penghasilan produk reka betuk grafik yang berkesan. Pelajar akan menjalani latihan industri pada semester empat bagi tujuan mendapat pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.
Kursus ini merangkumi bidang Reka Bentuk Industri, Kejuruteraan Reka Bentuk, Reka Bentuk 3D, Amalan Bengkel, Amalan Iktisas dan Pengurusan Reka Bentuk Industri. Kursus ini memberi penekanan kepada kajian dan perkembangan minda pelajar. Pelajar kursus ini didorong bersifat kreatif dan inovatif, membawa idea-idea baru dan melakukan perubahan dalam mereka bentuk. Proses pembelajaran mengabungkan cara konvensional yang merupakan asas menjadikan seorang itu pereka sebenar dan penggunaan teknologi baru yang melengkapkan diri pereka kepada bersifat futuristik. Lulusan kursus ini akhirnya akan dapat memahami bidang reka bentuk industri yang dapat mengendali dan menggunakan teknologi terkini berkaitan dengan penghasilan produk reka bentuk industri yang berkesan. Pelajar akan menjalani latihan industri pada semester empat bagi tujuan mendapat pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.
D80- DIPLOMA KEJURUTERAAN PERKAPALAN
Kejuruteraan Perkapalan yang berkait rapat dengan kejuruteraan mekanikal memberi penekanan kepada pengendalian dan penyelenggaraan kapal, janakuasa marin, peralatan berkaitan dan juga pembinaan kapal dan seni bina kapal. Kursus ini juga memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal sebelum membawa kepada bidang pengkhususan kejuruteraan perkapalan. Pelajar perlu mengambil modul teras dan beberapa modul elektif kursus ini. Kursus selama 7 semester ini juga digabungkan dengan latihan limbungan selama tiga bulan dan latihan di atas kapal selama enam bulan. * Lelaki sahaja, tidak rabun warna
Kursus ini mendedahkan pelajar kepada asas teknologi makanan dalam aspek teori dan amali. Pelajar akan mengikuti kuliah, kerja makmal, melaksanakan tugasan, projek penyelidikan dan latihan industri. Program pengajian meliputi pelbagai aspek sains dan teknologi makanan, di antaranya aspek kimia, mikrobiologi, teknologi pemprosesan, kawalan mutu, asas kejuruteraan makanan dan perkembangan produk makanan. Setelah menamatkan pengajian, pelajar boleh menceburi kerjaya sebagai pembantu teknik, pembantu penyelidik, penyelia pemprosesan atau kawalan mutu dalam industri makanan dan industri oleokimia atau melanjutkan pengajian di peringkat ijazah.
KURSUS DIPLOMA BIDANG PERDAGANGAN
KURSUS DIPLOMA BIDANG HOSPITALITI DAN FESYEN
Kursus ini digubal untuk membina tenaga pekerja yang berpengetahuan dan berketrampilan bagi melaksanakan tugas di dalam mana-mana sektor industri pelancongan. Skop kursus ini merangkumi elemen-elemen penting dalam disiplin pelancongan seperti pembinaan asas pengetahuan industri pelancongan, pengurusan, perakaunan, pemasaran, perancangan, interpretasi dan keusahawanan. Pendekatan gabung-jalin di antara latihan amali dan teori digunakan sepenuhnya dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kursus ini juga menawarkan latihan berdasarkan keperluan semasa dalam industri pelancongan seperti Pelancongan Rekreasi, Tempahan dan Tiketan, Pengurusan MICE, Interpretasi, Komunikasi Interpersonal, Teknik Pemandu Pelancong, Pengurusan Agensi Pelancongan, Pengurusan Strategik dan Perancangan Pelancongan. Subjek seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral pula diterapkan untuk memberikan pendidikan bersepadu kepada pelajar. Pelajar juga dikehendaki menjalani latihan industri selama 6 bulan di institusi yang berkaitan. Beberapa mata pelajaran elektif turut ditawarkan. Peluang pekerjaan terbuka luas bagi graduan untuk berkhidmat di dalam mana-mana sektor industri pelancongan termasuklah Agensi pengembaraan dan pelancongan, Pusat Taman dan Rekreasi, Muzium, Taman Tema, Organisasi Pelancongan Swasta, Agensi Pengangkutan dan Agensi Kerajaan. Para graduan yang memiliki semangat keusahawanan pula boleh memulakan perniagaan sendiri dalam mana-mana bidang pelancongan yang mereka minati.
Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan yang khusus kepada pelajar berkaitan dengan aktiviti menghasilkan pakaian yang berkualiti dan diterima pakai oleh pasaran tempatan dan antarabangsa. Pelajar akan mengikuti kuliah, studio rekaan fesyen, bengkel jahitan, tugasan, projek dan latihan industri. Subjek yang ditawarkan termasuklah Senireka Fesyen, Teknologi Membuat Pakaian, Peragaan Apparel, Kajian Fabrik dan Senireka Tekstil. Peluang kerjaya bagi lulusan kursus ini adalah seperti pemotong pola, pereka fesyen, pemborong fesyen, artis peragaan apparel ataupun menceburi bidang keusahawanan yang berkaitan dengan perniagaan fesyen dan pakaian.