PENDAHULUAN

Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi  Malaysia merupakan institusi pendidikan yang menyediakan pelbagai latihan dan kemahiran peringkat sijil serta kursus jangka pendek kepada pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), pekerja dan kumpulan lain dalam masyarakat setempat. 

Kolej Komuniti mula beroperasi dengan sepuluh buah Kolej perintis pada sesi Jun 2001 dan kini bilangannya telah meningkat kepada tiga puluh empat (34) buah di seluruh negara.

Maklumat Am Kolej Komuniti  

Pilihan maklumat Kolej Komuniti yang ingin anda ketahui

               

Kolej Komuniti KPTM ditubuhkan untuk melahirkan lulusan yang mempunyai kemahiran praktik, pengetahuan akademik serta kemahiran generik dalam bidang kejuruteraan, hospitaliti & fesyen, multimedia, khidmat sosial, agro-teknologi dan perniagaan di peringkat sijil dan diploma sebelum memasuki alam pekerjaan atau sebagai asas kepada peningkatan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.

 

Di samping itu, Kolej Komuniti KPTM juga menyediakan pendidikan dan latihan sepanjang hayat kepada masyarakat setempat bagi meningkatkan kualiti kehidupan.           

Kod

Kolej Komuniti

R01

Kolej Komuniti Arau

K01

Kolej Komuniti Bandar Darulaman

P01

Kolej Komuniti Kepala Batas

N01

Kolej Komuniti Jempol

M01

Kolej Komuniti Bukit Beruang

J01

Kolej Komuniti Segamat

C01

Kolej Komuniti Kuantan

T01

Kolej Komuniti Kuala Terengganu

S01

Kolej Komuniti Tawau

Q01

Kolej Komuniti Kuching

A01

Kolej Komuniti Teluk Intan

B01

Kolej Komuniti Sabak Bernam

K02

Kolej Komuniti Sungai Petani

A02

Kolej Komuniti Chenderoh

P02

Kolej Komuniti Bayan Baru

J02

Kolej Komuniti Ledang

Q02

Kolej Komuniti Mas Gading

M02

Kolej Komuniti Alor Gajah

M03

Kolej Komuniti Selandar

M04

Kolej Komuniti Jasin

C02

Kolej Komuniti Bentong

C03

Kolej Komuniti Mentakab

C04

Kolej Komuniti Paya Besar

C05

Kolej Komuniti Rompin

J02

Kolej Komuniti Kota Tinggi

J03

Kolej Komuniti Segamat 2

N02

Kolej Komuniti Jelebu

A03

Kolej Komuniti Grik

A04

Kolej Komuniti Sungai Siput

A05

Kolej Komuniti Pasir Salak

B02

Kolej Komuniti Kuala Langat

B03

Kolej Komuniti Hulu Selangor

B04

Kolej Komuniti Hulu Langat

B05

Kolej Komuniti Selayang

               

Kolej Komuniti KPTM menawarkan kursus berbentuk formal dan tidak formal yang menitikberatkan kemahiran.  Kursus berasas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang mengandungi K-content adalah diutamakan.           

              

Tempoh Minima Tempoh Maksima

Kursus Sijil

2 tahun

(4 semester)

5 tahun

(10 semester)

          

                       

Setiap pelajar diwajibkan menjalani dan lulus latihan industri (LI) selama satu semester (enam bulan). LI dijalankan pada semester tiga bagi kursus peringkat sijil, bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang alam pekerjaan sebenar serta memberi peluang untuk menghubungkaitkan latihan dan teori.

Yuran Pengajian

Bayaran Lain

RM 200 setiap semester

(bayar semasa hari pendaftaran)

Ditetapkan oleh Kolej Komuniti berkenaan (dianggarkan RM250.00)

                       

Kolej Komuniti KPTM tidak menyediakan asrama.

 

                       

Pelajar layak memohon bantuan kewangan/biasiswa/pinjaman daripada mana-mana penaja. Pelajar boleh menggunakan surat tawaran pegajian Kolej Komuniti KPTM untuk tujuan tersebut.

                       

  • Calon Warganegara MALAYSIA

  • LULUS peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) (SPM(V))