SINOPSIS PROGRAM DIPLOMA POLITEKNIK UNTUK LEPASAN SIJIL POLITEKNIK



 
KURSUS DIPLOMA BIDANG KEJURUTERAAN
 

 
 
P04 DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM
 
SINOPSIS

Kursus ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dalam bidang kejuruteraan awam di samping memberi penekanan khusus kepada aspek-aspek kaji air, lebuhraya dan pembinaan. Pelajar perlu menghadiri kuliah teori dan melakukan kerja praktikal di dalam makmal. Program pengajian meliputi Bahan dan Binaan Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, Ukur Kejuruteraan, Teknologi Konkrit, Teori Struktur, Rekabentuk Struktur, Hidraulik dan Hidrologi, Bekalan Air dan Rawatan Air Sisa, Geoteknik, Aturcara Kontrak dan Taksiran, Aplikasi Komputer dan Pengurusan Pembinaan.
KURSUS INI DITAWARKAN DI POLITEKNIK BERIKUT:
Politeknik Ungku Omar , Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah , Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah , Politeknik Kota Bharu , Politeknik Kuching, Politeknik Port Dickson , Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz  Shah,


 
P05 DIPLOMA KEJURUTERAAN PERKHIDMATAN BANGUNAN

SINOPSIS

Kursus ini melengkapkan pelajar untuk menjadi Pembantu Teknik di Sektor Perkhidmatan Bangunan yang mana pelajar-pelajar akan terlibat bersama para profesional yang lain di sektor Pembinaan Bangunan. Gabungan ini adalah untuk memastikan setiap bangunan yang dibina menepati keperluan untuk keselesaan penghuni serta menjamin keselamatan mereka. Pelajar juga terlibat dalam merekabentuk sistem perkhidmatan bangunan. Di samping memberi ruangan yang selesa bagi penghuni, pelajar-pelajar juga didedahkan dalam proses penyelenggaraan alatan perkhidmatan bangunan. Kursus ini direkabentuk untuk memberi pengetahuan yang komprehensif tentang perkhidmatan bangunan yang terdapat dalam bangunan seperti sistem pencahayaan, sistem perpaipan, sistem pencegahan kebakaran, sistem bekalan air sejuk dan panas, sistem pembuangan sisa, sistem pengudaraan dan penghawa dingin, sistem elektrik, lif dan eskalator.
KURSUS INI DITAWARKAN DI POLITEKNIK BERIKUT:
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam ShahPoliteknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz  Shah


 
P06 DIPLOMA TEKNOLOGI BERASASKAN KAYU
 
SINOPSIS

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada asas dalam aspek teori dan praktikal bagi membolehkan mereka mengendali dan mengawal mesin yang terdapat dalam industri perkayuan. Di samping itu dititikberatkan juga kepada para pelajar terhadap aktiviti perhutanan dan alam sekitar. Pelajar akan mengikuti kuliah, tugasan reka bentuk dan projek penghasilan produk dan kerja makmal. Kursus ini menawarkan modul Reka Bentuk Binaan Kayu, Teknologi Pengeluaran, Pemasaran Perdagangan Kayu dan Pengkosan.
KURSUS INI DITAWARKAN DI POLITEKNIK BERIKUT:
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz  Shah

 
P08 DIPLOMA SENIBINA

SINOPSIS

Tujuan utama kursus ini adalah untuk membentuk kebolehan sebagai pereka bentuk dalam bidang seni bina yang boleh memberikan penilaian kepada isu-isu semasa di dalam masyarakat yang bersangkut paut dengan amalan dan pengajian seni bina. Pelajar-pelajar juga dilatih menyediakan kerja reka bentuk dan lukisan persembahan seni bina secara konvensional dan terbantu komputer. Antara mata pelajarannya ialah Lukisan Seni Bina, Reka Bentuk Seni Bina, Bahan dan Binaan, Perkhidmatan Bangunan, Struktur Seni Bina, CADD, Sejarah Seni Bina, Sains Persekitaran dan Amalan Seni Bina.
KURSUS INI DITAWARKAN DI POLITEKNIK BERIKUT:
Politeknik Ungku Omar, Politeknik Port Dickson


 
P09 DIPLOMA UKUR BAHAN

SINOPSIS

Kursus ini bertujuan melatih pelajar dalam penyediaan maklumat dan anggaran kos, nasihat kewangan dan pengurusan projek-projek pembinaan. Pelajar juga dilatih untuk menasihati klien dalam masalah kewangan yang melibatkan perancangan, pembinaan, pengurusan dan penyenggaraan bangunan. Di antara matapelajarannya ialah Ukur Kerja Bangunan, Ukur Kerja Kejuruteraan Awam, Bahan dan Binaan, Ekonomi Binaan, Undang-Undang Bangunan, Kajian Kos dan Pengurusan Projek Pembinaan.
KURSUS INI DITAWARKAN DI POLITEKNIK BERIKUT:
Politeknik Kota Bharu


 
P10 DIPLOMA UKUR TANAH

SINOPSIS

Kursus ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran di bidang ukur tanah khususnya teknik pengumpulan, pemprosesan, penganalisisan dan persembahan maklumat kedudukan dan bentuk topografi di bumi. Pelajar perlu menghadiri kuliah dan tutorial bagi teori dan melakukan kerja-kerja praktikal di lapangan dan di dalam makmal. Program pengajian meliputi modul teras iaitu Ukur Kejuruteraan, Ukur Kadaster, Fotogrametri, Geodesi, Sistem Maklumat Geografi (GIS), Pelarasan Ukur dan Undang-Undang & Pembangunan Tanah di samping modul elektif seperti Pembangunan Pangkalan Data GIS, Remote Sensing, Alam Sekitar, Statistik dan Asas Pengaturcaraan C++.
KURSUS INI DITAWARKAN DI POLITEKNIK BERIKUT:
Politeknik Ungku Omar


 
P16 - DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK  

SINOPSIS

Kursus ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran mengguna, menguji, menyenggara dan membaikpulih mesin elektrik dan peranti elektronik. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek dan melaksanakan kerja-kerja amali di sepanjang tempoh kursus. Kursus ini juga merangkumi modul Elektronik Kuasa, Sistem Kuasa, Mesin Elektrik, Pengalatan Elektronik, Kawalan Motor, Bekalan Kuasa Elektrik & Kawalan dan Keselamatan Industri. Kursus ini juga menawarkan modul-modul pengkhususan dalam bidang Elektrik seperti Pengalatan Elektronik, Senggaraan Kejuruteraan, Kawalan Motor A.T, Sistem Perlindungan, Bekalan Kuasa Industri, Kawalan Motor A.U dan Projek. Modul-modul elektif juga ditawarkan sebagai pilihan kepada pelajar.
KURSUS INI DITAWARKAN DI POLITEKNIK BERIKUT:
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah , Politeknik Port Dickson


 
P19 - DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KAWALAN)

SINOPSIS

Kursus ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan elektronik yang menjurus kepada sistem kawalan elektronik di industri. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek dan melaksanakan kerja-kerja amali di sepanjang tempoh kursus. Pelajar akan mempelajari Elektronik Industri, Sistem Kawalan, Sistem Mikrokomputer, CAD, Sistem Automatik & Kawalan Motor Elektrik dan Keselamatan Industri. Kursus ini juga menawarkan modul-modul pengkhususan dalam bidang Elektronik (Kawalan) seperti Elektronik Perindustrian, Sistem Kawalan, Instrumentasi, Kawalan Motor dan Sistem Mikrokomputer. Modul-modul elektif juga ditawarkan sebagai pilihan kepada pelajar.
 
KURSUS INI DITAWARKAN DI POLITEKNIK BERIKUT:
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz  Shah


 
P20 - DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMPUTER)

SINOPSIS


Kursus ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menguji peranti elektrik dan elektronik bagi membaikpulih perkakasan komputer. Pelajar akan mengikuti  kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek dan melaksanakan kerja amali di sepanjang tempoh kursus. Kurikulum kursus ini mengandungi modul Sistem Digital, Pengukuran dan Pengalatan Elektronik, Sistem Pemprosesan mikro, Akitektur Komputer & Penyenggaraan Komputer serta Kejuruteraan Perisian dan Keselamatan Industri. Kursus ini juga menawarkan modull pengkhususan dalam bidang Elektronik (Komputer) seperti Sistem Mikropemproses & Pengawal Mikro, Sistem Komputer & Aplikasi, Pengaturcaraan, Komunikasi Data, Rekabentuk Litar Bersepadu, Diagnosis & Senggaraan Sistem Komputer dan Projek. Modul-modul elektif juga ditawarkan sebagai pilihan kepada pelajar.

KURSUS INI DITAWARKAN DI POLITEKNIK BERIKUT:
Politeknik Ungku Omar ,Politeknik Sultan Haji Ahmad ShahPoliteknik Seberang Perai


 
P23 - DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (PERUBATAN)

SINOPSIS

Kursus ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai aplikasi elektronik dalam sistem perubatan. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek dan melaksanakan kerja amali di sepanjang tempoh kursus. Kursus ini melengkapkan pelajar dengan pengetahuan sistem klinikal gunaan serta peralatan yang lazimnya terdapat di hospital dan industri berasaskan perubatan. Kursus ini juga menawarkan modul pengkhususan dalam bidang Elektronik (Perubatan) seperti Sistem Mikropemproses & Pengawal Mikro, Fisiologi, Pengukuran Fisiologi, Pengimejan Perubatan, Amalan Sistem Perubatan, Sistem Klinikal Gunaan dan Projek. Modul-modul elektif juga ditawarkan sebagai pilihan kepada pelajar.
 
KURSUS INI DITAWARKAN DI POLITEKNIK BERIKUT:
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz  Shah


 
P24 - DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK

SINOPSIS

Kursus ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menguji, membaiki dan menentukur pengalatan elektronik. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek dan melaksanakan kerja amali di sepanjang tempoh kursus. Kursus ini mengandungi modul Asas Elektrik dan Elektronik, Pemasangan Elektrik, Sistem Digital, Litar Elektronik, Telekomunikasi, Pengalatan & Kawalan dan Keselamatan Industri. Kursus ini juga menawarkan modul pengkhususan dalam bidang Elektronik seperti Penyenggaraan & Baikpulih Alat Elektronik, Sistem Audio Visual, Sistem Mikropemproses & Pengawal Mikro, Sistem Komunikasi, Sistem Kawalan Automatik, Komunikasi Data dan Projek. Modul-modul elektif juga ditawarkan sebagai pilihan kepada pelajar.
KURSUS INI DITAWARKAN DI POLITEKNIK BERIKUT:
Politeknik Ungku Omar , Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah , Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah , Politeknik Kota Bharu , Politeknik Kuching Sarawak, Politeknik Port Dickson, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz  Shah


 
P25 - DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT

SINOPSIS

Kursus ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek dan melaksanakan kerja amali di sepanjang tempoh kursus. Kursus ini menawarkan modul pengkhususan dalam bidang teknologi maklumat seperti Asas Pengaturcaraan, Perisian Aplikasi, Komputer dalam Teknologi Maklumat, Sistem Digit dan Mikropemproses, Pengaturcaraan Visual Basic, Pengurusan Rekod, Sistem Pengoperasian, Komunikasi Data dan Sistem Telekomunikasi, Algorithma dan Struktur Data, Pengaturcaraan C++, Asas Perniagaan, Akitektur dan Organisasi Komputer, Multimedia, Sistem Pangkalan Data, Pengaturcaraan Java, Rangkaian Komputer, Pembangunan Perisian, Visual Basic dengan Pangkalan Data, Pengurusan Perniagaan, Pembangunan Web, Pengurusan Projek, Sistem Maklumat, E-Dagang dan Pengurusan Perisian. Modul-modul elektif seperti Prinsip Mikropemproses, Pengurusan SQL Server, Rekabentuk Rangkaian Kampus dan Animasi Digital juga ditawarkan sebagai pilihan kepada pelajar.
KURSUS INI DITAWARKAN DI POLITEKNIK BERIKUT:
Politeknik Ungku Omar , Politeknik Johor Baru, Politeknik Seberang Perai


 
P30 - DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL

SINOPSIS

Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan pelajar dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Pelajar kursus ini akan mengikuti modul pengkhususan seperti Teknologi Kejuruteraan Loji, Rekabentuk Kejuruteraan, Amalan Bengkel Mekanikal, Teknologi Woksyop, Kajidaya Bahan, Termodinamik dan Kajidaya Mesin di samping modul teras dan beberapa modul elektif yang perlu diambil oleh pelajar.
KURSUS INI DITAWARKAN DI POLITEKNIK BERIKUT:
Politeknik Ungku Omar , Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah , Politeknik Kuching Sarawak, Politeknik Port Dickson
 

 
P31 - DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (AUTOMOTIF)

SINOPSIS


Kursus ini memberi pengkhususan bidang kejuruteraan automotif. Modul pengkhususan adalah Teknologi Automotif, Amalan Bengkel Automotif, Enjin Pembakaran Dalam, Kajidaya Kenderaan Bermotor, Hidraulik Mobil, Pengurusan Pusat Servis, Peralatan Elektrik dan Elektronik Kenderaan dan Rekabentuk Kejuruteraan di samping modul teras dan beberapa modul elektif yang perlu diambil oleh pelajar.

KURSUS INI DITAWARKAN DI POLITEKNIK BERIKUT:
Politeknik Kota Bharu


 
P33 - DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PEMBUATAN)

SINOPSIS


Kursus ini mendedahkan pelajar kepada pelbagai teknik dalam industri proses pembuatan serta penggunaan mesin moden dalam pembuatan. Kursus ini memberi pengkhususan dalam bidang pembuatan. Modul pengkhususan adalah Sistem Pembuatan, Amalan Bengkel Pembuatan, Teknologi Bahan, Rekabentuk Pembuatan Terbantu Komputer, Kawalan Kualiti, Automasi Perindustrian dan Robotik, Ekonomi Pembuatan dan Kawalan Pembuatan di samping modul teras dan beberapa modul elektif yang perlu diambil oleh pelajar.
 

KURSUS INI DITAWARKAN DI POLITEKNIK BERIKUT:
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Politeknik DungunPoliteknik Johor Baru


 
P34 - DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PENYAMANAN UDARA DAN PENYEJUKBEKUAN)

SINOPSIS


Kursus ini membawa kepada pengkhususan penyamanan udara dan penyejukbekuan. Modul pengkhususan adalah Teknologi Penyaman Udara dan Penyejukan, Amalan Bengkel Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan, Sistem Kawalan dan Rekabentuk Sistem Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan di samping beberapa modul teras dan beberapa modul elektif yang perlu diambil oleh pelajar.
 

KURSUS INI DITAWARKAN DI POLITEKNIK BERIKUT:
Politeknik Ungku Omar

 
P35 - DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PERTANIAN)

SINOPSIS

Kursus ini adalah bertujuan untuk melatih tenaga manusia dalam pelbagai disiplin yang berkaitan dengan kejuruteraan pertanian. Mata pelajaran yang dipelajari termasuk Pengairan dan Saliran, Struktur Ladang, Kejenteraan Pertanian, Dinamik Bendalir dan Rekabentuk.

 
KURSUS INI DITAWARKAN DI POLITEKNIK BERIKUT:
Politeknik Kota Bharu


 
P37 - DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PEMBUNGKUSAN)

SINOPSIS


Kursus ini memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal dan seterusnya membawa kepada pengkhususan dalam bidang pembungkusan serta penyenggaraan peralatan berkaitan. Modul pengkhususan adalah Sains Pembungkusan, Prinsip Pembungkusan, Proses Pembuatan Pembungkusan, Asas Percetakan, Operasi Pengeluaran Pembungkusan, Rekabentuk Pembungkusan, Amalan Bengkel Pembungkusan, Bahan Pembungkusan, Penukaran Pembungkusan, Ekonomi Pembungkusan dan Pembungkusan Gunaan di samping modul teras dan beberapa modul elektif.
 

KURSUS INI DITAWARKAN DI POLITEKNIK BERIKUT:
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz  Shah
 
 
P40 DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (BAHAN)
 
SINOPSIS

Kursus ini membawa kepada pengkhususan dalam bidang bahan kejuruteraan. Modul pengkhususan adalah Teknologi Pembuatan Bahan, Metalurgi, Pengurusan Perindustrian, Kawalan Kualiti, Teknologi Seramik, Kaca dan Komposit, Teknologi Polimer dan Ujian Bahan di samping modul teras dan beberapa modul elektif yang perlu diambil oleh pelajar.
 
KURSUS INI DITAWARKAN DI POLITEKNIK BERIKUT:
Politeknik Johor Baru

 
 
P21
 DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (PERHUBUNGAN)
 
SINOPSIS

Kursus ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan amalan menguji, menyenggara dan membaiki peralatan elektronik dan perhubungan. Kurikulum kursus ini mengandungi Asas Elektrik dan Elektronik, Sistem Berdigit, Asas Mikroelektronik, Penyenggaraan dan Membaikpulih Peralatan Elektronik, Sistem Mikrokomputer, Sistem Perhubungan, Komunikasi Data, Elektronik Frekuensi Tinggi, Sistem Audio dan Video. Kursus ini juga meliputi penggunaan pakej Reka Bentuk Terbantu Komputer (CAD) secara meluas bermula dari proses melukis litar skematik, penghasilan bentangan Papar Litar Tercetak (PCB) sehingga kepada proses reka bentuk serta penyelakuan litar elektronik analog dan digital.
KURSUS INI DITAWARKAN DI POLITEKNIK BERIKUT:
 



KURSUS DIPLOMA BIDANG PERDAGANGAN


 
P55 - DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN

SINOPSIS


Program pengajian perniagaan dibentuk bagi menyediakan pelajar dengan pengetahuan perdagangan yang komprehensif. Tumpuan utama diberi kepada pelbagai bidang pengajian perniagaan seperti pemasaran, perakaunan, statistik, ekonomi, pengurusan perniagaan, undang-undang syarikat, percukaian dan matematik pengurusan. Kepelbagaian mata pelajaran yang dicakupi dalam program ini dibentuk untuk membolehkan pelajar yang mempunyai kecenderungan keusahawanan menceburi dalam perniagaan mereka sendiri.
 

KURSUS INI DITAWARKAN DI POLITEKNIK BERIKUT:
Politeknik Ungku Omar , Politeknik Kota Bharu , Politeknik Kuching Sarawak, Politeknik Kota Kinabalu, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz  Shah, Politeknik Seberang Perai



KURSUS DIPLOMA BIDANG HOSPITALITI DAN FESYEN , BIDANG REKABENTUK DAN BIDANG TEKNOLOGI MAKANAN


 
P65 - DIPLOMA PENGURUSAN HOTEL DAN KATERING

SINOPSIS

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada asas pengurusan Hotel dan Katering dalam aspek teori dan amali. Pelajar akan mengikuti kuliah, tugasan bertulis, projek penulisan dan katering, kerja makmal (dapur, restoran, bilik dobi dan sistem penempahan berkomputer (CRS). Pendedahan ini akan mengukuhkan kemahiran pelajar dengan konsep pengurusan dan penyeliaan yang boleh digunapakai semasa bekerja di sektor berkaitan. Program ini memberi penekanan seimbang untuk teori dan amali yang berkaitan dengan perkembangan di sektor industri ini. Program pengajian antara lain meliputi pengetahuan dan kemahiran di bahagian operasi seperti kaunter perkhidmatan, pengemasan, mendobi, dapur dan restoran. Matapelajaran sokongan seperti komunikasi interpersonal, makanan & pemakanan, sanitasi, pemasaran, perakaunan dan penggunaan komputer akan juga diberi penekanan.
KURSUS INI DITAWARKAN DI POLITEKNIK BERIKUT:
Politeknik Johor Baru


 
P66 - DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN

SINOPSIS


Kursus ini digubal untuk membina tenaga pekerja yang berpengetahuan dan berketrampilan bagi melaksanakan tugas di dalam mana-mana sektor industri pelancongan. Skop kursus ini merangkumi elemen-elemen penting dalam disiplin pelancongan seperti pembinaan asas pengetahuan industri pelancongan, pengurusan, perakaunan, pemasaran, perancangan, interpretasi dan keusahawanan. Pendekatan gabung-jalin di antara latihan amali dan teori digunakan sepenuhnya dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Untuk menghasilkan graduan yang memiliki pengetahuan dan ketrampilan yang serba boleh dan berdaya saing, kursus ini juga menawarkan latihan berdasarkan keperluan semasa dalam industri pelancongan seperti Pelancongan Rekreasi, Tempahan dan Tiketan, Pengurusan MICE, Interpretasi, Komunikasi Interpersonal, Teknik Pemandu Pelancong, Pengurusan Agensi Pelancongan, Pengurusan Strategik dan Perancangan Pelancongan.

KURSUS INI DITAWARKAN DI POLITEKNIK BERIKUT:
Politeknik Johor Baru


 
P67 - DIPLOMA REKAAN FESYEN DAN PAKAIAN

SINOPSIS

Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan yang khusus kepada pelajar berkaitan dengan aktiviti menghasilkan pakaian yang berkualiti dan diterima pakai oleh pasaran tempatan dan antarabangsa. Pelajar akan mengikuti kuliah, studio rekaan fesyen, bengkel jahitan, tugasan dan projek. Pelajar akan dinilai berdasarkan sistem penilaian gred sepanjang semester dalam bentuk kuiz, ujian bertulis, tugasan, projek dan peperiksaan akhir. Subjek yang ditawarkan termasuklah senireka fesyen, teknologi membuat pakaian, peragaan apparel, kajian fabrik dan senireka tekstil.

KURSUS INI DITAWARKAN DI POLITEKNIK BERIKUT:
Politeknik Johor Baru


 
P70 - DIPLOMA REKA BENTUK GRAFIK

SINOPSIS


Kursus ini merangkumi bidang Reka Bentuk Penerbitan, Pengiklanan, Komunikasi Korporat, Aplikasi Multimedia dan juga mata pelajaran pilihan seperti Percetakan, Fotografi Lanjutan dan Grafik Persekitaran. Kursus ini berorientasikan kajian dan penyelesaian masalah ke arah membina individu yang kreatif dan inovatif. Pelajar akan didedahkan antara lain kepada teknik mereka bentuk secara konvensional dan juga teknologi terkini seperti penghasilan animasi berkomputer dan imej digital. Lulusan kursus ini akhirnya akan dapat memahami bidang reka bentuk grafik dan dapat mengendali dan menggunakan teknologi yang berkaitan dengan penghasilan produk reka bentuk grafik yang berkesan.

KURSUS INI DITAWARKAN DI POLITEKNIK BERIKUT:
Politeknik Johor Baru


 
P71 - DIPLOMA REKA BENTUK INDUSTRI

SINOPSIS


Kursus ini merangkumi bidang Reka Bentuk Industri, Kejuruteraan Reka Bentuk, Reka Bentuk 3D, Amalan Bengkel, Amalan Iktisas dan Pengurusan Reka Bentuk Industri. Kursus ini memberi penekanan kepada kajian dan perkembangan minda pelajar. Pelajar kursus ini didorong bersifat kreatif dan inovatif, membawa idea-idea baru dan melakukan perubahan dalam mereka bentuk. Proses pembelajaran mengabungkan cara konvensional yang merupakan asas menjadikan seorang itu pereka sebenar dan penggunaan teknologi baru yang melengkapkan diri pereka kepada bersifat futuristik. Lulusan kursus ini akhirnya akan dapat memahami bidang reka bentuk industri yang dapat mengendali dan menggunakan teknologi terkini berkaitan dengan penghasilan produk reka bentuk industri yang berkesan.

KURSUS INI DITAWARKAN DI POLITEKNIK BERIKUT:
Politeknik Johor Baru


 
P90 - DIPLOMA TEKNOLOGI MAKANAN

SINOPSIS

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada asas teknologi makanan dalam aspek teori dan amali.  Pelajar akan mengikuti kuliah, kerja makmal, melaksanakan tugasan dan projek penyelidikan. Program pengajian meliputi perbagai aspek sains dan teknologi makanan, aspek kimia, mikrobiologi, teknologi pemprosesan,  kawalan mutu, asas kejuruteraan makanan dan perkembangan produk makanan.
KURSUS INI DITAWARKAN DI POLITEKNIK BERIKUT:
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah

 

                                                                                                                                                     Tutup Windows